" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, August 3, 2011

Modul baru latih pengaman

sumber: utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pusat Latihan Pengaman Malaysia (PLPM) sedang bekerjasama dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bagi mewujudkan modul dan latihan baru kepada pasukan pengaman berikutan tugas yang semakin mencabar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul untuk pasukan pengaman dari Malaysia, negara Asia dan Afrika itu akan memenuhi keperluan yang meliputi hak asasi manusia, penyelarasan antara tentera dan orang awam, menangani keganasan seksual dan isu jantina membabitkan negara yang dipantau.

Menurutnya, projek yang dibiayai dengan sumbangan dari kerajaan Jepun itu diberi nama UNDP-Mindef berdasarkan pembangunan keupayaan menerusi peranan Malaysia dalam latihan mengawal keamanan.

"Saya berharap Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura akan dapat menyampaikan penghargaan Malaysia kepada negara itu kerana menyumbang sebanyak AS$1 juta (RM3 juta) sekali gus menjadikan projek ini satu realiti," katanya ketika berucap pada perhimpunan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, PLPM turut menerima sebuah kenderaan pacuan empat roda bernilai AS$30,000 bagi kegunaan pasukan itu di pusat berkenaan di Port Dickson.

Sewaktu sidang akhbar selepas itu, Ahmad Zahid berkata, beliau berharap projek UNDP-Mindef itu akan menjadi permulaan kepada hubungan kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam bidang ketenteraan.

Selain itu katanya, projek itu juga akan menjadi nilai tambah kepada kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Walaupun kita tidak mempunyai hubungan rasmi dari segi ketenteraan dengan Jepun namun kita tetap bersama dalam tujuan lain seperti bantuan kemanusiaan termasuk usaha mencari dan menyelamat," katanya.

Sementara itu, Shigeru berkata, Jepun berhasrat mengukuh dan membangunkan penyelarasan operasi pengaman membabitkan negara itu, Jepun dan UNDP.

"Kita juga mahu menumpukan usaha membangunkan keupayaan dengan menghantar pakar kami ke sini dan kami mahu terus berbuat demikian dengan sokongan anda," katanya

No comments: