" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Anniversary

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 1432H ...


ehem ... ehem ...

assalamualaikum semua!!!

wahhh, rindu uolls ... lama x hupdate Minda Serigala ni ...

okeh, kita tukar mode kejap ...

mode apa lagi kalau bukan mode raya ...

jum kita kaji sebab apa sambut raya tu best???

1) sebab dapat jumpa kawan2, saudara-mara
2) sebab banyak makanan & kuih-muih
3) sebab rancangan kat tv sume nye best-best
4) sebab dapat duit raya (ehh, dah besar laaaaaaa)
5) sebab dapat pakai baju cantik-cantik, cun-cun

6) sebab raya tu sendiri dah memang best ... hahaha





di kesempatan ini, cik rai ingin mengucapkan ...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...

MAAF ZAHIR BATIN ...




** Jemput datang beraya ke rumah yea semua**

terima kasih pada yg sudi menge-pos kad raya ...

sayang semua ...

hati-hati pulang ke kampung!!!!

Sunday, August 21, 2011

20 Ramadhan - Jalan Bukit Bintang

ehem ... ehem ...

okeh, ni update pasal semalam ... 20hb, 20 ramadhan ...

bangun pagi kul 9.30 ... bangun2 jek lapar ... sebab x sahur ...

melangut depan tv dgn adeep sampai kul 12 tgh hari ...

pastu rasa panas, pegi mandi ... siap2 untuk kua jenjalan ...
wahhh, jenjalan gitoooo ...

dah siap solat zohor, baru kua umah ... mcm biasa adeep hantar ke putrajaya sentral ...
waktu ni dah pukul 2 ... mmg x sempat dah nak naik tren erl kul 2 ...
so, naik la tren pukul 2.30 ... tp tren tu x sampai tepat pukul 2.30 ptg ...
tren tu sampai pukul 2.35 .. tepat pukul 2.50 tren sampai kat stesen Bandar Tasik Selatan ...
sampai je kat stesen, dia sms .. kata dia pun dah sampai ...
alamakkk, kena jalan laju ni ...

jalan punye jalan menuju ke kereta dia, rasa macam berlari 4x400 meter ...
dah la puasa ... trus rasa dahaga ... lapar xyah kira la ... dah la x bangun sahur ...

pukul 3 ptg, tepat masuk dalam kereta ...
meluncur laju ke jln bukit bintang (wahhh, ayatttttt)
lg 10 minit nak start dah cerita ni ...
*
*
*
*

**Captain America**
baru nak tengok ... hehehe

sampai jek pavilion, alhamdulillah mudah dapat parking ... dekat dgn lift plak tu ..
memang gojes la kan ...
terus la tekan tingkat 5, menuju ke cinemas (wahhh, ayattttt)

dah siap tebus tiket (wahhh, nape ayat cenggini plak) terus la masuk kan ... cerita dah start ...
so, layan trus ...

** rugi la tengok wayang bulan posa ... x dapat makan pop corn ***







overall dia kata cite ni 3/10 ... jalan cerita nye laju dia kata ...
ehh, tapi memang iye pun ... sebab ada part cik rai terlelap ...
huhu, naseb dia xtau ...
[eh, tapi kang kalau dia baca entry ni, kompem dia tau la kan ..] :D

tp cik rai suka part nyanyi2 tu ... ilang ngantok ...
Captain America punye suit tu seksi + ketat gitoooooo ... hahaha


dah abes wayang, jalan2 la .. apa lagi ...
tp disebabkan xde apa yg nak di cari kat pavilion nih, sekadar nak tengok wayang jek ...
kita jalan2 kat tempat lain plak ...

dia ajak bukak posa makan beriani ..
so, kitorang terjah Restoran Beriani Asif ...

sorry uolls ... cik rai xde gambar ... so uolls gugel je la gambar2 & lokasi restoran ni ...
belakang Lot 10 jek ..

memang terbaekkk!!!

19 Ramadhan - Wong Solo Ampang


ehem ... ehem ...

wahhh, agak lama x update Minda Serigala ni ...

okeh, nak cerita pasal apa yeak ...

cite pasal makan boleh?

ari jumaat ari tu cik rai berbuka kat Wong Solo Ampang ...
melantak masakan indonesia ...



cik rai makan nasi ayam bakar ...
*
*
*
*

** gambar carian google**

sambal dia gojes uolls ... try laaaaaaa


minuman plak cik rai try Jus Alpukat ...
*
*
*


nak resepi??? KLIK SINI


cik rai sampai2 jek, menu ni dah di-order ...

so, waktu berbuka, melantak terus la ..



** masheh pada yang belanja makan ... **
** moga sentiasa di murahkan rezeki **
(^^)v




Jus Alpukat

** gambar hasil carian google**


Resepi Jus Alpukat / Avocado-untuk 2 orang

Bahan-bahannya:

2 biji buah avocado

1 mug fresh milk

2 sudu besar susu pekat

Ais ketul secukupnya

Coklat Hersheys



Cara-caranya:

Blender buah avocado yang bercampur fresh milk,susu pekat dan ais batu sampai hancur.

Tuang ke dalam gelas tinggi dan picitkan coklat hersheys kedalam gelas,nak sedap letak banyak-banyak ...


**try la uolls ... sedapppp ... cik rai suka!!!**



Friday, August 19, 2011

ATM nafi manipulasi undi pos

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan bekas empat anggotanya bahawa mereka telah dimanipulasi ketika melaksanakan undi pos sepanjang tempoh berkhidmat dengan pasukan itu.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ia tidak benar.




Zulkifeli Mohd. Zain (tengah) bersama panglima-panglima cabang ATM, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin (PTD) (dua dari kiri), Jenaral Tan Sri Rodzali Daud (TUDM) (kiri), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (TLDM) dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) pada sidang akhbar mengenai prosedur dan proses pembuangan undi pos tentera di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama


Namun katanya, beliau tidak akan menyalahkan empat bekas anggota itu sebaliknya bimbang mereka dijadikan ‘alat’ oleh Pemuda Pas yang mahu mengambil kesempatan supaya mereka menentang bekas organisasi yang pernah diwakili sebelum ini.

‘‘Inilah salah satu perbuatan yang boleh saya ibaratkan sebagai tindakan pengkhianatan oleh pihak tertentu dan pada masa sama untuk menjejaskan moral warga ATM.

‘‘Dakwaan itu umpama kes Mismah Naim yang mereka dakwa diberikan MyKad dalam tempoh empat jam namun apabila disiasat, ia tidak benar. Justeru kita minta mereka mengemukakan bukti bagi mengukuhkan dakwaan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, empat bekas anggota ATM tampil dengan mendedahkan bahawa mereka telah dimanipulasi untuk melaksanakan sistem undi pos ketika mereka berkhidmat sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Zulkifeli dalam pada itu berkata, sistem undi pos diperlukan ATM atas faktor tugas dan tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan pihaknya akan terus berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem undi pos.

Katanya, ATM sentiasa menghormati kebebasan warganya untuk mengundi sesiapa yang mereka rasakan layak dan institusi itu sentiasa telus dengan memastikan proses perjalanan undi dilaksanakan dengan sempurna.

‘‘Justeru, timbul tanda tanya kepada kami, adakah dakwaan itu merupakan usaha untuk mencemar imej dan memecahkan kami? Saya ingin menegaskan ATM adalah profesional dan tidak berpolitik,” katanya.



sumber: utusan online

PDRM perbaiki persepsi masyarakat

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu terus meningkatkan pencapaian pasukan itu walaupun kadar indeks jenayah dan jenayah jalanan di dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencatatkan penurunan pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap pasukan PDRM sebagai faktor utama yang perlu ditangani dengan efektif bagi mengelakkan kesan negatif.

ini kerana pasukan PDRM seperti pasukan keselamatan di negara lain turut terdedah dengan risiko persepsi sama ada ia memberi kesan positif mahupun sebaliknya.

“Tidak dinafikan antara cabaran utama PDRM masa kini adalah mengenai persepsi ramai berhubung rasuah dan kekerasan ke atas orang kena tahan.

“Justeru, PDRM perlu perbaiki persepsi masyarakat terhadap pasukan itu walaupun penurunan berlaku di dalam pencapaian NKRA mengurangkan jenayah,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama warga PDRM di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan yakin PDRM mampu menangani isu-isu persepsi yang dibangkitkan melalui usaha pasukan itu mengukuhkan budaya integriti dan urus tadbir yang lebih tinggi di samping aktif berkomunikasi secara kreatif dengan rakyat mengenai pencapaian PDRM secara berterusan dan konsisten.

“Ini berdasarkan penilaian secara berkala yang dilakukan melalui soal selidik iaitu ‘Meningkatkan Kepuasan Rakyat Terhadap Prestasi PDRM’ pada Mei 2011 menunjukkan sebanyak 55 peratus rakyat berpuas hati terhadap prestasi PDRM.

“Persepsi pencapaian PDRM itu mengalami peningkatan berbanding pada 2009 yang mencatatkan hanya 35 peratus,” ujarnya lagi.


~ chaiyokkk PDRM!!!



sumber: utusan online

Tuesday, August 16, 2011

huh!!!

perhatian semua ...

mood tengah x baik ni ...





ter-remove sound devices laptop ...

akibat nya, laptop jadi bisu ...

mencik ah cenggini ...

canne nak wat ni???

Monday, August 15, 2011

Transformasi inklusif mantapkan kuasa tempur



UTUSAN: Boleh ceritakan karier ketenteraan Datuk sebelum menjadi Panglima Tentera Darat?

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah dimurahkan rezeki dan diberikan kepercayaan untuk menerajui angkatan tentera kita.

Saya memulakan perkhidmatan pada 5 Januari 1978 sebagai Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek di Maktab Tentera Diraja sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dengan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Saya pernah menyandang jawatan pemerintah, jurulatih dan staf antaranya Ketua Cawangan Senjata, Pegawai Memerintah ke-6 dan 24 RAMD, Komandan Lapang Sasar Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Asisten Ketua Staf Markas Tentera Darat Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan, Panglima Markas 7 Briged di Johor, Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan Markas ATM, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Timbalan Panglima Tentera Darat.




TEGAP BERDIRI... Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin (dua dari kiri) bersama tiga cabang Panglima ATM dari kiri Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud ketika Perbarisan Perintah Ulung di Dataran PTD, Kem Sungai Besi Kuala Lumpur baru-baru ini.


Apabila dilantik sebagai Panglima Tentera Darat, apa perasaan Datuk ketika menerima tanggungjawab itu?

Alhamdulillah, saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan kurnia dan hidayah-Nya, saya telah diberi mandat sebagai Panglima Tentera Darat ke-24.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad serta pucuk pimpinan ATM kerana telah memberi penuh kepercayaan kepada saya.

Saya juga menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM kerana telah memperkenan pelantikan ini. Saya juga merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Darat dan rakan-rakan di atas doa mereka.

Sesungguhnya, pelantikan ini adalah satu mandat, amanah dan tanggungjawab yang besar dan saya menerimanya dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Harus saya akui bahawa saya tidak pernah menyangka, dalam perjalanan karier sebagai seorang pegawai tentera, saya akan menjadi Panglima Tentera Darat.

Saya percaya jika kita pikul tanggungjawab dan amanah ini bersama, yang ringan akan kita jinjing yang berat dapat kita pikul, malah lautan api juga tidak mustahil kita renangi. Insya-Allah

Apakah strategi yang akan Datuk gunakan untuk memperkasakan mutu perkhidmatan Tentera Darat?

Saya telah menggariskan beberapa pendekatan khusus menerusi Perintah Ulung saya baru-baru ini untuk memperkasakan lagi mutu perkhidmatan Tentera Darat. Selaras dengan Perintah Ulung itu, kesinambungan pemerintahan terdahulu akan saya teruskan.

Bagaimanapun, beberapa transformasi akan dilakukan untuk memantapkan Tentera Darat yang inklusif serta membangunkan semangat kesatuan 1 Jiwa Tentera Darat.

Secara amnya, terdapat lima topik utama ke arah pendekatan tersebut iaitu Kelangsungan Visi Mengekal Tradisi, Transformasi Inklusif Mengekal Relevansi Tetap Diungguli, Sahsiah Diri Prestasi Tentera Darat, Satu Jiwa Enam Akal Budi dan Tekad, Doa, Restu, Tawakal dan Restu Hala Tuju Yang Jitu Dituju.

Fokus utama adalah berpandukan kdua dimensi utama iaitu kesiagaan tempur dan kualiti hidup untuk menjadikan Tentera Darat sebagai sebuah ketumbukan serba moden dan berkebolehan dalam mempertahankan kedaulatan serta keutuhan negara pada sebilang masa.

Bagaimana mencari kaedah terbaik bagi menyediakan sebuah pasukan berwibawa dari aspek strategik dan taktikal supaya peranan mempertahankan negara dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Pendekatan yang saya syorkan adalah penumpuan terhadap latihan ketenteraan, membina modal insan, pembentukan keutuhan aspek kognitif dan minda serta memperlengkapkan Tentera Darat agar mapan melaksanakan segala tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang.

Fokus adalah kepada manusia, mesin dan kaedah yang perlu digabungkan untuk menghasilkan output dan end state yang meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme organisasi.


Apakah yang perlu diperbaiki oleh Tentera Darat supaya dapat membentuk satu pasukan yang lebih mantap?

Asas kewujudan dan pengertian prestasi Tentera Darat adalah mengenai persoalan tahap kesiagaan tempur. Ia mengenai kemampuan Tentera Darat mempertahankan tanah air, khususnya ancaman dari luar.

Pada masa aman, Tentera Darat sentiasa berlatih meningkatkan kuasa tempur agar kerajaan dan masyarakat yakin mereka mempunyai pasukan yang mampu memberi perlindungan sebagai payung keselamatan. Justeru di masa aman, gerak geri perlakuan setiap individu warga Tentera Darat mencerminkan kemampuan kesiagaan tempur.

Tahap dan prestasi kesiagaan tempur adalah mengenai kewibawaan tiga elemen kuasa tempur iaitu daya tembak, daya gerak dan daya juang atau moral.

Elemen daya tembak dan daya gerak adalah elemen ketara berunsurkan faktor fizikal yang nyata, sementara daya juang adalah elemen tidak ketara berunsurkan faktor spiritual yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar kecuali melalui refleksi akal budi seseorang anggota.

Sejarah mengajar kita bahawa penumpuan yang hanya menjurus kepada salah satu elemen ini, sama ada elemen ketara atau tidak ketara adalah satu kelemahan kuasa tempur dalam melaksanakan sesuatu misi ketenteraan. Justeru pemerintahan saya akan mengutamakan keseimbangan pengurusan kedua-dua elemen ini.

Faktor wujud dulu kepada kuasa tempur ialah keseimbangan simbiosis yang saling melengkapi di antara faktor manusia, mesin dan kaedah.

Justeru, menjadi harapan saya agar kajian-kajian mengenai trilogi tersebut diberi perhatian lebih serius secara berterusan, terutamanya di Institusi dan pusat latihan tentera darat.

Saya juga meletakkan kepercayaan kepada semua lapisan kepemimpinan agar sentiasa berpandangan jauh bagi melaksanakan kajian-kajian terhadap keperluan ketenteraan dalam pelbagai situasi semasa dan masa hadapan.

Apakah perkara yang sering menjadi cabaran kepada Tentera Darat?

Pertama ialah isu peruntukan kewangan yang merupakan cabaran yang perlu saya akui dan terima dalam usaha melaksanakan latihan, program serta pembangunan Tentera Darat. Namun ia bukan alasan untuk pasukan meneruskan segala perancangan mengikut keutamaan dan peruntukan yang diperoleh.

Kedua, kepelbagaian jenis corak tugas memerlukan Tentera Darat sentiasa berubah agar semua tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat.

Tentera Darat dilihat sebagai ejen perubahan dan memerlukannya sentiasa bersiap sedia membantu pihak tertentu tidak kira dalam apa bentuk sekalipun dalam lingkungan kemampuannya.

Terakhir, mengekalkan mutu serta tahap profesionalisme setiap warga Tentera Darat yang telah diamanahkan untuk mempertahankan negara kita.


Pada pandangan Datuk, apakah transformasi yang akan berlaku pada Tentera Darat dalam10 tahun lagi ?

Transformasi Tentera Darat dalam 10 tahun akan datang adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik Army 2 10 Plus 10 serta Pelan Pembangunan ATM Dimensi ke-4 atau 4D MAF yang menyasarkan untuk menjadikan Tentera Darat sebagai sebuah ketumbukan yang serba moden dan mempunyai ciri-ciri khusus untuk melaksanakan tugas dalam konteks pelbagai spektrum konflik.

Ilmu pengetahuan penting dalam melahirkan pemimpin berkemampuan tinggi dan dapat memberi sumbangan bermakna kepada ATM, apa pendekatan Datuk dalam memastikan elemen ilmu terus menjadi teras pembangunan organisasi tentera?

Saya memfokuskan pada pembangunan keupayaan kognitif dan intelektual warga Tentera Darat. Kita akan terus menggalakkan usaha setiap warga tentera untuk melanjutkan pelajaran ke beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara menerusi Skim Pengajian Tinggi ATM dan Program K-Force. Di samping itu, Tentera Darat akan terus menerima graduan UPNM untuk memenuhi kuota pengambilan pegawai ke dalam organisasi ini.

Elemen ilmu pengetahuan juga ditetapkan sebagai satu kriteria utama dalam pengurusan sumber manusia dan diberi keutamaan dalam aspek kenaikan pangkat dan penempatan kerja untuk setiap warga tentera darat.

Apa perancangan Datuk untuk memastikan jenama Malaysia terus terlibat dalam pelbagai misi kemanusiaan yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat?

Saya akan terus menyokong usaha kerajaan membantu negara-negara tertentu dalam pelbagai misi kemanusiaan di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bersama kerajaan ke arah mencapai Keamanan Global.

Selain pengalaman dan latihan 'on the job training' (OJT) yang diperoleh setiap individu yang menyertai misi tersebut, warga Tentera Darat juga akan menimba pengetahuan dan pengalaman yang sewajarnya dalam konteks kerjasama antarabangsa dengan pasukan negara lain.


Penglibatan anggota tentera juga berkembang sebagai ejen pembangunan termasuk meningkatkan mobiliti sosial, membuka peluang perniagaan dan menyediakan infrastruktur kepada rakyat, apa peringkat seterusnya bagi Tentera Darat?

Tentera Darat sebagai sebuah organisasi inklusif, turut menyokong program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu program kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara dan agensi lain yang berganding bahu menjana kepada keselamatan dan pembangunan negara.

Program NBOS dilihat sebagai satu usaha positif yang melalui kerjasama strategik itu, kerajaan dapat menjimatkan kos dan seterusnya lebih banyak projek pembangunan negara dapat dilaksanakan.

Melalui program itu juga, hubungan yang lebih erat dapat dijalinkan di kalangan agensi kerajaan dalam menghasilkan output lebih berkesan demi kebaikan dan faedah semua pihak.

Apa saranan Datuk kepada warga Tentera Darat?

Saya menyarankan warga Tentera Darat berpegang pada kualiti hidup sebagai salah satu faktor utama membangunkan elemen ketiga kuasa tempur Tentera Darat iaitu daya juang ketenteraan.

Ia merupakan tahap keyakinan, ketabahan, pengorbanan dan sikap keberanian yang tinggi bagi melaksanakan tugas pasukan.

Tahap daya juang seseorang anggota ditentukan oleh pengertian kehidupan, sama ada kehidupan ini untuk diri kita sahaja, keluarga, pasukan, agama, bangsa atau negara. Individu yang mempunyai tahap daya juang bersendikan pasukan dan kenegaraan semestinya berbeza dengan pengertian kehidupan anggota yang bersendikan material semata-mata.

Justeru, saya menyeru kepada setiap warga Tentera Darat agar sentiasa membangun dan menyuburkan tahap daya juang yang bersendikan kenegaraan 1Malaysia yang mampu mewujudkan Tentera Darat sebagai 1Angkatan, tetap gagah, tetap setia bagi mendukung aspirasi rakyat dan kedaulatan negara.

sumber: utusan online



Malcoy 7 mulakan tugas penuh cabaran di Lebanon


AHMAD Hasbullah Mohd. Nawawi (tengah) yang meninjau tugasan pasukan Malcoy 7 sambil beramah-mesra dengan penduduk tempatan di Lebanon, baru-baru ini. - Gambar ihsan ATM.


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pasukan Malaysian Company 7 (Malcoy 7) yang kini berada di Lebanon, memulakan tugas mencabar di negara berkenaan yang sentiasa terdedah kepada pergolakan.

Antara peranan Malcoy 7 yang diletakkan di Kem Kaoukaba, Sektor Timur ialah memastikan keamanan terus wujud dan menghindarkan sebarang perbalahan pihak-pihak yang bertelingkah.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (Oplat), Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki memberitahu, kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak tujuh tahun lalu di negara berkenaan menunjukkan rakyat negara itu menerima baik kehadiran tentera Malaysia.

Beliau berkata, ini kerana ATM tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bertelingkah dalam menjalankan tugas keamanan.

Menurutnya, Malcoy 7 turut menjalankan rondaan 24 jam yang memberi keyakinan kepada penduduk tempatan bahawa wujud keamanan.

Jelasnya, semasa rondaan tentera Malaysia akan melawat sekolah-sekolah untuk bertemu murid-murid dan guru-guru bagi menunjukkan kehadiran pasukan pengaman.

Katanya, langkah itu dapat merapatkan hubungan selain menyampaikan sumbangan seperti beg sekolah, alat tulis dan sebagainya.

''Jika pasukan pertama tentera Malaysia tujuh tahun lalu menjalankan program Jiwa Murni, Malcoy 7 turut berbuat demikian.

''Program berterusan ini bukan sahaja membantu penduduk tempatan, malah kita dapat mengenali mereka selain mengetahui masalah dihadapi dan cuba menyelesaikannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Suhaimi berada di Lebanon baru-baru ini bagi meninjau tugasan Malcoy 7.

Lawatan itu diketuai Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi yang kini telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Menjawab pertanyaan, Suhaimi berkata, kawasan penugasan Malcoy 7 dianggap penting kerana ia bersempadankan Syria dan Israel.

''Untuk itu, tentera kita sentiasa berhati-hati dan kita juga bekerjasama dengan penduduk tempatan serta pihak berkuasa negara berkenaan,'' katanya.

Kumpulan Malcoy 7 yang menggantikan tugasan Malaysian Contingent East (ME 6), terdiri daripada 360 anggota dan diketuai Leftenan Kolonel Hashim Mat selaku komander.



sumber: utusan online

Honey and The Bee

Don't remind me that some days I'm the wind shield
And other days I'm just a lucky bug
These cold iron rails leave old mossy trails through the countryside
The crow and the bean field are my best friends but boy, I need a hug.
(Boy I need a hug)
'Cause my heart stops without you, there's something about you
That make me feel alive!

If the green left the grass on the other side,
I would make like a tree and leave,
But if I reached for your hand would your eyes get wide?
Who knew the other side could be so green?

Don't remind me that I'm a chickadee in love with the sky,
That's clearly not a lot to crow about,
'Cause when the stars silhouette me, I'm scared they'll forget me,
And flicker out.

I taste honey but I haven't seen the hive,
Yeah, I didn't look, I didn't even try,
But still my heart stops without you 'cause there's something about you,
That makes me feel alive.

If the green left the grass on the other side,
I would make like a tree and leave,
But if I reached for your hand would your eyes get wide?
Who knew the other side could be so green?

We are honey and the bee,

Backyard of butterflies surrounded me,
I fell in love with you like bees to honey,
So let's up and leave the weeping to the willow tree,
And pour out tears in the sea.

I swear, there's a lot of vegetables out there,
That crop up for air,
Yeah, I never thought, we were two peas in a pod,
Until you suddenly bloomed, then I knew
That I'd always love you.
Oh, I'll always love you too.

If the green left the grass on the other side,
I would make like a tree and leave,
If I reached for your hand would your eyes get wide?
Who knew the other side could be so green?

If the green left the grass on the other side,
I would make like a tree and leave,
If I reached for your hand would your eyes get wide?
Who knew the other side could be so green?

And if I reached for your hand for the rest of my life,
Who knew the other side could be so green?

Heartbreaking - Datuk LCW

KUALA LUMPUR – Hajat merangkul gelaran juara dunia tidak kesampaian bagi pemain perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.

Pilihan utama kejohanan itu tewas pada musuh tradisinya, Lin Dan dari China, 22-20, 14-21 dan 21-23 pada pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London malam ini.

Chong Wei bermula baik pada set pertama meskipun ditentang hebat Lin Dan, yang cenderung mengajak beliau bermain di jaring.

Dalam satu rali panjang ketika kedudukan terikat 14-14, Chong Wei menampilkan kemahiran menarik apabila mampu membalas pukulan walaupun diasak bertalu-talu oleh Lin Dan.

Kesilapan Lin Dan pada minit terakhir set pertama memberi mata mudah kepada Chong Wei, yang menamatkan set tersebut 22-20 dengan pukulan kencang ke penjuru gelanggang.

Pada set kedua, kealpaan Chong Wei membiarkan beberapa hantaran yang disangka keluar gelanggang, memberi peluang kepada wira China itu bangkit dan menjarakkan kedudukan.

Lin Dan akhirnya berjaya mengheret permainan ke set penentuan setelah menang set kedua 21-14.

Pada set ketiga, kedua-dua pemain mempamerkan aksi cemerlang dan perlawanan berlangsung dalam keadaan sengit sehingga ke penghujung.

Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan ‘game point’ iaitu 20-19, 21-20, nasib tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Kejuaraan menjadi milik Lin Dan yang mencipta mata kemenangan 23-21 dengan pukulan kencang ke tengah gelanggang.

Ini merupakan kali keempat Lin Dan meraih gelaran juara dunia.

Sementara itu, kekecewaan jelas terpancar di wajah Chong Wei yang gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk mencipta sejarah sebagai pemain badminton negara pertama mengungguli kejohanan tersebut.

Kali terakhir pemain Malaysia layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah pada 2003, menerusi Wong Choong Han.

Perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di London, serta ditonton jutaan peminat di tanah air.

Turut kelihatan di kalangan penonton di Arena Wembley adalah mangsa rusuhan di London, Muhammad Ashraf Haziq Rossli.

Menurut Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap kekalahan jaguh badminton negara Chong Wei di tangan Lin Dan, pada Kejohanan Dunia di London malam ini.

Dalam Facebook yang dikemaskinikan, Najib berkata perlawanan akhir itu mungkin menjadi pencapaian paling besar Chong Wei selepas menjadi pemain kedua negara layak ke final.

“Sudah dekat tetapi semakin jauh. Saya amat sedih kerana Chong Wei kalah. Ia mungkin menjadi pencapaian paling besar,” kata Najib.

Wong Choong Han menjadi pemain pertama negara layak ke final pada 2003.



Kad Raya - 2011

ehem ... ehem ...

selamat pagi uolss ...

selamat bersahur & selamat berpuasa ...

hari ini genap 15 Ramadhan ... alhamdulillah ...
semoga kita semua dapat sempurnakan ibadah puasa kali ini ...

okeh, cik rai nak tanya ...
sempena hari raya yg dah dekat ni kan, (ala, lebih kurang 14 hari je lg ... eh, 2 minggu tu)
uolls dah sediakan semua persiapan raya ke???

wahhh, cik rai tanya macam x menahan je nak raya kan ... hihihi

cik rai sendiri pun xde buat apa2 persiapan atau persediaan ...
baju raya pun xde lagi uolls ... huhuhu

okeh, apa yg cik rai nak ceghita kat entry ni ialah ...
ni ha ...
*
*
*
*
*
*




KAD UCAPAN HARI RAYA ...

atau nama saintifik nya (wahhh, saintifik la sangattttttt)
KAD RAYA ...

dulu2 masa sekolah, selalu la dapat kad raya ... senang nak bagi kawan2 kan, xyah nak bersusah payah pegi pejabat pos letak setem bagai ...
bagi direct by hand jek ... hihihi

yg x tahan nya, masa sekolah dulu cik rai dapat kad raya siap ada duit raya lagi ...
tapi duit syiling je la ... 50 sen jek ... hihihi

kenangan kan sume tu ...

tahun lepas cik rai dapat kad raya hand made ...
dr kawan FB jugak ...
gigih tau dia design ... lelaki plak tu ...


okeh, berbalik pada kad di atas, kad-kad tersebut adalah untuk rakan2 FB cik rai ...
ada 6 keping je kan? so, 6 org je la yg dapat ... hahaha

kita tengok siapa yang kena ...



p/s: sebenarnya cik rai nak upload kad-kad raya mase sekolah dulu ... tp cari2 x jumpe plak ... mungkin dah terbuang ... tp seingat cik rai, cik rai x pernah buang ... huhu ... puas selongkar, x jumpe jugakkkkk (T_T)




akibat terpengaruh


ehem ... ehem ...

apa yang meng-akibat-kan terpengaruh tuuuu??? hihihi

eh, uolls x perasan ke template blog cik rai ni dah bertukar kaler???

cik rai tukar kaler tiffany blue + purple ... nak campur pink pOn boley ...

nak tau sebab apa tukar???

pertama: sebab xmau sama dengan 1 blogger tu ... x suka dia ... huhu

kedua: cik rai memang tertarik dengan kaler tiffany blue ni ...

wahhh (macam ada makna je)


disebabkan gambar bawah ni la ... cun kan gabungan kaler dia ...

cik rai suka ...





** gambar carian google**




eh, ter-upload plak gambar ni ... (^^)v
**gambar dr FB Ari Weddingcouture**

Sunday, August 14, 2011

Cinta ... kau mencintai ku ...



CINTA adalah KEKUATAN yang mampu
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah setan jadi nabi,
mengubah iblis jadi malaikat,
mengubah sakit jadi sehat,
mengubah kikir jadi dermawan,
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah CINTA !!!




kau mencintaiku..

seperti bumi...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menanggung beban derita...
tak pernah lelah menghisap luka...

kau mencintaiku...
seperti matahari...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membagi cerah cahaya...
tak pernah lelah...
menghangatkan jiwa...

kau mencintaiku...
seperti air...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
membersihkan lara...
tak pernah lelah...
menyejukkan dahaga...

kau mencintaiku...
seperti bunga...
mencintai titah Tuhannya...
tak pernah lelah...
menebar mekar aroma bahagia...
tak pernah lelah...
meneduhkan gelisah nyala...


<<< puisi ayatul husna dalam Ketika Cinta Berstasbih >>>




Monday, August 8, 2011

HOMESTAY SERI RAIHANA


ehem ... ehem ...
Assalamualaikum & selamat pagi semua ...

salam 8 Ramadhan juga buat semua ...

entry kali ni, cik rai nak kongsikan info untuk uolls semua ...

kepada sesiapa yang mahu penginapan, x kira la berapa malam atau berapa hari ...

uolls mahu menginap di homestay, x mahu menginap di hotel ...

boleh la ushar2

HOMESTAY SERI RAIHANA ...

Lokasi: 144, Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang ...

RM150/per day



kepada warga Felda Lurah Bilut, ramai yang sudah mengenali HOMESTAY SERI RAIHANA ...

terima kasih kerana telah memilih HOMESTAY SERI RAIHANA sebagai penginapan anda ...




jum kita ushar gambar ...
*
*
*
*
*
*

** Posisi Hadapan **



** Ruang Tamu **



** Bilik Utama **



** Ruang Dapur, Bilik Mandi & Tandas **


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi:


0177250772 (Cik Rai)
*
*
*
*


** mumucak!!! **

[[CIK RAI: owner HOMESTAY SERI RAIHANA]]



Tanah Runtuh - Cameron highland (7 Maut, 2 Cedera)

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Operasi menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi apabila tiga mayat terakhir berjaya dikeluarkan menjadikan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu seramai tujuh orang semuanya dan dua mangsa yang cedera.


Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang semalam itu, tiga buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya manakala dua lagi rumah berdekatan mengalami kerosakan kecil.

sumber: utusan malaysia

Sunday, August 7, 2011

Abdul Rahim Panglima 4 Divisyen

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusuff hari ini dilantik menjadi Panglima 4 Divisyen menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim yang dinaikkan pangkat Panglima Medan Tentera Darat.

Majlis penyerahan tugas kepada Panglima 4 Divisyen yang baru itu dilaksanakan sendiri oleh Zulkiple di Markas 4 Divisyen, Kem Wardieburn di sini, hari ini.

Abdul Rahim sebelum ini merupakan Panglima Latihan Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan akan memulakan tugasnya sebagai Panglima 4 Divisyen yang ke-17, bermula hari ini.

Zulkiple ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan tugas itu mengingatkan setiap anggota 4 Divisyen tentang peranan serta tugas mereka menjaga kawasan seperti yang telah diamanahkan.

Beliau juga menekankan kepentingan setiap anggota menghindari perbuatan yang bercanggah dengan norma-norma profesion ketenteraan demi menjaga nama baik organisasi serta tidak terpengaruh dengan ancaman daripada pihak tidak bertanggungjawab.


**Pemerintahan Medan Tentera Darat**


"Musuh-musuh negara kini muncul dalam pelbagai bentuk seperti golongan pelampau, perompak, blogger serta kelompok pejuang kebebasan. Jadi, kita perlu sentiasa peka, bersedia dan mengambil langkah mempertingkatkan tahap keselamatan organisasi serta negara.

"Sikap alpa, cuai dan tidak ambil kisah adalah faktor yang menjurus kepada berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya.

Markas 4 Divisyen berperanan menjaga keselamatan serta mempertahankan wilayah-wilayah tengah negara iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam pada itu, Zulkiple berharap kesinambungan segala komitmen yang dicurahkan kepadanya selama ini diteruskan terhadap panglima baru tanpa rasa prejudis serta dilaksanakan dengan ikhlas.

Beliau juga yakin, sokongan, kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh setiap anggota akan menjadikan divisyen tersebut 'Disegani Kawan dan Digeruni Lawan'.

Saturday, August 6, 2011

VAT 69 (Very Able Troopers 69) - UTK (Latihan Asas)

ehem ... ehem ...

okeh, ini adalah sambungan dari entry VAT 69 yang sebelum ni ...

kalau uolls nak menelaah dengan lebih lanjut, KLIK SINI

kali ni cik rai nak share macam mana wujud nya Unit Tindak Khas (UTK) dan latihan-latiahn asas bagi VAT69 & UTK



Unit Tindak Khas

Unit Tindakan Khas merupakan pasukan khas kedua PDRM selepas 69 Komando. Unit ini dipercayai ditubuhkan selepas Malaysia digegarkan dengan serangan pengganas (bukannya pengganas komunis) oleh sekumpulan Pengganas Merah Jepun atau nama dalam bahasa Jepun dikenali sebagai Nippon Seki-gun telah menjadikan lebih kurang 50 orang diplomat Amerika Syarikat dan Sweden serta diplomat tempatan sebagai tebusan di Kedutaan Amerika di bangunan AIA, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975, 2 tahun selepas insiden tebusan di Munich, Jerman oleh pengganas Black SeptemberPalestin pada tahun 1973. Pengganas terbabit mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Amerika untuk membebaskan 5 orang ahlinya yang telah dipenjarakan dan diterbangkan ke Libya. Sepertimana 69 Komando, Unit Tindak Khas telah mendapat latihan daripada para jurulatih SAS dan dipertingkatkan dengan taktik yang berlainan oleh SWAT Amerika dan dibekalkan dengan persenjataan khas seperti S&W .38 dan Colt M1911A1 serta Colt M16A1, mengamalkan taktik-taktik khas terkini yang diamalkan oleh unit-unit SWAT Amerika Syarikat. Dalam sesi penyertaan, hanya 20 orang pegawai polis sahaja yang telah berjaya dalam pemilihan ini. Pasukan ini turut menjalankan kawalan keselamatan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 bersama dengan Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.



LATIHAN VAT69


Latihan asas VAT69 terdiri daripada 3 fasa;


Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.

Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.

Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.

Lain-lain Latihan:

Payung Terjun

Pasukan payung terjun 69 Komando bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).

Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, 69 Komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.


Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan

Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69 Komando sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.


Selam Tempur/Combat Diving

Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah selam tempur, semua danggota 69 Komando mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.

Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.


~~ BERSAMBUNG ... Kelengkapan, Misi & Operasi ...

Friday, August 5, 2011

VAT 69 (Very Able Troopers 69) - Sejarah Penubuhan

Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.

Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.


*Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar.
Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi gelung yang dipegang jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.



Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69.

Objektif penubuhan disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.

Sebagai pasukan elit PPH; VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih embrio awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas dinegara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.
Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan , unit ini dikenali sebagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69)

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).


Lambang VAT69


Motto
Warisan Darah Perwira
Hitam
Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah
Melambangkan keberanian bagi Perwira - perwira 69 Komando
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit
Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap


~~ BERSAMBUNG ...