" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, August 4, 2011

Burasak Gulai Ikan Parang - Yaya kata

ehem ... ehem ...

okeh, ni cik rai nak kongsi resepi dengan uolls ...
nama nya BURASAK ..

honestly, cik rai x pernah makan burasak ni ...
cik rai tahu pun sebab berjaya menjawab teka kata dengan Dj Aleya FUNKER FM ...
hehehe

burasak ni makanan orang bugis ...
wajib ada di pagi raya kata nya ...

jum intai resepi ...
pastu bleh la cuba ...
hehehe



Masakan Hari Raya Orang Bugis

Bahan-bahan:
Beras 1kg,
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau)

Cara-caranya:
Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api.
Masukkan garam (janganlah banyak, ala kadar saja). Bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Cara membungkus:
Sediakan daun pucuk pisang yang dipotong bentuk segi empat 4. Daun pisang juga dipotong bentuk segi empat. (Petua memastikan daun pisang tahan dan tidak koyak, jemur atau salai daun pisang itu)



Cara mengikat burasak:
Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat dengan tali rafiah. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus.

Memasak burasak:
Rebus buras selama 1-3 jam..Lagi sedap kalau 7 jam. (sebaiknya direbus dalam periuk yang besar di kayu api yang marak).

Bila dah masak, keluarkan dan makan bersama asam pedas ikan parang, asam pedas sardin (tulang temulang dh lembut setelah direbus lama), ayam masak merah, ayam masak kicap, serunding daging, serunding kelapa.


2 comments:

BoLong aNak sempoRna said...

salam boss... orang bugis ka?
asal mana?
sabah ka?

Cik Rai @SeriGala said...

wslm .. saya asal pahang :)