" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, June 22, 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia


Pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan menjadikan warga kota semakin terhimpit dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila harga barangan pengguna terus meningkat.

NONEBagi membantu mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan projek Kedai Rakyat 1Malaysia - di mana melaluinya 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.

Najib dijadual melancarkan kedai pertama yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya petang ini yang akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin pada taklimat media baru-baru ini berkata barangan generik itu akan diberikan jenama '1Malaysia'.

NONEBeliau memberikan gambaran ringkas yang boleh dijangkakan oleh pembeli:

  • RM20.50 bagi pek biasa lampin pakai buang bayi (berjenama: RM40)
  • RM 2.99 bagi setin sardin 420g (berjenama: RM6.10)
  • RM6.80 bagi sebotol kordial (berjenama: RM9.90)
  • RM2.05 bagi setin krimer (berjenama: RM2.80)
NONEAmeer berkata kekuatan Mydin terletak pada pembelian pukalnya dan disokong oleh kira-kira 500 pengusaha kecil dan sederhana yang membekalkan sebahagian daripada barangan generik itu.

“Kami lakukan ini atas dasar tanggungjawab sosial korporat bagi membantu rakyat. Saya jamin kerajaan tidak akan tanggung sebarang kos. Jika ada peluang, kami ingin kembangkan konsep ini ke tempat-tempat lain,” katanya.

No comments: