" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, April 25, 2014

Lawatan ke Klinik Cure & Care Besut & Pulau Lang Tengah

ehem ... ehem ...
hari ni rajin nak hupdate blog
sebab mata tak leh lena
akibat tido lama waktu siang
kan hujan petang tadi
bapak aaaaaaaa best tido
bangun-bangun jek suami dah siap masak kan cheese scramble eggs
peeerrrgghhh
konon nak reinduksi tapi termakan roti 2 keping
achanerrrrr??? heeeee xpe kot
hari ni tak makan nasi
saya berjanji start dari hari ini saya xkan makan nasi
eh tapi kang lauk dah abih kat umah, mula la cari nasi kedai
eh tak tak. saya akan pastikan saya tak cari nasi kat kedai
saya janji. saya janji. eewaaahhhh
alaaaaaaaaaa induksi 2 minggu dulu boleh buat, xkan reinduksi kali ni x boleh???
boleh tu boleh bro. tapi masalah nya sakit kepala ni kalau tak cukup makan LOL

ok. dah melalut pasal makan
jom cite pasal Pulau Lang Tengah, Terengganu

sebenarnya trip ni join aktiviti JKPD (Jawatankuasa Pemulihan Dadah)
memandangkan aku ahli JKPD so dapat la bercuti free
tapi abis je trip ni, aku letak jawatan
sebab lepas kawin, menetap di KL.
so tak dapat nak join program & mesyuarat seperti selalu di Bentong
abis aje trip ni, satu jawatankuasa baru telah dilantik

program pertama kami ke Klinik C&C Besut.
wahhhh jauh gila nak sampai Besut nihhh
program kat sana ialah suai kenal dengan staff, main futsal, main takraw & aktiviti makan-makan
sorry xde gambar xtvt sebab masa ni battery hp xde. so tengah cas kat opis C&C

Klinik C&C Besut, Terengganu
Bergambar sebelum gerak ke Jeti Merang

habis je xtvt & sesi bergambar, kami semua ke Jeti Merang
kata nya Pulau Lang Tengah.
sebelum tu ada juga la gugel pasal pulau ni
cuma pulau ni tak banyak resort
sebab pulau ni kecik jek
Kedudukan Pulau Lang Tengah
Resort pun tak banyak.
setelah di gugel wikipedia, ada ni sajeeeeee

1. Sari Pacifica Lang Tengah
2. Lang Sari Resort (formerly Square Point Resort)
3. Summer Bay Lang Island Resort (formerly Redang Lang Resort)
4. D'Coconut Resort
5. Blue Coral Island Resort (closed down)

Sari Pacifica & Summer Bay memang ohsem. itu je la resort yg best kat pulau ni. 
summer bay tu pun ada join matta fair.
klik link sebelah ni utk details yea. Summer Bay Resort, Lanh Tengah Island

tapi trip kami menginap di Lang Sari Resort
resort ni sangat la tak best
rasa nya ni la worst holiday aku kot
bilik daif. kotor, macam nak roboh, makanan ntah apa2
korang boleh baca review kat tripadvisor.
memang semua kata bad & worst
nah klik kalau tak cayeeeee LANG SARI RESORT: TRIPADVISOR
nampak elok hanya di luaran sahaja

kat depan resort memang banyak cenggini

ini pun depan resort gak.
pakai selipar, jalan kaki je nak ke tengah laut
breakfast pagi sebelum snorkeling
first time snorkeling dengan staff AADK
second time snorkeling untuk diri ku hewhew

*rindu plak nak snorkeling lagi*

budak ni baru 5 tahun. paling tak takut air
dia bukan nya snorkeling pun
googles pun xde
dia berenang je dalam air
dia la paling tak nak naik bot, tak nak balik masa dah abih snorkeling
mak x snorkeling, duk atas bot je
nasib tak mabuk
orang lain yg x snorkeling, duk atas bot sume nya muntah

adik aku. first time snorkelinh
pakcik sebelah tu heret & ajar dia snorkeling
sebelah malam nya xtvt bbq & penyampaian sijil
maka dengan ini tamat lah perkhidamatan ku dalam JKPD

sotoing!!!!!

the worst breakfast

on the way nak balik dah
 kami stay kat lang sari 2 malam je

beautiful!!!!!
ni laaaaa resort lang sari
nampak cantik kan???
tapi kami ada tragedi kat sini
kat ruang makan hujung sana tu, salah seorang staff kami terperosok kaki jatuh 
sebab platform tu kayu dah reput
terperosok sampai ke peha ok
dalam tuhhhh
sejak tu semua fobia nak lalu situ
kau bayang kan laaaaaaaaaaa
kau jenjalan kat platform tu, pastu tetiba kayu kau pijak pecah, runtuk & kaki terperosok ke bawah
oh mannnnnn memang worst & bad experience sangatttt

so korang tak payah la datang resort ni
elektrik kena catu
pukul 6 ptg baru ada elektrik ok
so siang2 ko berpanas la dalam bilik lol
orang nak rehat2 dalam bilik lepas snorkeling memang tak dapat aaaaaaa
lain la kalau dia sedia kan tempat lepak kat luar banyakkk
so bleh jugak la lepak tepi pantai kannnn
ini apa pun tak dakkkkk
tak kan nak bertelanjang kat tengah panas kot
omputih boleyyyyy laaaaaaa
ppppppfffffftttttttttt

sebelum balik Bentong, sempat la singgah Pasar Payang
tak beli apa pun. jalan-jalan je 
hehhehehehe

ok lah. tu je nak cite
tak de apa yg menarik pun trip ni
tapi happy sebab dapat snorkeling dgn adik & staff semua
happy dapat bercuti dengan mak
itu je yg best nyaaaaaaaa




Wednesday, April 23, 2014

Setiu - Penang & my early 29th celebration

ehem ... ehem ...
kali ni nak sambung cerita travel 
sebelum ni Trip ke Sandakan
ni entry trip 4 negeri dalam 1 hari
wahhhh gitewwww (dalam Malaysia je punnnn hihihi)

pada awal April yang lalu, berkesempatan (tetibe skema) ikut suami outstation
kali ni job wedding di Setiu, Terengganu.
ini kali pertama kami ke Terengganu bersama
masa kekecik, masa bujang pernah la pegi terengganu
tahun lepas dah sampai Besut tapi trip tu suami tak ikut
trip Besut pun belum update lagi. pppfffttttttt
tapi sejak suami isteri ni, ini adalah first time travel kami ke pantai timur.

hari Jummat, kami gerak dari Kota Kemuning jam 5 pagi & sampai ke Setiu jam 1 ptg
8 jam perjalanan. peerrgghhhhh
untuk ke Setiu, kami melalui jalan bukit besi. kawasan hutan & felda
kalau ikut jalan pantai, lagi jauh kata nya

Pantai Rhu Sepuloh, Setiu
kami menginap di Pandan Laut Beach Resort. (klik link utk details resort)
amik standard room sahaja. beli kat agoda RM70 semalaman
kebetulan pula, wedding client memang kat resort ni.
so wedding by the beach la. so niceeeee

credit pic to Detik Indah Photography
kami stay di Setiu, 3 hari 2 malam
apa yg menarik nya di Setiu ni pantai nya yg bersih. laut yang membiru
agak teruja masa first sampai sini sebab terasa seperti di pulau
difahamkan pantai di sini dilarang mandi kerana laut dalam
memang yea. kalau jalan-jalan tepi pantai, sekali ombak datang, memang tenggelam kaki ke dalam pasir
sepanjang 3 hari di sini memang tak nampak orang mandi manda
ramai yang lepak2 je
di Pantai Penarik pulak ada pelbagai gerai seafood celup tepung
2 malam duk setiu, makan seafood jeeeeeeee
sotong & ikan celup tepung marbelesssss
petang-petang layan sambil layan angin pantai, view laut memang ohsemmm
sampai kan boleh berangan
"kan best kalau ada rumah kat sini"
"eh, kan best kalau ada tanah kat sini. pastu kite buat resort, kan?"
hahahahahahaha
berangan tu perluuuuuu

hari Sabtu petang, selesai kerja sempat juga pusing2 sekitar Pantai Penarik.
tempat yang dituju ialah Terrapuri.
ianya terletak di hujung jalan pantai
boleh search www.terrapuri.com untuk details
kalau tengok kat website memang chantek sangat tempat ni.
private resort keunikan rumah klasik terengganu.
insyaAllah next time boleh datang stay sini.
kami hanya dapat tengok dari luar sahaja & sekitar pantai nya


pantai hadapan Terrapuri

esok nya ahad. selepas sarapan kami gerak ke Penang
so dari Setiu, kami melalui Kelantan & Gerik Perak.

keadaan jalan raya Jeli - Gerik

Pulau Banding, Gerik, Perak
 ini kali pertama sampai di Pulau Banding
berbeza dengan suami, masa dia kekecik dulu selalu singgah sini kalau nk ke Terengganu
kira nya tempat ni menggamit kenangan kekecik beliau hehehehhe
dapat tengok Belum Rainforest pun jadi laaaaaa
next time datang lagi. dari Penang tak jauh dah
kalau dari Pahang, jauh nyeeeeeee la haiiiiii
boleh search Belum Rainforest Resort untuk details
untuk makluman, resort ni terletak di tepi jalan sahaja
so takde masalah untuk singgah tengok hehehehehhe

dah melepasi Gerik, kami ke Pengkalan Hulu & Baling, Kedah
dalam sejam lebih gitu baru la sampai ke Kepala Batas.
masa yang di ambil dari Setiu ke Kepala Batas ialah 6 jam perjalanan
kami gerak dari Setiu jam 9 pagi & sampai jam 3 petang.

esok nya, Isnin. suami bawak jalan-jalan ke Penang plak
trip Penang kali ni berbeza sket
sempena meraikan hari jadi ku yg ke 29 kata nya
nak raikan actual day tak sempat sebab dah kena balik KL
so, kite celebrate awal
hehehheehe
mula perjalanan dari rumah mertua di Kepala Batas ke Pulau Pinang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang



kami terus ke Georgetown
macam biasa. cari top 10 cafe in penang
dah jemu ke China House, kami decide nak ke Kaffa Espresso Bar

Salted caramel machiatto
nyummeehhh


dah siap makan, on the way nak ke tempat parking tetiba nampak satu tempat nama Time Tunnel
mula-mula ushar dari luar. tanya kaunter. dorg terangkan time tunnel tentang Penang 400 tahun yang lalu hingga la Penang sekarang. lukisan 3D pun ada kat sini
so ini muzium ke dua yang kami pergi di Penang selain Muzium Perang
boleh klik Pinaon Time Tunnel untuk details
fee entrance RM14 seorang. tiada cas untuk camera
ada pelbagai barangan antik yang terdiri dari kaum & bangsa melayu, cina, india, baba & nyonya
kalau nak tau, kena la datang sendiri yea hehehehehehe

lepas time tunnel, kami ke The Camera Museum, Penang
entrance fee RM20. tapi area ground floor FOC.
boleh tengok2 & posing kat situ
nahhhh belanja 1 gambar
hehehehe
dah habis pusing muzium, kami ke Padang Kota.
macam biasaaaaaaaaa
sunset is a must
kalau boleh tetiap hari nak tengok sunset berdua

sunset Padang Kota
hurmmm ada garisan merah
i loikeeeee
Subhanallah, chantek sangattttt
sebelah malam nya plak suami belanja tengok wayang cerita Captain America
kali ni dia belanja Beanie cinema
peerrggghhhh makan popcorn sambil baring kottttt
cenggineehhhhh haaaaaaa
heeeeeeeee masheh suami
selesa sangat dengan beanieplex ni
tak semua TGV Cinemas ada beanie
kalau nak tau, gugel la yea. kat website tgv ada

dan pada hari jadi ku, 9 April, bangun tido je, keluar bilik terus di sapa oleh mak mertua ku
"happy birthday"
hehehe masheh mummy

my 29th birthday
homemade cake by my sister in law



ok, sekian entry kali ni
moga rajin hupdate untuk entry akan datang





Friday, April 4, 2014

Sandakan - Kinabatangan Trip

ehem ... ehem ...
assalamualaikum semuaaaaaaa
hari ni baru la rasa nak update Sandakan Trip
dah nak dekat sebulan kot balik dari sana
kenangan ke Sandakan ni akan di ingat sampai bila-bila 
sebab tarikh & hari kami berangkat terbang, sama dengan hari MH370 dilaporkan hilang.
Suasana jerebu.
lapisan jerebu di bawah.
di atas nya langit biru, Subhanallah
sebelum pesawat berlepas, kami sempat lagi tengok news feed facebook
sebab hampir sejam delay dalam flight, menunggu giliran untuk terbang
begitu sibuk ruang udara masa hari tu
masa tu la kami dapat tau ada kapal terbang hilang
whattt??? kami dalam kapal terbang kut
tetiba ada kapal terbang hilang???
tawakkal & berserah aje lah moga kami selamat mendarat di Sandakan

nasi tomato & chicken mayo sedappp
lapar gila dlm flight sbb flight pukul 9 pagi
penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam 50 minit
dapat juga tengok puncak gunung kinabalu dari atas
lambai-lambai aje lah ekekkee
sampai saja airport, kami naik teksi ke Central Hotel, Bandar Sandakan
charge teksi untuk ke town, RM30
dah siap check in, dalam pukul 2 ptg gitu, kami pun tidur huahuahua
*jenis laki bini suka tidur* lol
agak dah petang pukul 5 gitu, baru la kami keluar cari makanan
lapar kot. makan dalam flight je
dari hotel kami jalan kaki ke Sandakan Waterfront di mana terletaknya Four Point by Sheraton Hotel
banyak hotel di bandar ni. cuma waktu malam nya bandar xde apa kecuali kat waterfront.
situ je happening
jalan-jalan terjumpa gerai jual goreng pisang cheese
ye, mmg ini la tujuan utama ke sini setelah gugel makanan apa yg menarik di Sandakan
duk Sabah asyik makan nasi ja
*nasi goreng kinabalu*
kami lepak kat waterfront ni sampai malam
lepas tu balik hotel tidur.
esok nya suami ku ada shooting nikah & sanding

bangun pagi pukul 6, tengok2 ada pasar tamu di bawah hotel

pasar tamu baru nak buka waktu ni
pagi tu kami jalan-jalan kat pasar tamu je, cari breakfast.
suami pegi shooting, aku duk hotel ja.
agak dah bosan hotel, aku kua jenjalan sekali lagi ke pasar tamu
dari hujung sana sampai la hujung sini.
keadaan pasar dia lebih kurang sama macam pasar filipin kat KK, xde shopping apa pun melainkan beli makanan tradisi sabah yg tiada di semenanjung
jalan-jalan jumpa salon, masuk jap cuci rambut.
jalan-jalan jumpa supermarket, masuk jap beli kopi 3 in 1, beli biskut
muahahhaahaaa
gitu je la jenjalan aku sensorang
petang tu, dekat pukul 6 jugak la baru laki aku balik
baru je turun dari hotel, nk ke waterfront konon nak beli pisang goreng cheese, skali laki aku call kata dah ada kat depan bilik.
maka nya sampai ke hari balik x dpt repeat makan pisang goreng
ahahhahahaha
macam biasa, lepak2 kat bilik je patang tu
ntah kenapa percutian kali ni asyik duk kat bilik je
padahal nya hotel je bajet je kot. hotel ada katil, aircond & bilik air
harga RM70 semalam
mungkin kerana datang sebab kerja, so kerja diutamakan dahulu
malam nya kami makan malam di Harbour Bistro Cafe
butter prawn dia ohsemmm!!!!
ada sisha juga sini. 

esok nya, bangun pagi try call ejen yg ada kat setiap brochure
tapi semua nya mahal belaka
tak termampu dibuat nya hahahaha
kami rancang nak ke Turtle Island. tapi pakej dia RM200++ kot seorang
kalau dah 2 orang, dah berapa? oh nooooooo
melepas nak ke pulau
then, terjumpa trip ke gua gomantong & kinabatang, sepilok & sebagainya
tapi sama juga harga pakej sangat la mahal.
semua RM200++ ke atas
kami saja ushar2 pakej sebab kami tak rancang untuk sewa kereta di sini.
last nya, kami plan untuk ke Kinabatangan dengan memandu sendiri.
sekali lagiiiii, call semua kereta sewa di sekitar town
not available! xde kete sewa ok! takdeee
kalau ada pun kat airport...
tapi nk ke airport, kena naik teksi. teksi je pun dah RM30
oh mannnnn
nak ke sepilok tengok orang utan pun teksi charge RM40
nak tengok orang utan je pun. eehhhhh

last nya kami decide, esok je la sewa kereta sebab kalu sewa esok nya, senang nak ke airport, pulang kereta & fly balik KL.

maka nya pagi Isnin tu, kami keluar breakfast saje di Sandakan Waterfront.
pastu balik hotel, tidur. hahahahhahahaha
travel kali ni lebih pada tidur je gaya nya LOL
dalam pukul 3 ptg baru kami keluar lunch
lunch di kfc saje sebab hari-hari dh lantak nasi. apekahhh
kat toen sandakan ada 2 kfc. 1 kat waterfront, 1 kat dalam town
dua-dua kfc full. sentiasa ramai orang.
yg pelik nya. ramai gila yang bungkus, tapau bawak balik.
orang pulau barang kali. orang suluk.
tapiiiiiiii coleslaw kfc sini tak sedapppppp. eeuuwwww

dah siap makan, dalam pukul 4 ptg gitu kami ke Agnes Keith House
dari toen nak ke sana, teksi charge RM10

Agnes Keith ialah seorang penulis di Sabah. banyak kisah tentang Sabah sebelum, semasa & selepas perang dunia ke 2 beliau karang.
boleh google utk mengetahui tentang beliau lebih lanjut
sebenarnya rumah ni dah hancur semasa perang
tapi kerajaan sabah bina semula di tempat yg sama, rupa yg sama
di dalam nya penuh barang antik & sejarah peribadi kehidupan Agnes
kalau tak silap, entrance fee RM2 seorang
DILARANG ambik gambar di dalam rumah ni
bersebelahan dengan Agnes Keith, ada English Tea House
best lepak kat sini.
pemandangan cantik sangat
actually 2 tempat ni terletak di atas bukit, so boleh la nampak seluruh Sandakan dari sini
di sebabkan terlatak atas bukit, tu yg kami naik teksi.
balik kami jalan kaki je hihihihi


halaman restoran

Ice Mocha & cheese cake super sedap!!!!!
dating2 jap kat atas tu, baru kami turun jalan kaki
ada trail untuk pejalan kaki & nama nya Tangga Seribu atau english nya One Hundred Steps

Tangga Seribu
Sandakan Heritage Trail
macam biasa, balik hotel lepak2 je
malam nya pulak kami cadang nak ke waterfront lagi
tapi ada kawan suami plak nak jumpa. so malam tu dia belanja kami makan ikan bakar
tapi bukan di ikan bakar sim sim
kami ke restoran resepi mama di Letat Jaya
kata nya, sama juga di sim sim. kat sim sim pun ada resepi mama
beza nya persekitaran restoran ni lagi bersih dari sim sim
alhamdulillah, dapat rasa juga ikan bakar fresh di sini
memang super sedapppp!!!!!

esok nya, kami ke Sandakan Airport untuk ambil kereta.
teksi charge RM25 & kami dapat sewa kereta kancil berharga RM70 sehari
dapat je kereta sewa kami terus ke Sukau, Kinabatangan seperti yg dirancang semalam

Sukau Greenview
kami bertolak dari Sandakan Airport pukul 11.30 pagi & sampai Sukau dalam pukul 2 ptg
perjalanan mengambil masa 2 jam. tapi banyak sungguh lori & hujan lebat.
maka kami pandu perlahan je

cantik kan Sungai Kinabatangan
harga tiket untuk Kinabatangan River cruise ni RM35 seorang
boleh beli di kaunter Sukau Greenview
oleh kerana kami sampai awal, maka nya pusing kampung dulu laaaa



kebanyakkan rumah org Sabah macam ni
masa on the way dari ke Kudat dulu pun banyak rumah macam ni

nasi kuning & bihun sup ayam
SK Sukau Kinabatangan 1952
happy dapat tengok tempat macam ni pebih fasiliti


River cruise start pukul 4 petang
keistimewaan nya di sini kita dapat lihat pelbagai spesis burung, monyet, monyet probiscis (hanya di Sabah), gajah liar sambil mengharung sungai kedua terpanjang di Malaysia ni
bangga ok!!!!
ini pengalaman pertama bersama suami naik bot sungai. aku org Pahang pun belum semoat lagi bawak dia naik bot harung sungai Pahang
InsyaAllah, lepas ni boleh plan ke Taman Negara Pahang plak

  sambil harung sungai tu, laki aku nampak probiscis monkey
budak bot tu pun patah balik untuk kami lihat lebih dekat
tapi malang nya pokok tu tinggi & monyet nye sekor je



burung Heron
banyak sangat spesis burung ni kat sini
dengar je bunyi bot, terus terbang betempiaran
dan akhir nyaaaa kami dapat tengok gajah
punya jauh harung sungai nk jumpa gajah sampai minyak bot dah nak abih


Gajah liar Borneo
masa kami jumpa gajah ni, budak bot naik ke tebing.
dia kata banyak. ada baby. kalau ada baby gajah bahaya sket sebab gajah jenis protection
konon nak intai sensorang, tapi dan sorang je mat saleh naik, tiba-tiba datang gajah besar kat atas nuuu
tudiaaaaaaaaaa
melompat mat saleh & budak bot ke dalam bot hahahahaha
satu pengalaman yg x dapat dilupakan
minyak bot hampir kering
separuh perjalanan ke jeti, pihak sukau greenview datang hantar minyak
peerrghhh pengalaman xbleh lupa, isi minyak bot kat tengah-tengah sungai kedua terpanjang di Malaysia.
sebelum nak jumpa org hantar minyak, hari dah pukul 7 malam. gelap gelita di tengan sungai
peerrrgghhhhh suoerb experience!!!
kalau dulu pi Pulau Tiga Sabah, naik bot laju sampai terhempas
ni plak naik bot sungai di kegelapan malam, hanya ditemani bintang huhuhu
pukul 7.30 kami sampai di jeti & terus pulang ke Sandakan

on the way ke sandakan plak minyak kereta hampir kering
kami memang bajet nak isi minyak di bandar kinabatangan
akan tetapi tak nampak plak stesen minyak. ehh apekah???
kami singgah bertanya di IPD Kinabatangan
abg polis tu kata kat Kinabatangan memang xde stesen minyak
last stesen minayk kat bandar check point
whatttt???
akhir nya dia bagi direction pi beli minyak gelen di bukit garam, kinabatangan
alhamdulillah, jumpa pun kedai jual minyak huhuhu

sampai Sandakan lebih kurang 10 malam.
konon nk try ikan bakar sim sim. 2-3 kali pusing sebab asyik terlepas simpang.
sekali nya dah tutup
diorang dah kemas. T_____T
dinasihatkan kalau korang nak datang makan malam kat ikan bakar sim sim better datang pukul 6 ptg
pukul 9 lebih dah nak tutup
huhuhuhu
malam tu kami makan di Waterfront sahaja
untuk malam yg terakhir sebelum balik KL esok

esok nya, breakfast kat mamak je kat depan hotel
lepas tu ke Pasar Umum Sandakan
xde shopping apa pun.
cuma beli tshirt, fridge magnet & cenderahati utk mak, adik & bff ku Reena Kamarudin tu
tshirt i love sandakan tu wajib beli
hihihihi

Pasar Umum Sandakan

Sandakan 1940
memang banyak beza dengan yg sekarang

abadikan kenangan bersama kereta kancil huhuhu
flight kami delay hampir sejam juga masa nak balik tu
MH370 masih hilang hingga kini
Ya Allah, kau permudah kan lah urusan kami di dunia ini

oh ini nak share sket.
kami park kereta kat rumah kawan di Aman Putra.
mintak tolong dia hantar ke Putrajaya Station saje
dari situ kami naik ERL train ke Salak Tinggi
Putrajaya - Salak Tinggi harga RM5.50
termasuk tiket bas ke LCCT dari Stesen Salak Tinggi
so, pada yg nak mudah ke LCCT, park la kereta anda di Putrajaya Sentral
dari situ beli tiket cam ni ok
cakap kat dia nak ke Salak Tinggi, sekali dengan bas ke LCCT
sampai je Salak Tinggi, bas memang dah ada tunggu

ok, sekian sahaja trip kali ini
moga bertemu lagi pada trip akan datang
InsyaAllah kalau rajin hupdate hihihihi

btw, esok pagi ke Terengganu.
tungguuuuuuu!!!!!
trip apa pula kali ni yea hihihihihi
na na na na na tranung kite!!!

kbai
nanite