" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Monday, August 15, 2011

Heartbreaking - Datuk LCW

KUALA LUMPUR – Hajat merangkul gelaran juara dunia tidak kesampaian bagi pemain perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.

Pilihan utama kejohanan itu tewas pada musuh tradisinya, Lin Dan dari China, 22-20, 14-21 dan 21-23 pada pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London malam ini.

Chong Wei bermula baik pada set pertama meskipun ditentang hebat Lin Dan, yang cenderung mengajak beliau bermain di jaring.

Dalam satu rali panjang ketika kedudukan terikat 14-14, Chong Wei menampilkan kemahiran menarik apabila mampu membalas pukulan walaupun diasak bertalu-talu oleh Lin Dan.

Kesilapan Lin Dan pada minit terakhir set pertama memberi mata mudah kepada Chong Wei, yang menamatkan set tersebut 22-20 dengan pukulan kencang ke penjuru gelanggang.

Pada set kedua, kealpaan Chong Wei membiarkan beberapa hantaran yang disangka keluar gelanggang, memberi peluang kepada wira China itu bangkit dan menjarakkan kedudukan.

Lin Dan akhirnya berjaya mengheret permainan ke set penentuan setelah menang set kedua 21-14.

Pada set ketiga, kedua-dua pemain mempamerkan aksi cemerlang dan perlawanan berlangsung dalam keadaan sengit sehingga ke penghujung.

Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan ‘game point’ iaitu 20-19, 21-20, nasib tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Kejuaraan menjadi milik Lin Dan yang mencipta mata kemenangan 23-21 dengan pukulan kencang ke tengah gelanggang.

Ini merupakan kali keempat Lin Dan meraih gelaran juara dunia.

Sementara itu, kekecewaan jelas terpancar di wajah Chong Wei yang gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk mencipta sejarah sebagai pemain badminton negara pertama mengungguli kejohanan tersebut.

Kali terakhir pemain Malaysia layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah pada 2003, menerusi Wong Choong Han.

Perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di London, serta ditonton jutaan peminat di tanah air.

Turut kelihatan di kalangan penonton di Arena Wembley adalah mangsa rusuhan di London, Muhammad Ashraf Haziq Rossli.

Menurut Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap kekalahan jaguh badminton negara Chong Wei di tangan Lin Dan, pada Kejohanan Dunia di London malam ini.

Dalam Facebook yang dikemaskinikan, Najib berkata perlawanan akhir itu mungkin menjadi pencapaian paling besar Chong Wei selepas menjadi pemain kedua negara layak ke final.

“Sudah dekat tetapi semakin jauh. Saya amat sedih kerana Chong Wei kalah. Ia mungkin menjadi pencapaian paling besar,” kata Najib.

Wong Choong Han menjadi pemain pertama negara layak ke final pada 2003.



No comments: