" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Anniversary

Wednesday, June 29, 2011

Henpon ... pon

ehem ... ehem ...
morning uolls ... sehat x sume ni?
harap2 sihat la hendak nye yea ...
hari ni 27 Rejab, Hari Isra' & Mikraj ...
so, disunatkan berpuasa ...
berpahala uolls ... hehehe

ok, cik rai bukan nak cerita pasal Isra' Mikraj ...
entry tentang Isra' Mikraj ni cik rai dah update sebelum entry ni ...
untuk mudah kan uolls, KLIK SINI untuk baca kisah Isra' Mikraj


ok, apa yang cik rai nak cerita ialah berkenaan ...
gambar bawah ni ...

*
*
*
*
*
*



ha, ni ... 2 nyawa cik rai sekarang ni ... cewahhhh

handphone atau bahasa melayu nye 'Telefon Bimbit'

alkisah nya, cik rai bukan nak bagitahu cik rai pakai 2 nombor talian berbayar
(wah, ayat ... skema kau)

tapi, sony ericson W595 tu memang nyawa utama cik rai ...
so, itu primary handphone la ...
tp apa lak fungsi nye NOKIA lg 1 tu???
ha, nak tau???

fungsi nya ialah ...
ketika cik rai berada dalam kecemasan ..

contoh:
W595 tu keypad '0' tengah rosak sekarang ni ...
so, cik rai memang xleh langsung nak tekan nombor 0 ..
kalau nak save number kawan2, cik rai suruh dorg miskol jek ...
pas2 baru cik rai save kat contact ...

lagi satu, if battery W595 tu weak, senang la cik rai nak tukar phone kan ...
if emergency la ...
tp dengan syarat, hp NOKIA tu kena sentiasa fully charge la ..



ok, tu jek ... ni saja nak tayang gelas nescafe ...
gelas fevret kat umah ni ...
org lain xleh guna ... eheheh

Peristiwa Israk & Mikraj


Sebelum Baginda di Israk Mikrajkan, Baginda dibedah dadanya oleh Malaikat Jibrail dan Mikail. Hati dan perut Baginda dibasuh, dicuci dan dibuang alaqah (ketulan hitam) iaitu tempat syaitan berbisik untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan air zam-zam. Setelah dicuci Malaikat Jibrail dan Mikail menuangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Baginda dan dijahit dengan menggunakan Khatimin Nubuwwah.

Selepas pembedahan selesai, maka Baginda di Israk oleh Malaikat Jibrail dan juga ditemani oleh Malaikat Israfil dengan menaiki Buraq. Berbagai tempat dikunjungi oleh Baginda ketika Israk . Setiap kali berhenti Malaikat Jibrail mengarahkan Baginda melaksanakan solat Sunnat 2 rakaat. Tempat-tempat yang dikunjungi ialah :

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Baginda akan melakukan hijrah.

  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah.

  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa as dilahirkan).

Ketika dalam perjalanan Baginda diganggu oleh Jin Afrit dengan Api Jamung.

Baginda juga dapat melihat berbagai peristiwa yang menarik, seperti :

  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad kejalan Allah (Fisabilillah) yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

  2. Tempat yang berbau wangi. Baginda diberitahu oleh Jibrail :“Itulah bau kubur Masyitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang telah direbus oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan ia tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan.”

  3. Sekumpulan orang yang sedang menghantukkan kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, kepala mereka disembuhkan kembali, lalu dihantukkan semula sehingga pecah pula. Demikian perbuatan ini diulang berkali-kali. Jibrail memberitahu Baginda: “Itulah orang-orang yang berat kepala untuk sujud (sembahyang) kepada Allah.”

  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka juga dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.”

  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba.”

  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:“Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”

  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:"Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : "Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah iaitu mencela dan menghinakan orang.”

  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Baginda tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : “Itulah dunia.” Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."

  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti. Baginda tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”

  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setelah sampai di Masjid Al-Aqsa Baginda turun dari Buraq dan mengimamkan solat dua rakaat kepada para ambiya dan para mursalin. Setelah selesainya solat, Baginda dibawa oleh jibrail 2 gelas air susu dan arak. Baginda memilih air susu untuk diminum, maka berkata jibrail “Baginda membuat pilihan yang betul, jika Baginda memilih air arak nescaya ramai umat Baginda akan sesat.” Apabila selesai Baginda minum, berlakulah peristiwa mikraj iaitu :

  1. Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  2. Langit Pertama: Baginda dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

  3. Langit Kedua: Baginda dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Yahya as.

  4. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.

  5. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.

  6. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

  7. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa as. Baginda mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

  8. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Baginda, Nabi Ibrahim as bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitulah La Haula Wala Quwwata Illa Billah". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim as bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa Lah Ilaha Illallah Allahu Akbar Dan Wa Lah Haula Wa Lah Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Baginda dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

  9. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Baginda menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

  10. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Baginda masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

  11. Tangga Kesepuluh: Baginda sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Baginda. Allah swt : “Ya Muhammad.”Baginda : “Labbaika.” Allah swt : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.” Baginda : “Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.” Allah swt : “aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang”

  12. Selesai munajat, Baginda di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Baginda merayu kepada Allah swt agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Allah mensyariatkan solat 5 waktu kepada umat Islam, Baginda turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Peristiwa Israk dan mikraj merupakan bukti kekuasaan allah kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini juga sebagai ujian kepada umat Islam, kerana mengikut logik akal peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh sepantas 1 malam berlaku. Tetapi iman seseorang itu akan membenarkan peristiwa ini adalah benar dan merupakan peristiwa yang bersejarah kepada umat Islam.


sumber dari: www.ustaznoramin.com
:

Tuesday, June 28, 2011

Al-Fatihah - I/SP NUR AIN KAMIS


assalamualaikum semua ...

entry kali ini adalah bagi mengenang arwah Nur Ain bt Kamis ...
Arwah mengalami kemalangan di Likas, Sabah pada 26/6/2011 & difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian ...

sebenarnya, arwah ain ni bukan la orang asing pada cik rai ..
selain daripada kami satu pasukan SUKSIS UIAM, arwah merupakan saudara terdekat cik rai jugak ...
emak kepada arwah ain ni merupakan emak saudara pupu pada ibu cik rai ...
dalam erti kata lain, arwah ain ni ibarat 'ibu saudara' cik rai ...
sebab nye, wan arwah ain tu cik rai panggil moyang ...
x ramai rakan-rakan SUKSIS tahu yg kami ni bersaudara ...
ye la, since ain ni org sabah kan ..
cik rai ni org pahang ...


IIUM SUKSIS Skuad 2006




keratan akhbar kemalangan arwah ...
**klik pada gambar untuk zoom lebih dekat**

Ya Allah ...


moga arwah ditempat kan di kalangan orang yang beriman ...
Al-Fatihah ...

Monday, June 27, 2011

The Sniper, 2009

ehem ... ehem ...
now showing ...
ahaks ....
bukan now showing kat wayang la uolls ...
tapi now showing kat TV3 ... heheh

movie The Sniper ni antara fevret sniper movie cik rai ...
movie ni dr Hong Kong, a Dante Lam Film ...

movie ni release tahun 2009 ...
cik rai sempat tengok movie ni kat wayang dulu ...
kat GSC Midvalley ...
movie ni ada kat GSC jek ...
kat TGV xde ...
selalu nya cik rai pegi tgok wyg kat TGV KLCC ...
tp utk movie ni, cik rai beralih ke GSC ... heheh
menapak la sekejap nak ke Midvalley tu ...



cun abes weapon die!

satu scene yang cik rai suke ialah masa sniper baring atas papan iklan kedai ..
pergggh ...
teringat plak nak landing cenggitu sambil ber-weapon ..
teringat masa menembak kat PGA Ipoh dulu ...
rindu nye nak menembak ....
adehhhhhh



9 April tu ...
besday cik rai ...
heheh ...

Sunday, June 26, 2011

terjebak suda ...

ehem ... ehem ...
ok, entry kali ni nak share sikit mood terjebak cik rai dengan uolls semua ...
nak tau apa dia???
jeng, jeng, jeng ...
wahhhhhhhh!!!!!!

hurm, cik rai nak share lagu arab ni ...
cik rai ni terjebak suda denga lagu ni ...
menusuk kalbu weh lirik lagu dia ....

Ya Allah ...

ok, jum kita nyanyi lagu arab ni ...
kat bawah ni ada lirik dia ...
sila hafal yea! baca baik-baik ... heheh



Albi Nadak by Fares

Leek, ana milk leek
ta'ala arrab dommeni, makhtag
eleek, o rokhi feek
ya hob 'omr ana 'omri kollo hakhyesho leek

hawak howa el khaya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi monaah
agmal malak, yekoon ma'ah

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa khaneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah ba'd esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashana 'ineek
wa 'omri fadak

Eh, akhtag le eh
law konti ganby ma'aya daiman kolly eh
ya dana min zaman
makhtag le alb yehess beya o ahess beek

hawak howa el haya,
wenta elly ana, ba'ashek hawa
kan albi mona
agmal malak, yekoon ma'a

yah albi nadak wetmannak teb enta wayaya
yah bad esneen shok wa haneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak

yah albi nadak wetmanak teb enta wayaya
yah ba'd esneen, ba'd elsneen alak eek hena ma'aya
yah dommeni leek, danta habibi hayaty leek
we ha'eesh 'omri 'ashan 'ineek
wa 'omri fadak






ok, ni cik rai translate kan ke Bahasa Melayu ...


Albi Nadak by Fares

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

Saturday, June 25, 2011

Gambar yg dimuat naik boleh di zoom! TERUJA ^_^


ehem ... ehem ...
entry kali ini adalah berkenaan ........
gambar ...
rasa ke-teruja-an sikit bila berjaya membuat gambar yg telah di-muat naik atau di-upload boleh di zoom bila uolls klik gambar tersebut ...
ngeeeeee ...
bangga kejap sebab berjaya buat ...

x caya?
kalau x caya, ce try klik gambar-gambar kat bawah ni ...
*
*
*
*
*
*

~~ try test gambar Maira ~~




dah klik? caya x? hehe
alololo ... comey nye maira ni ...
geram!!!!


alololo ... cian ...
demam yeak???


wah! maira get ready nak terbang ni ... \m/

Statistic Minda Serigala: Teruja kejap

entry dunia yg kecik tu cepat betol di-pageview ...
i likeeeeee ....
dah 31 pageviews ...
pada hal baru jek post semalam ...



SELOKA KELAS paling banyak di-pageview sejak MINDA SERIGALA ni wujud




seantero dunia ...
pelawat-pelawat & pengunjung yg datang merempoh sejak MINDA SERIGALA wujud

MALAYSIA = 3262




pelawat & pengunjung yang datang merempoh MINDA SERIGALA pada 24 June 2011

MALAYSIA = 109



wah!!!!!! TERUJA cik rai uolls!!!

Elak rahsia pertahanan bocor

sumber : utusan malaysia


KUALA LUMPUR - Pengamal media di negara ini disaran supaya peka berhubung jenis maklumat yang akan mereka sampaikan kepada orang ramai bagi mengelakkan rahsia pertahanan negara bocor ke tangan musuh.

Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, penyiaran gambar-gambar sensitif berkaitan ATM misalnya boleh mendedahkan aset pertahanan negara kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Dalam memastikan keselamatan maklumat strategik daripada jatuh ke tangan musuh, pihak media diharap dapat memberikan perhatian yang serius berhubung gambar-gambar di kawasan sensitif dan aset strategik negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sebagai contoh, katanya, rakaman pesawat Sukoi milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) dari jauh sememangnya mempunyai nilai kewartawanan kepada golongan tersebut, namun rakaman dari dekat sehingga memperlihatkan jenis teknologi yang digunakan pesawat itu akan memberi maklumat kepada musuh tentang kemampuan pesawat berkenaan.

"Pengamal media turut disaran untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan ATM dalam merealisasikan perkongsian maklumat seperti memberikan input berguna bagi tugas risikan terhadap ancaman dalam bentuk tradisional mahupun bukan tradisional," ujarnya.

Salam Rindu

Saat bulan purnama bersinar
Terangi malamku teringat padamu
Dan kukirimkan salam tentang rasa rinduku
Bersama angin malam, kusetia menunggu
Mimpikan .. mimpikan aku, oh sayangku
Peluk erat hati ini dan jagalah selalu
Dan kan kudendangkan lagu ini untukmu
Dengarlah ...
Dengarlah ... sayang

Ingatlah saat kita bersama
Kau pegang tanganku, kutatap matamu
Semua terasa indah tak seorangpun mengganggu
Bersedih dan tertawa, kita tetap bersatu
Bintang benderang secerah hatiku
Yang selalu terbayang kekasihku sayang
Di setiap mimpimu ku kan selalu berdendang
Dengarlah ...
Dengarlah ... sayang


Kuatkanlah dinding hati
Janji kita tak akan pernah terbagi
Biar malam terus berganti
Yakinlah kau tetap bungaku
Genggam erat hatiku ini
Kan kuciptakan damai untukmu
Biar bulan terus berlalu
Yakinlah kau tetap bungaku
Yakinlah kau tetap milikku
Yakinlah kau tetap bungaku
Sayangku ...

~~~ OA ~~~
\m/ \m/ \m/

Friday, June 24, 2011

Dunia yg Kecik


ehem ... ehem ...
ni cik rai nak ceghita sikit ... (chewah, slang utagha plak)

x sangka betui la ...
kecih sungguh dunia ni ...
hang pa suma nak tau ka pasai pa?
hehe ... (hebat jugak slang utagha aku neh) chewahhhh

ok, lagu ni ceghita dia ...
alkisahnya bermula dengan wanita ini ...
jeng, jeng, jeng ...
*
*
*
*
*
*
*

ini kak ida ... kawan cik rai ...
kami orang kenai kat FB FUNKER FM ...
walaupun berkawan di FB, kak ida ni pernah datang umah cik rai ...
so, kami org dah jumpa face to face la ... :)

nak jadi kisah nya ialah ....
kak ida ni kenal dengan budak 2 orang kat bawah ni
*
*
*
*
*
*


junior kak ida rupa nya ...
masa sama-sama belajar kat UUM dulu ...
wahhhhh!!!!!
kecik sungguh dunia ini ...
budak 2 orang tuh pak saudara & bakal mak saudara cik rai ...
Pak Su & Mak Su ... heheh
x sangka betul la ...

so, pada cik rai setiap pertemuan itu ada sebab nya ...
iaitu ...
untuk mengeratkan lagi ukhuwah & silaturrahim ...

nanti kita reunion eh?
pegi genting ke ...
ok kak ida? miela?
heheh ...


ha, ni gambar cik rai dengan paksu ...
masa kami org p mandi sungai ...
miela jangan jeles ok!
bila nak mai bentong ni?


tu dia, Pak Su kami ...
heheh ...

Harimau Malaya Mengaum di Bumi Sendiri


yeaaaahhhhhhh!!!!!
sekejap tadi telah berlangsung nya perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Lubnan ...
keputusan nya ...
Malaysia menang 2-1 ...
Malaysia Boleh!!!

so, if uolls nak tengok video gol Malaysia vs Lubnan,



Thursday, June 23, 2011

DSA 2012


ehem ... ehem ...
DSA datang lagi ...
uolls tahu x DSA ni hape?
DSA means Defence Services Asia ...
it is Exhibition & Conference
atau bahasa melayu nye ...
Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia
untuk tahun 2012, ianya berlangsung pada 16-19 April 2012
di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur ...

secara jujurnya, cik rai x pernah menghadiri pameran ni ...
tapi cik rai sentiasa mengikuti perkembangan DSA setiap tahun ...

so, untuk detail uolls bleh klik link lat bawah ni ...


jum kita baca petikan berita dari utusan pasal DSA 2012 ni ..
*
*
*
*
*
*

KUALA LUMPUR 22 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadikan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 sebagai platform meningkatkan kemampuan perangnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya bercadang meningkatkan keupayaan kuasa tembak, mobiliti serta sistem komunikasi Tentera Darat sempena DSA 2012, tetapi enggan menjelaskan apa perolehan baru yang bakal dibuat.

"Perancangan ini memang telah digariskan untuk perolehan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Kita memang bercadang meningkatkan kuasa tembak, mobiliti dan sistem komunikasi," katanya selepas majlis pelancaran DSA 2012 di sini hari ini.

Ditanya sama ada perolehan baru itu termasuk sistem meriam bergerak (SPH), Zulkifeli berkata, beliau tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini, tetapi mengakui sistem persenjataan tersebut tersenarai dalam perolehan untuk meningkatkan kuasa tembak Tentera Darat.

"Sistem SPH memang termasuk dalam perancangan kita untuk meningkatkan kuasa tembak, tapi tentang perolehan buat masa ini saya tidak boleh sahkan," katanya.

Sistem SPH buatan Korea Selatan yang dikenali sebagai K9-Thunder dikatakan antara persenjataan baru yang bakal dibeli memandangkan meriam tersebut telah lama disenarai pendek oleh ATM bagi menyokong unit kereta kebal PT-91M.

Meriam SPH direka khusus untuk menyerang kedudukan musuh yang berada dalam lingkungan jarak melebihi 40 kilometer dengan kadar kepantasan tembakan mencecah antara enam hingga lapan pusingan seminit.


MAS & Airbus A380

ehem ... ehem ...
ok, ari ni cik rai nak cerita pasal Airbus A380 ...
difahamkan Malaysia Airline (MAS) bakal memiliki Airbus A380 ni ...
wahhhh!!!
chantek uolls ...
so, mari kita lihat gambar2 Airbus A380 ni ...
*hasil carian google jek ... hehe



ni la Airbus A380 ...
besar kan uolls ...
cik rai dah lama x naik kapal terbang ...
naik airbus lagi la x pernah kan ...
pernah naik Boeing AirAsia jek .. :)
anak sedara cik rai, sebut kapal terbang ni "kopen" (aeroplane)


ni kipas "kopen" tu uolls ... hehe
atau bahasa saintifik nye ...
A Rolls-Royce Trent 900 engine on the wing of an Airbus A380


ini A380 Flight Deck


ha, yg ni plak uolls A380-800 layout ...
519 seats uolls ...


ha, yg ni plak lukisan gambar perbezaan antara 4 jenis aircraft ...
Antonov An-225 (green)
the Hughes H-$ Hercules (gold)
the Boeing 747-8 (blue)
the Airbus A380 (pink)


ok, ni plak spesifikasi Airbus A380

MeasurementA380-800A380-800F
Cockpit crewTwo
Seating capacity525 (3-class)
644 (2-class)
853 (1-class)
12 couriers
Length overall72.73 m (238.6 ft)
Wingspan79.75 m (261.6 ft)
Height24.45 m (80.2 ft)
Wheelbase33.58 m (110.2 ft) wing landing gear
36.85 m (120.9 ft) body landing gear
Wheel track12.46 m (40.9 ft)
Outside fuselage width7.14 m (23.4 ft)
Outside fuselage height8.41 m (27.6 ft)
Maximum cabin width6.58 m (21.6 ft) Main deck
5.92 m (19.4 ft) Upper deck (floor level)
Cabin length49.9 m (164 ft) Main deck
44.93 m (147.4 ft) Upper deck
Wing area845 m2 (9,100 sq ft)
Aspect ratio7.5
Wing sweep33.5°
Maximum taxi/ramp weight571,000 kg (1,260,000 lb)592,000 kg (1,310,000 lb)
Maximum take-off weight569,000 kg (1,250,000 lb)590,000 kg (1,300,000 lb)
Maximum landing weight391,000 kg (860,000 lb)427,000 kg (940,000 lb)
Maximum zero fuel weight366,000 kg (810,000 lb)402,000 kg (890,000 lb)
Typical Operating empty weight276,800 kg (610,000 lb)252,200 kg (556,000 lb)
Maximum structural payload89,200 kg (197,000 lb)149,800 kg (330,000 lb)
Maximum cargo volume176 m3 (6,200 cu ft)1,134 m3 (40,000 cu ft)
Maximum operating speed
at cruise altitude
Mach 0.89 (945 km/h, 587 mph, 510 knots)
Maximum design speed
in dive at cruise altitude
Mach 0.96
(at cruise altitude: 1020 km/h, 634 mph, 551 knots)
Take off run at MTOW/SL ISA2,750 m (9,020 ft)2,900 m (9,500 ft)
Range at design load15,400 km (8,300 nmi, 9,500 mi)10,400 km (5,600 nmi, 6,400 mi)
Service ceiling13,115 m (43,028 ft)
Maximum fuel capacity323,546 L
(85,472 US gal)
310,000 L
(81,893 US gal),
323,546 L
(85,472 US gal) option
Engines (4 x)GP7270 (A380-861)
Trent 970/B (A380-841)
Trent 972/B (A380-842)
GP7277 (A380-863F)
Trent 977/B (A380-843F)
Thrust (4 x)311 kN (70,000 lbf) – 355 kN (80,000 lbf)



ok, ni plak contoh negara yg sudah memiliki Airbus A380
Airline↓First commercial flight↓
France Air France20 November 2009[215]
United Arab Emirates Emirates1 August 2008[77]
South Korea Korean Air17 June 2011[216]
Germany Lufthansa6 June 2010[217]
Australia Qantas20 October 2008[78]
Singapore Singapore Airlines25 October 2007[73]

x lama lagi, Malaysia Airline ada la dalam senarai ... heheh

~~ Malaysia Boleh!!! ~~