" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Anniversary

Tuesday, May 24, 2011

Lemas di Sg. Benus


ehem ... ehem ...
ni nak tayang sikit gambar2 Operasi Mencari Mangsa Lemas
Lokasi: Sungai Benus, Bentong, Pahang ...
operasi ni 10 hari, sampai jumpe la mangsa yg lemas tu ...
mangsa adalah lelaki, berumur 25 tahun, pekerja kilang Rubberflex ...



korang nmpak x ade anjing pengesan dlm bot tu ... hehe


ha, ni unit pengesan Jabatan Bomba & Penyelamat
SEDIA MENYELAMAT 999


abg2 scuba ada kat tepi2 pokok tu ...
nampak x? hehe


luas jugak sungai ni ...

tengok apa tu bang?


moga mangsa selamat dijumpai ...

Tahniah!!!

23 pegawai naik pangkat

KUALA LUMPUR 13 Mei – Seramai 23 pegawai kanan Tentera Darat hari ini dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral, Brigedier Jeneral, Kolonel dan Leftenan Kolonel.

Brigedier Jeneral Datuk Fazlurrahman Mohammad Irfan merupakan pegawai kanan tunggal dinaikkan pangkat sebagai Mejar Jeneral diikuti dua pegawai kanan ke pangkat Brigedier Jeneral.

Mereka adalah Kolonel Ranjit Singh dan Kolonel Mustafa Abd. Manap manakala Leftenan Kolonel Muhammad Fuzi pula dinaikkan pangkat Kolonel.

Seramai 19 lagi pegawai berpangkat Mejar dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel termasuk Muhammad Fuzi Taib, Robiai Muhamad, Othman Ahmat, Abdul Rashid Shahdan, Ishak Ismail dan Mat Noh Ngadiman.

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin bertempat di Wisma Transit, Kementerian Pertahanan, di sini.

Dalam ucapannya, Zulkifeli menyeru semua pegawai kanan tersebut supaya melaksanakan tugas mereka dengan penuh jujur serta komitmen tinggi.

“Jangan bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan kerana ia akan memudaratkan imej Tentera Darat dan keluarga anda semua,” ujarnya.

Beliau turut memesan kepada semua warga Tentera Darat yang hadir agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka kerana perbuatan tersebut akan mengancam kredibiliti institusi ketenteraan di negara ini.

“Mereka yang berbuat demikian tidak akan terlepas daripada pemantauan saya. Dengan kepesatan sumber maklumat kini, segala aduan terhadap salah laku akan sampai kepada saya untuk disiasat,” tambahnya.


Tahniah utk semua!!!

Jalankan lah tanggungjawab dengan sebaik mungkin ...

jangan menyalahgunakan kuasa yg ada ..

SELAMAT BERTUGAS!!!!

Friday, May 20, 2011

"TERIMA KASIH ATM"

ehem .. ehem ...
agak lama x update pasal Polis & Tentera ...
ye la .. minggu lepas xbleh login blogger ...
terbantut la sekejap nak update blog ...
hehe ...

so, ini post terbaru utk Segmen Polis & Tentera



SELAMAT DENGAN KEHADIRAN TENTERA

SEJAK insiden penculikan yang turut membabitkan pelancong asing di Pulau Pandanan dan Pulau sipadan, Sabah pada tahun 2000, masyarakat luar mula meragui keselamatan di kawasan tersebut yang merupakan antara daya penarik pelancong ke negeri itu.

Tragedi penculikan yang membabitkan Kumpulan Abu Sayaf itu telah memberi tamparan hebat kepada industri pelancongan negara di mana para pelancong mula mempersoalkan tahap keselamatan negara terutamanya di kawasan berpulau.

Bagaimanapun, tindakan pantas kerajaan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Op Pasir berjaya mengatasi masalah itu dan menepis persepsi negatif pelancong luar terhadap tahap keselamatan kawasan perairan dan kepulauan di Sabah.

Lawatan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin ke beberapa kawasan Op Pasir seperti di Pulau Sipadan mendapati jumlah pelancong yang melawat pulau tersebut kini agak menggalakkan berbanding ketika berlakunya insiden penculikan tersebut.

Beberapa pelancong yang ditemui ketika sesi lawatan Panglima Angkatan Bersama itu memuji inisiatif yang diambil ATM dalam menjaga keselamatan perairan serta pulau-pulau sekitar Sabah yang merupakan sumber pelancongan negeri itu.

Pelancong dari Switzerland, Marco Kely berkata, dia berasa selamat ketika berada di Pulau Sipadan dan juga pulau-pulau lain di Sabah kerana kehadiran anggota tentera yang sentiasa menjaga keselamatannya ketika sedang asyik melakukan aktiviti perlancongan seperti selaman skuba.

"Sabah adalah tempat yang cantik. Saya suka lautnya, saya suka persekitarannya dan merupakan tempat terbaik untuk bercuti tetapi apa yang lebih baik ialah keadaannya yang selamat dan sentiasa di dalam jagaan pihak tentera.

"Kehadiran anggota tentera di setiap pulau termasuk sentiasa membuat rondaan di perairan negeri ini membuatkan saya berasa selamat. Saya yakin mereka akan memastikan saya dan juga pelancong lain yang datang ke sini berada dalam keadaan selamat serta dapat menikmati pelancongan kami dengan baik," katanya.

Seorang lagi pelancong, Gussi Mattila dari Finland berkata, pada mulanya dia agak terkejut melihat ramai tentera berkawal di sekitar perairan dan pulau Sabah tetapi mengakui bahawa kehadiran tentera berkawal di kawasan tersebut membuatkannya berasa selamat.

Mattila yang datang melancong bersama isterinya, Ecina Mattila, berterima kasih kepada ATM kerana sentiasa berkerja keras mengawal perairan serta pulau sekitar Sabah demi memastikan dia dan isterinya serta pelancong lain dapat menikmati pelancongan tanpa rasa takut.

"Sudah tentu saya dan isteri berasa selamat ketika berada di sini (Pulau Sipadan). Kami tidak berasa takut keran tahu keselamatan kami sentiasa dijaga oleh anggota tentera di sini. Terima Kasih kepada mereka (ATM), mereka telah melakukan tugas yang baik," jelasnya.

Bagi seorang lagi pelancong dari Hong Kong, Peter Kho, dia tidak pernah berasa keselamatannya sentiasa terjamin seperti ketika melancong di Pulau sipadan.

Katanya yang hadir membawa keluarga melancong ke Pulau Sipadan, dia menghargai jasa ATM menjaga keselamatannya sekeluarga sewaktu melancong ke Sabah.

Sumber: Utusan Malaysia Online

24 - Season 8



Season Eight, also known as Day 8, is the final season of the American serial television series 24


sebenarnya season 8 ni dh lama tayang kat cenel FOX tp cik rai x pasti bila season ni masuk siaran malaysia ... cik rai terlepas pandang plak ... yg pasti nye sekarang ni cik rai sentiasa ikut siri ni setiap sabtu kat cenel AXN ... mmg fevret series 24 ni ... sgt2 meminati Jack Bauer ... huhu ... tp kan season 8 ni ade Marine yg ensem ... x lupe juga ade Anil Kapoor ...


ha, ensem kan? ahaks ...
~~ Freddie Prince Jr

ok, ni nak cite sket plot utk season 8 ni ...

Set 18 months after season 7, the story arc involves Jack Bauer contending with assassination threats made during a peace conference between President of the United States Allison Taylor and President Omar Hassan of the fictional Islamic Republic of Kamistan (IRK), a country similar to Iran. Kamistani terrorists, resentful of America and disappointed at Hassan's willingness to concede their attempts at developing nuclear weapons, turn against their country with the secret aid of the Russian mob, first attempting to assassinate Hassan and then to strike at America directly. Jack discovers the true masterminds behind the successful yet impromptu assassination of both president Hassan and Renee Walker are people working within the Russian government, and is willing to bring the culprits to justice at the cost of a third world war.

The season is set in New York City, with CTU's New York City Office having been re-activated,but while there were originally no plans for filming in New York due to budget constraints, some scenes were shot on-location.


dan berkemungkinan season 8 adalah season finale ...


Thursday, May 19, 2011

Maira love Aunty Fara

ehem ... ehem ...
ni nak tunjuk anak saudara baru cik rai ...
Nur Humairah bt Mohd Nasrullah ...
sebenarnya ni anak kawan cik rai ... Puan Rohana bt Idriss
kitorang ibarat kembar kat bentong ni ...
sebab nye, kitorg sama2 suke merempit sekitar bentong ...
melepak sama2 kat kedai mamak ...
suke makan ...

so, lets see her daughter pics ...


mase baru lahir ...


oh, sgt comel kan? cik rai paling suke gambar ni ...


maira wif her ummi ...

ummi die punye keje la ni ...

Thursday, May 12, 2011

DC Cupcakes

ehem ... ehem ...
ni nk share sikit rancangan kat TLC ...
DC Cupcakes ...
Owner nye 2 org ... kate & Sophie ...
dorg punye kedai nama Georgetown Cupcake ...
hebat dorg berdua ni ... macam2 Cupcake dorg buat ...
utk officially website korang bleh klik link ni http://www.georgetowncupcake.com/
x pon pergi kat FB dorg Georgetown Cupcake
boley la intai2 ... hehe



video bawah ni cara2 buat Ice Cream Cupcakes ...
enjoy!!!




Wednesday, May 11, 2011

Tahniah Minda Serigala

ehem ... ehem ...
akhir nye Minda Serigala dipilih sebagai ...
Pemenang Blogwalking Dj Aleya Funker FM


nampak x banner kat atas tu ...
FID 1094 tu cik rai la ...
ahaks ...
no 1094 tu cik rai tempah tau ...
naseb Dj Awie anta mcj, suro daftar cepat, dapat la no tu ...
nk tau sebab ape pilih no tu?
sebab ...
1094 ...
tarikh lahir cik rai kan 9hb 4 ...
sebab tu la pilih 1094 ... heheh ...
POYO x? x kan??? ahahah

bak kata kawan cik rai , Faizal Mohd
lepas ni naik la trafic blog Minda Serigala ..
glamer gitOoOo .. ahahah
[poyo lagi ...]

ok, thanx to Dj Aleya sebab pilih blog Minda Serigala ni ...
siap mention lg cik rai ni gadis manis yg ganaz & menakutkan ...
disebabkan nama blog Serigala ... ahaks ...

uolls boleh klik SINI if nak tau kenapa Dj Aleya pilih Blog Minda Serigala sebagai pemenang ...
To Dj Aleya: nanti cik rai ikut steps yg cik yaya ajar tu yea ..
arap2 Dj Arin pilih blog Minda Serigala utk Slot “Fun Double Trouble – Blogger Babble”

if uolls nak jd pemenang mcm cik rai, boleh la KLIK SINI, tgok mcm mana cik rai sertai contest ni ok!!!

Sunday, May 8, 2011

SEDIA ...

ehem ... ehem ...

POLIS SEDIA BERKHIDMAT ....

orang awam sila berhati-hati ...

Jangan cetuskan kontroversi ...

Negara kita, Malaysia ada undang-undang ...

Jangan buat sesuatu ikut suka hati ...



KUALA LUMPUR 7 Mei - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi supaya tidak menyentuh perkara sensitif itu kerana boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Beliau menegaskan, polis tidak akan membenarkan isu sebegini sengaja dimainkan oleh mana-mana pihak kerana ia boleh menjadi ancaman kepada ketenteraman awam.

"Saya menasihati pihak berkenaan supaya berhati-hati dalam menimbulkan isu-isu sebegini, jika mereka terus memainkan isu-isu itu, kita akan ambil tindakan.

"Sekali lagi, saya memberi amaran mana-mana pihak jangan bermain dengan api kerana kelak akan terbakar tangan," katanya selepas merasmikan papan tanda Polis Diraja Malaysia di Wangsa Maju, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat ataupun yang menyentuh soal hasutan.

"Saya akan mengutus apa-apa pandangan terus kepada Menteri Dalam Negeri untuk beliau melihat perkara ini dari sudut keselamatan negara. Kami dari sudut undang-undang siber manakala Menteri Dalam Negeri dari sudut undang-undang keselamatan," katanya.

Saturday, May 7, 2011

Blog Award Banner FFM

ehem ... ehem ...
ni cik rai nk cerita pasal gadis blog ...
FYI, Gadis Blog ialah Fanpages Dj aleya Funker FM untuk:
tutorial blogger ...
website ...
photoshop ...
internet ... etc.

if uolls nak tau pasal Gadis Blog, KLIK SINI je okiesss


so, from now on, Dj Aleya telah membuat satu contest iaitu ..
Blog Award Banner...
ia nya bertujuan untuk mempromosikan
“Fun Double Trouble – Blogger Babble” yg ade di funker fm

cara nye mudah saje ...
baca bawah ni yea ..

tinggalkan jejak di 3 blog utama Dj Aleya

1-personal blog cik aleya www.momokshy.com
2-tutorial gadisblog www.gadisblog.com
3-dari konti cik aleya www.djaleya.com


kalau blog anda berjaya, nanti dapat la banner yg mcm atas ni ..hehe


Syarat – syaratnya adalah seperti di bawah :-

  1. Haruslah mempunyai laman blog (Blogspot or WordPress Etc).
  2. Blog anda mestilah aktif
  3. Harus mempunyai player radio internet FunkerFM. Anda boleh mendapatkan player dihttp://www.funker.fm/coding.php

cara-cara nye ialah:Cara – caranya

  1. Sertakan Nama anda , Nama Blog anda , Sedikit pengenalan tentang blog anda dan hantarkan ke Jellyarin@funker.fm dengan tajuk “Fun Double Trouble – Blogger Babble” .
  2. FFM akan melawat ke blog anda dan membuat pemantauan di blog anda.
  3. Sekiranya anda terpilih, anda akan di hubungi oleh FFM dan akan di jemput ke Udara bersama Abam Gelap dan Deejay Duet nya pada setiap hari Selasa, jam 8 malam.
  4. Jadi inilah masanya anda untuk memperkenalkan Blog anda kepada orang ramai.. Jangan tunggu lama.. Sertai Kami Segera!!~

sso uolls, tunggu ape lg, yg xde blog tu, cepat2 buat blog, join contest ni ...



ehem ... ehem ...
kalau uolls berjaya, uolls akan dapat banner macam yg kawan cik rai dapat ni ...
tahniah untuk FID 1014 ...


so, guys!!! cepat ramai2 join contest ni ...

senang jek ...
uolls boley ikut jek step ni k ...

follow dulu yea ...
klik yg bawah ni ...

JADI FOLLOWER MANA-MANA JUGA BLOG CIK YAYA YANG ANDA SUKA
  1. PERSONAL BLOG CIK YAYA
  2. DARI KONTI DJ ALEYA
  3. TUTORIAL GADISBLOG

LANGKAH1

SILA TEKAN BUTANG FOLLOW DIBAWAH UNTUK
MENYERTAI GADISBLOG


LANGKAH2

LETAKKAN BANNER GADISBLOG PADA BLOG ANDA.SILA COPY CODE HTML YANG DIBERIKAN DAN LETAKKAN CODE TERSEBUT PADA BLOG ANDA.

BANNER GADISBLOG


LANGKAH 3 :

ANDA HARUS MEMBUAT SATU POST BERKENAAN GADISBLOG PADA BLOG ANDA ATAU COPY POST YANG TELAH DISEDIAKAN DISINI.

LANGKAH TERAKHIR :

ANDA HARUSLAH MENYERTAKAN URL POST ANDA ITU BERSAMA URL BLOG ANDA

UNTUK PEMANTAUAN

  1. BLOG ANDA AKAN DIPANTAU UNTUK MEMASTIKAN BLOG ANDA TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR LUCAH,BERUNSUR PERKAUMAN DAN SEBAGAINYA.
  2. PASTIKAN ANDA TELAH MELETAKKAN BANNER DARI KAMI PADA BLOG ANDA PIHAK KAMI AKAN MEMANTAU PERKARA TERSEBUT SEBELUM MELETAKKAN BLOG ANDA DALAM SENARAI KAMI.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DARI PIHAK ANDA.




Friday, May 6, 2011

Hari Ibu ... Perlu ke?

ehem ... ehem ..

ni cik rai ade terjumpe artikel yg di-share oleh rakan fb ...

makna sebenar di sebalik hari ibu ...

kalau uolls sume nak tau, cik rai mmg x pernah sambut hari ibu ni ...

hari bapa pOn x pernah ...

yela, xde hukum pon kena smbut hari ibu ...

so, baru la cik rai tau sejarah sebenar hari ibu ...

so, FYI baca la artikel kat bawah ni eh ...




Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



pada cik rai, hari-hari adalah hari ibu ...

bkn bulan mei saje ...

wt pe kite nak ikOt stail omputeh tuh?

agama islam dh cukup lengkap ...

;)

Wednesday, May 4, 2011

Manusia Kejam

Pasangan warga emas mati dikelar


2011/05/04

BENTONG: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada selain turut dikelar di leher, di Kampung Gementi, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, Muhamad Yusof@ Abdul Rashid Samah, 71, dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, dibunuh seorang lelaki yang dipercayai dikenali mangsa.

Pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam.


innalillah ...
mangsa yg mati tu saudara cik rai ...
sgt terkejOt bile dpt berita kul 4 pg td ...
ntah ape la motif nye ...
ntah siapa la pembunuh nye ...
kejam sungguh ..
dr berita yg cik rai dapat, isteri nye mati ditikam di tepi katil ...
suami nye mati ditikam di depan pintu bilik air ..
ishk3....
ni dh jadi kes rompak & bunuh ...
takziah utk keluarga arwah ...
al-fatihah ...

Tuesday, May 3, 2011

Gambar Osama di sunting??

US kena belajar editing guna Photoshop daripada otai photographer Malaysia. Gambar dikatakan Osama Bin Laden sebenarnya palsu.

ni plak ayat yg dipetik dr FB Fren cik rai ... Johardy Ibrahim, Asst News Editor Utusan Malaysia ...

Seniman Pyanhabib tulis : PADA waktu O-BA-MA dengan angkuhnya memberitahu dunia bahawa pembunuhan O-SA-MA `atas arahan saya', gua teringat akan jam tangan berjenama O-ME-GA!

hahahahahahahahahhaa .... naissssssssss



ya allah, kalau betol Osama Laden masih hidup, kite tunggu je la video dr beliau ...
Allahuakbar!!


Monday, May 2, 2011

Al-Fatihah - Osama

Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden maut dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan jenazahnya kini dilapor berada dalam simpanan AS, umum Presiden Barack Obama hari ini.



Osama bin Laden didakwa oleh Amerika Syarikat telah terbunuh dalam pertempuran di Pakistan.

Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad. - Reuters











innalillah ...

dalam waktu yg sama Timb. Menteri Malaysia berkata:

Harap kematian Osama bawa keamanan sejagat - Hishammuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan hari ini dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat di dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.

"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya