" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 9, 2011

Ujian Kemahiran Menembak - UKMTD


Ujian Kemahiran Menembak (UKMTD) adalah acara dwi tahunan peringkat TD telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Mac hingga 10 Apr 2011. Sebanyak 7 pasukan yang terlibat iaitu Tim Pemerintahan Latihan Dan Doktrin TD, Tim Pemerintahan Logistik TD, Tim 1 Divisyen, Tim 2 Divisyen, Tim 3 Divisyen, Tim 4 Divisyen dan Tim 10 Briged PARA.

Sebanyak 30 acara telah dipertandingkan iaitu Jatuh Piring Wanita, Jatuh Piring Lelaki, Jatuh Piring Jemputan, Jatuh Piring Novelti, Acara Raifal Peringkat 1 Lelaki Kategori Kumpulan Unit Besar, Acara Raifal Peringkat 1 Lelaki Kategori Kumpulan Unit Kecil, Acara Raifal Peringkat 1 Lelaki Kategori Individu, Acara Raifal Peringkat 2 Kategori Individu, Acara Raifal Kelas B Kategori Individu, Acara Raifal Wanita Berpasukan, Acara Raifal Wanita Kategori Individu, Acara Raifal Pegawai Muda Berpasukan, Acara Raifal Pegawai Muda Individu, Acara Raifal Pegawai Kanan Berpasukan, Acara Raifal Pegawai Kanan Individu, Acara Pistol Peringkat 1 Lelaki Kategori Kumpulan Unit Besar, Acara Raifal Peringkat 1 Lelaki Kategori Kumpulan Unit Kecil, Acara Pistol Peringkat 1 Lelaki Kategori Individu, Acara Pistol Wanita Kategori Berkumpulan, Acara Pistol Wanita Kategori Individu, Acara Lorong Hutan Kategori Kumpulan Unit Besar, Acara Lorong Hutan Kategori Kumpulan Unit Kecil, Acara Lorong Hutan Kategori Individu, Acara Serangan Seksyen, Acara MGKA Berkumpulan, Acara MGKA Berpasangan, Acara MGR Kategori Kumpulan Unit Besar, Acara MGR Kategori Kumpulan Unit Kecil dan Acara MGR Kategori Berpasangan,

Sebanyak 33 Piala Pusingan telah disediakan untuk ditabalkan kepada juara-juara yang mempamirkan mutu kecemerlangan dalam pertandingan ini. Pasukan 10 Briged Para telah memonopoli 15 kejuaraan dari 33 Piala Pusingan yang ditawarkan. Sekali gus menjadi Johan Keseluruhan Antara Formasi dengan pungutan 330 mata.

Prebet Mohamad Firdaus bin Abu Bakar dari Tim 3 Divisyen telah memungut mata peribadi sebanyak149.05 telah dinobatkan sebagai Jaguh UKMTD 2011. Baru berkhidmat selama 3 tahun dalam TD dan penglibatan pertama kali dalam UKMTD. Natijah kepada kejayaan dan kecemerlangan ini beliau bukan sahaja telah menerima hadiah-hadiah pertandingan malah telah dinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan beberapa insentif menghadiri kursus-kursus strategik bagi melengkapkan keupayaan beliau sebagai seorang tentera yang kompeten. dan kredibel.

UKMTD 2011 telah mempamirkan peningkatan yang ketara dari segi mutu penganjuran malah mempamirkan persembahan yang berkualiti dari peserta-peserta yang mengambil bahagian dan berjaya melahirkan penembak-penembak muda yang bakal menjadi pelapis bukan sahaja bagi mempertahankan keunggulan TD dalam konteks ini malah bakal membawa cabaran ke peringkat nasional. UKMTD 2013 dijangka sekali lagi akan berlangsung di luar Kem Terendak dan bakal menyaksikan penganjuran yang lebih besar daripada sebelumnya.

sumber: Perajurit Jun 2011


“Kemahiran menembak merupakan keperluan asas yang dituntut dari semua anggota tidak kira kor atau pun pangkat. Ianya bertindak untuk membentuk keperibadian seseorang anggota tentera serta membina keyakinan mereka terhadap latihan dan peralatan yang disediakan. Senjata merupakan objek sinonim dengan dunia ketenteraan yang mana ianya merupakan asas kepada aspek machine di dalam trilogi man, machine and method. Kemahiran menembak memerlukan bukan sahaja pengetahuan tentang persenjataan dan balistik tetapi juga mengutamakan pengantaramukaan manusia dan mesin (man machine interfacing) yang tinggi. Hakikatnya, seorang anggota terlatih mesti berupaya mengendalikan sekurang-kurangnya senjata persendirian secara efektif di dalam persekitaran ketidaktentuan, ketakutan, kelesuan dan bahaya yang lazim ditempuhi di dalam keadaan perang. Pada asasnya pengantaramukaan yang efektif dalam bidang ini akan dapat mencetus sinergi terhadap sub-system yang lain di dalam TD. Justeru, di dalam proses untuk memperolehi senjata moden dan canggih bagi TD, kita perlu menentukan bahawa pengendali atau penembak mempunyai pengetahuan yang relevan. Jangan seperti analogi senjata abad ke 21 yang dikendalikan oleh anggota bermentaliti abad ke 18.

Selain dari menguji kemahiran penembak-penembak dari Pemerintahan serta Formasi TD, acara ini juga menguji tahap kesatuan setiap pasukan. Beberapa jenis senjata persendirian atau bantuan diuji manakala keberkesanan bagi senjata bantuan bergantung kepada keupayaan tim-tim yang bertanding. Keserasian serta persefahaman antara setiap ahli pasukan adalah sangat penting. Ini boleh disamakan dengan TD yang mempunyai pelbagai kor serta kemahiran yang mana keunggulan hanya akan dapat dicapai melalui kesatuan yang utuh serta pengorbanan individu yang meletakkan kepentingan pasukan sebelum diri sendiri. Ini merupakan aspek fundamental di dalam Kelakuan Organisasi TD. Ujian ini seperti juga pertandingan-pertandingan lain di dalam TD adalah pemangkin di mana kesatuan, keunggulan, pengorbanan serta kesetiaan diserapkan supaya di medan pertempuran kelak, kualiti-kualiti ini akan berfungsi secara semulajadi di dalam persekitaran yang lebih mencabar.”-Timbalan Panglima TD.

No comments: