" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, August 5, 2011

VAT 69 (Very Able Troopers 69) - Sejarah Penubuhan

Komando 69 telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama Komando 69 ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerila oleh pengganas komunis.

Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham Tun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969.


*Anggota Komando 69 semasa menjalani latihan menembak HK MP5 di lapang sasar.
Perhatikan salah seorang anggota unit ini cuba menembak melepasi gelung yang dipegang jurulatih ke papan sasaran dengan menggunakan peluru hidup. Latihan sebegini amatlah menguji kemampuan seseorang penembak terutamanya menembak ke arah sasaran yang sukar, lebih-lebih lagi sekiranya berhadapan dengan pihak musuh yang menggunakan tebusan.



Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69.

Objektif penubuhan disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.

Sebagai pasukan elit PPH; VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih embrio awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas dinegara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.
Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis dihutan. Keputusannya, ramai diantara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan , unit ini dikenali sebagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69)

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).


Lambang VAT69


Motto
Warisan Darah Perwira
Hitam
Simbolik kepada penugasan 69 Komando dalam operasi-operasi yang mempunyai kerahsiaan yang tinggi.
Merah
Melambangkan keberanian bagi Perwira - perwira 69 Komando
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Senjata tradisi yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
2 Bilah Kerambit
Merujuk kepada angka 69, melambangkan membunuh musuh secara senyap


~~ BERSAMBUNG ...

No comments: