" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, June 27, 2014

31 May 2014. Almarhumah Mastura bt Shamsudin (1964-2014)


assalamualaikum semua ...

entry ini adalah untuk mengenang arwah bonda tercinta ku, Mastura bt Shamsudin
Arwah telah pergi menghadap ilahi pada 31 May 2014, jam 4 petang di Taman Sungai Marong, Bentong, Pahang ketika berusia 50 tahun 2 hari

arwah menderita penyakit kanser payudara sejak tahun 2008.
alhamdulillah pada 4 Disember 2009, satu pembedahan besar dibuat; iaitu membuang kedua-dua belah payudara kiri & kanan.
pembedahan bermula pada jam 10 pagi hingga 9 malam.
tuhan saja yang tahu betapa risau nya kami dalam tempoh yang panjang itu.
aku hanya berteman kan abah & adik sahaja.
tepat jam 11 malam, baru lah dapat jumpa arwah & dimasukkan ke ICU selama 2 hari

begitu perit kehidupan arwah sejak sakit hingga ke hari pembedahannya.
rawatan kimoterapi selama setahun. sakit, pening, muntah, kepala botak, emosi tidak stabil & sebagainya.
alhamdulillah tiada sebarang jangkitan semasa proses rawatan kimoterapi.

bermula tahun 2010, arwah gigih berusaha untuk menjaga kesihatan nya.
selain berulang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan radioterapi.
paling penting jaga pemakanan & amal kan membaca al-quran & surah-surah mengenai kanser.
alhamdulilah kesihatan arwah bertambah baik cuma emosi saja kurang stabil.
arwah sering cepat marah, risau & gelisah jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati & perasaan nya.
difahamkan itu merupakan simptom pesakit kanser.
kita sebagai ahli keluarga mesti sentiasa meredakan perasaan nya agar dapat dikawal.

pada tahun 2011, arwah lah orang yang pertama gembira bila aku nak kahwin.
dipendekkan cerita, arwah sendiri yang tanya suami ku
"hang berkenan ka dengan farah, anak makcik?"
*arwah yang tanya dulu, sebelum suami masuk meminang*

sejak kami bertunang, arwah la yang banyak menguruskan hal ehwal kahwin.
dalam pada sakit-sakit pun arwah gigih membuat DIY bekas telur menggunakan surat khabar.
Pengorbanan seorang ibu. sanggup buat apa saja untuk perkahwinan anak nya.

kehidupan & perwatakan arwah sejak jadi pesakit kronik sangat berbeza.
paling tidak boleh lupa arwah kuat makan.
baru je makan nasi, dalam masa 2 jam, nak makan nasi lagi.
orang lain masih kenyang, dia lapar tak henti-henti.

akan tetapi, awal tahun 2014 kami dikejutkan dengan satu berita.
kanser yang arwah hidapi sudah merebak ke paru-paru.
benar lah kata orang; sekali kita ada kanser, selama-lama nya kanser itu ada dalam badan kita
untuk pengetahuan semua, arwah tidak pernah mengamalkan ubat atau supplement selain dari yang doktor beri. arwah hanya bergantung pada ubat-ubat hospital sahaja.
untuk tahun ni, arwah membuat rawatan kimoterapi sebanyak 8 kitaran.
setiap kitaran nya berulang sekali setiap 3 minggu.
selepas 2 kitaran, tiba-tiba tangan arwah membengkak. dari hujung jari hingga ke pangkal lengan.
doktor beritahu itu adalah kesan dari pembedahan yang dahulu.
hanya rawatan fisioterapi yang boleh menghilang bengkak itu.
maka bermula lah rutin ke HKL setiap hari khamis, setiap minggu.
alhamdulillah memang ada perkembangan sejak buat fisio. bengkak tangan itu mengecut sikit-sikit.

keadaan arwah makin teruk sejak April 2014. sampai kan nak ke HKL pun kena berpimpin untuk jalan.
5 May 2014 adalah hari terakhir arwah ke HKL. masa ni adalah kitaran kimoterapi yang terakhir.
rawatan fisio pun diberhentikan kerana terdapat luka-luka di celah ketiak.
mungkin juga ini menjadi punca kematian nya kerana arwah tak makan pun ubat kimo kitaran yang akhir.
ini kerana tangan yang bengkak dah merebak ke bahu & tengkuk arwah menyebabkan kepala arwah senget ke sebelah kanan. tekak arwah sudah tidak boleh menelan ubat. nak makan kurma pun hampir-hampir nak tercekik.
seminggu sebelum arwah, arwah hanya mampu telan nasi yang diblender. hanya nasi lembik & garam.
paling bimbang, 2 hari arwah tak makan apa-apa sebelum kematian nya.
last dia makan nasi tomato & cheese cake. itu pun dia berselera kerana 29 May merupakan hari jadi arwah. siap bersuap-suap lagi dengan ibu. nak ibu suapkan dia cheese cake.
2 hari kemudian arwah mengadu sakit kepala. rasa perit seperti ditarik-tarik urat kepala.
risau nya kami hanya Allah saja yang tahu.

pada malam sebelum arwah, aku temani nya hingga ke 2 pagi.
gosok tangan, gosok kepala.
arwah kata kepala dia sakit sangat. rasa perit & panas.
aku gosok kepala sambil sapu air zam-zam. dah abis air zam-zam sembur pula dengan air paip biasa.
malam tu arwah memang lain, tak boleh langsung hilang abah.
macam biasa, dia panggil abah
"abang! bang!"
abah pun datang & tanya nak apa
arwah cuma kata "nak awak. sini lah"
abah pun duduk berhadapan dengan arwah sambil urut kaki
aku di sebelah arwah urut kepala.
kemudian abah tidur di atas lantai berhadapan dengan arwah
namun tidak sedikit pun arwah kejut abah untuk bangun ke bilik air
selalu nya pukul 4-5 pagi arwah kejut sebab nak kencing.
sehingga lah jam 7.30 pagi, sabtu 31 May, abah yang kejut arwah untuk ke bilik air
tapi arwah tidak menunjukkan sebarang respon
setelah dipanggil beberapa kali, (sampai kan abah kena cakap dekat dengan telinga) baru lah arwah menjawab tak nak.
abah mula risau. call pakngah & makngah bgtau keadaan mak.
abah panggil ustazah azizah, jiran ku untuk melihat keadaan mak.
melihat kan keadaan arwah yang sudah hampir menggelonsor dari sofa bed, kami bersetuju untuk baringkan arwah. (sudah hampir 3 bulan arwah tidur duduk)
dalam hati ku berkata; boleh ke mak bertahan dengan baring?
setelah melihat keadaan, ustazah pun mula membaca yassin
adik beradik mak pun datang melihat
tak lupa juga kakak ku yang sentiasa ziarah arwah sejak 2 bulan yang lalu.
aku jadi gelisah kerana ketiadaan ibu. jika berlaku apa-apa pada arwah, macam mana dengan ibu? sempat ke ibu balik menghadap arwah? sesungguhnya aku memang tak mampu buat apa-apa tanpa ibu. tanpa suami. kebetulan suami plak ada tuntutan kerja & ambil masa untuk siap kan kerja & pulang ke Bentong.
akhirnya kami sepakat untuk membawa arwah ke Hospital Bentong.
sampai sahaja di hospital, nyawa arwah hanya bergantung dengan oksigen semata-mata.
doktor sarankan kami semua bersedia. kalau ikutkan doktor tu, dia sarankan aku membuat keputusan segera jika berlaku apa-apa.
tapi aku membuat keputusan untuk menunggu bapa saudara ku dari KL yg juga merupakan seorang doktor untuk mengesahkan & betul-betul pasti keadaan mak.
sepanjang di hospital begitu ramai saudara mara & kawan-kawan arwah khas nya isteri-isteri bomba & ustazah yang sama kerja perkim dahulu.
tidak putus menyebut ALLAH, ALLAH, ALLAH di telinga arwah
setelah disahkan oleh bapa saudara ku, kami membuat keputusan untuk membawa arwah balik ke rumah atok di sungai marong.
masuk wad kecemasan jam 11.30 pagi & discaj jam 3 petang.
sepanjang perjalanan dari hospital ke rumah atok, nyawa arwah masih bergantung dengan oksigen dalam ambulans
akan tetapi, lebih kurang dalam masa 20 minit selepas cabut oksigen, arwah pergi menghadap ilahi.
alhamdulillah aku & adik menghadap arwah hingga ke akhirnya.

waktu kematian jam 4 petang & selamat dikebumikan lepas waktu maghrib.
alhamdulillah urusan jenazah & pengkebumian dipermudahkan.
wajah mak sangat cantik.
putih berseri.
tiada sedikit pun kedutan di wajah nya.
satu keajaiban juga, luka-luka di dada tidak merah. kembali putih seperti kulit manusia normal.
tangan yang bengkak mulai surut. jika sebelum ini tangan keras macam kayu, tapi semasa kematiannya, tangan itu lembut seperti tangan orang normal.
Allahuakbar. Allah Maha Besar.
begitu besar rahmat-Mu Ya Allah.
Kau hilangkan derita nya. Terima kasih Ya Allah.



begitu cepat masa berlalu. hanya 4 jam. tak sempat nak beritahu pada semua orang tentang kematian arwah pada masa tu.
ada juga yang dapat tahu lewat. hari isnin baru tahu.
mintak maaf kerana kami tak sempat nak btau semua orang.

Alhamdulillah begitu ramai saudara-mara & rakan-rakan arwah yang datang ziarah pada hari tersebut.
terima kasih tidak terhingga untuk semua.
terima kasih untuk abah sebab sanggup jaga mak hingga ke akhir nya
terima kasih untuk adik ku, ema sebab jaga mak sepanjang aku tiada di rumah.
terima kasih ibu, abah & adik-adik lelaki ku yang sentiasa menjaga arwah mak & memahami perasaan kami sekeluarga.
terima kasih ibu sebab ibu banyak jaga mak. hantar makanan untuk mak. mandi kan mak, masa kak long takde kat Bentong.
pengorbanan ibu sangat berharga untuk kak long.
terima kasih juga buat kakak ku, kak Hajra yang sentiasa di sisi. lagi-lagi semasa hari kematian mak. akak sentiasa ada di sisi along. terima kasih kak. along tak kan lupa sampai bila-bila. kita berdua dah takde mak dah kak T____T

akhir kata, terima kasih untuk semua.
semua.
semua.
semua.

3 hari selepas kematian mak.
risau sangat dengan tanah ni sebab hujan 3 hari berturut-turut


hari ke-20
alhamdulillah, tanah elok setelah di hadang papan


Ya Allah, Kau ampunkan lah segala dosa ibu ku.
Kau terimalah segala amal kebaikan nya
Lapangkan kuburnya. senangkan lah kesepian nya
Tempatkan roh nya di kalangan orang-orang yang beriman
Amiiinnnn ...

Al-fatihah untuk arwah mak