" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Anniversary

Friday, September 13, 2013

Destinasi honeymoon impian

ehem ... ehem ...

tajuk tak menahan. destinasi honeymoon impian.
kali ni nak share destinasi honeymoon impian kami suami isteri.
tang mana lagi kalau bukan BALI, Indonesia.
Bali sangat terkenal dengan destinasi honeymoon.
dengan keindahan pantai nya.
aktiviti water sports nya.
keindahan senireka & bentuk temple nya dan lain-lain lagi.

actually my husband dah pernah pergi Bali, tiga bulan sebelum kami bernikah.
beliau pergi Bali pun atas sebab kerja.
Photoshoot Honeymoon untuk client Detik Indah Phtography.
So selepas balik dari Bali tu, my husband cakap, Bali adalah destinasi yang wajib kita pergi nanti lepas kahwin.
wiwiwiiiiii best nya.

ada banyak pakej honeymoon ke Bali.
kalau korang google ada macam-macam pakej honeymoon yang ditawarkan.
so entry kali ni, nak share gambar-gambar yang my husband shoot sebagai rujukan kami jika berpeluang ber-honeymoon ke Bali.



Terkenal dengan water sport activities seperti paragliding, flying fish and Jet Ski. Juga terdapat Turtle Island & Mini Zoo






A must visit!!!!






Garuda Wisnu Kencana Cultural Park terdapat panorama & view cantik.
Kecak dance juga ada di sini.












Selain dari melawat tempat-tempat yang menarik seperti di atas, kami juga teringin untuk snorkeling di Nusa Lembongan, melihat dolphin, memanjakan diri di spa (Bali massage) & shopping di Kuta sudah semestinya :)


so, iLuvTour.com ada mengadakan contest entry honeymoon impian & menawarkan hadiah yang menarik ke Bali untuk pasangan yang bertuah & terpilih.


Organized by : iLuvTour.com
Sponsored by : Tareeq Al Jannah

so apa tunggu lagi? join la contest ni :)



p/s: semua gambar di entry ini adalah hak milik Ridhuan Abu Bakar, Principal of Detik Indah Photography. KLIK SINI untuk entry penuh dari DETIK INDAH :)





Thursday, August 1, 2013

Sudah tahun ke dua

Ehem. Ehem.

Waahhhh ari ni dah masuk bulan Ogos.
Kejap je kan.
Bila kira-kira balik 9 bulan dah kawin.
Ni kalo bunting pelamin ari tu, mesti sekarang dah nak terberanak dah.
Muahahahahaha
Lekkk luuuuuu.
Banyak masa lagi.
Itu semua kerja tuhan. Kerja Allah.
Tak semestinya kawin je terus mengandung & cukup 9 bulan je beranak.
Itu brrgantung pada pasangan juga.
Kalo dah masing2 setuju untuk merancang, siapa kau sebuk2 nak tanya aku dah berisi ke blum????
Hahahahaahahahaha (gelak jahat dalam hati)
Banyak perkara lagi yg perlu belajar dalam mengenali pasangan selepas berkahwin selaim dari buat anak yea uolls B-)

Ok berbalik pada tajuk, point nya adalah;
Semalam 31 Julai, maka genap lah 2 tahun kenal suami ku.
Alkisah nya sebelum sahur pagi tadi baru teringat.
Pastu sengaja la cakap dengan husband
"eh, ari ni 1 ogos dah?"
"hurmmm 2 tahun"
Beliau jawab.
Waaahhh beliau ingat siottttt. Gua ingat kan dia tak ingat. Kahkahkah dalam hati.

Pastu gatal tekak nak tanya,
"takde hadiah ke?"
"aaarrgghhh takde"
Amboiiiii lajuw jew cakap tak dew.

*laki aku memang tak la kalo bab2 hadiah ni. Setakat ni hadiah hantaran kawin je yg pernah dapat*

Syukur laaahhhhh farah!!!!

Alaaaaa xpe. Ujung bulan ni kan nak honeymoon lagiiii.
Anggap saje itu hadiah yea farah raihana

Moga hubungan ini diberkati & dirahmati Allah SWT.
Aaamiiinnnnn

Thursday, July 18, 2013

Ramadhan yang ke 8 hari

ehem ... ehem ...

alhamdulillah. hari ni 9 Ramadhan.
moga kita sentiasa istiqomah dalam ibadat seharian kita di bulan mulia ini.

jam dah 7.30 pagi
duk terpikir la nak masak apa berbuka nanti
agak-agak apa yang teringin di hati
masak saja ape yang ada dalam peti

*sempat lagi pantun kau* ahahahahahaha

adalah semalam bff ku Reena datang berbuka puasa di rumah
memang dirancang sebelum puasa lagi
nak datang berbuka puasa + lama tidak ketemu (wah ketemu giteww)
akhirnya semalam termakbul juga
terima kasih kerna sudi datang
melawat & menziarah kami suami isteri
hewhewhew

baru aku perasan gambar ko di rumah aku xde. cam ne la bleh lupa snap? memasing eksaited sbb lama x jumpa kot. tu yg lupa

masak ala kadar je.
nasi putih
daging masak kicap
ikan bakar
sotong bakar
ulam bendi
air mata kucing & abc rock
kuih akok

maka, makan la kami berEMPAT orang
heeeeeeee

dah siap berbuka, solat maghrib, lepak2 tgok tv, siap ber-shopping dengan Raihalism_Wardrobe (tq shopping uolls) kitorang lepak amik angin luar plak
x jauh. bukit ampang tu jek.
sambil layan view + angin sejuk
syahduuuuu je rasa
lepak bertiga dengan kawan sekerja reena, bernama dhiya.
bila kami bertiga, terasa macam dhiya tu atiqoh plak
ye la selalu nya memang kami bertiga dengan si atiqoh tu


sahabat selama nya


aku haplod sekeping tu jek sbb aku tau nt ko mesti haplod bebanyak kat blog kau
ok bai. jap lagi update entry resepi






Thursday, July 11, 2013

Ramadhan, bestday abah, bff

ehem ... ehem ...

hari ni 11 Julai, bersamaan 2 Ramadhan 1434 H
hari kedua umat Islam berpuasa.
Alhamdulillah tahun ni berpuasa dengan suami tercinta.
maka genap 2 tahun perkenalan dengan suami (ikut kalendar Islam)
kami kenal & berjumpa kali pertama sehari sebelum berpuasa tahun 2011
dalam masa 2 tahun ni, kami dah berkahwin selama 8 bulan 1 hari
hihihhihihi

Ramadhan 2011 - kami sebagai kawan
Ramadhan 2012 - kami sebagai tunang
Ramadhan 2013 - kami suami isteri

Alhamdulillah, syukur.
begitu atur sekali aturan Allah SWT.



hari ni baru dapat update puasa kali ini sebab 3 hari berada di kampung.
Bentong je pun. kampung laaaaa sangaaaattttt :)
eh, kampung apa. tempat kelahiran ku okeh :p

tahun ni dapat menyambut puasa dengan suami & keluarga tercinta.
malam sebelum puasa dapat berkumpul bersama keluarga & keluarga angkat.
meraikan ulangtahun kelahiran abah ku & abah poji.
abah & abah poji ni sebaya. dah la sebaya, bulan yg sama plak tu
tapi abah poji lahir dulu.
so happy belated birthday abah poji (3 julai)
and happy birthday abah in advance (13 julai)

sebab celebrate malam puasa?
sebabnya rabu 1st Ramadhan tu aku dah nk balik KL.
so sambut awal la besday abah huhu
lepas ni xtau lagi bila balik.

Happy Birthday Abah Bomba
Happy Birthdat Abah Poji


Wajah kesayangan abah-abah ku :)
moga panjang umur & sihat selalu



























masing2 dah tanya raya nanti raya mana
haih xtau la raya mana.
belum pikir lagi.
baju raya pun ntah sempat jahit ke tak
hurrmmmm


ok peh tu ari ni 11 Julai.
happy birthday my BFF AzReena aka REENA KAMARUDIN
korang baca lah blog dia, besttttttt sangaaaattttttttt
klik link kat nama uruo besar dia tu :p

Happy birthday babe



moga dipanjangkan umur
sihat selalu
murah rezeki
dipercepatkan jodoh, InsyaAllah

terimalah kek ini dengan seikhlas hati
kuikuikui

















ok, sempat jugak aku cari gambar2 ni dalam FB aku
it's u & me
terima laaaahhhhhhhhhh


model tayang peha
peha siapa dapat menahan lebih
muahahahaha

model kereta orang
bukan kereta sendiri

model tayang pipi barang kali

model bergaya atas feri pulau pinang

model menyuap sesudu
model menyuap dua jari


dan lasttttttttttt sekaaaalliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
model tidur
pun nak jadi model?
kahkahkah



itu jek.
ok bai



















Tuesday, May 21, 2013

Tetiba suka berry plak :p

ehem ... ehem ...

agak lama tak hupdate blog
ok, ni nak share keterujaan aku terhadap warna Berry
rasa dia macam romance gituuuuu




suka tak?


actually, sedang menanti baju ini sampai

Ola Peplum Blouse from thepoplook.com

tak sabar nak melaram 2 Jun nanti :p



Wednesday, May 15, 2013

Bawal May Available

Hai ladies!
Kali ni ada Tudung Bawal corak baru
Nama nya Bawal May
Material lembut, senang bentuk & tak perlu gosok
sangat selesa

me loike this so much :)

RM15 sehelai
Bawal Bidang 45

semua kod item AVAILABLE

boleh view juga di facebook page: Raihalism_Wardrobe
Instagram : @Raihalism_Wardrobe

Untuk order, PM facebook page atau whatsapp terus ke 0177250772
TQ & Happy Shopping

BM 01

BM 02

BM 03

BM 04

BM 05

BM 07

BM 08

BM 09

BM 13

BM 14

BM 15


Tuesday, May 7, 2013

Honeymoon 5: Langkawi



ehem ... ehem ...
entry yang tertangguh
tersimpan lama sebagai draft.
kesian bff aku Reena Kamarudin. mesti dia tertunggu2 entry langkawi ni
serius reena! kita sebagai warganegara Malaysia, mesti pegi langkawi ni
hewhewhew
boleh masuk dalam list cuti-cuti kite :)

ok, trip ke Langkawi ni plan 2 bulan sebelum
masa February 2-13, Air Asia ada buat promo.
ke Langkawi RM39 sahaja
tapi dah add on macam2, tax, fuel, seats bagai jadi RM2++ untuk 2 orang
tak sampai la RM300
cek balik jadual suami, hanya bulan April dia free shoot.
bulan2 lain tersangat la bizi.
and yeah sekarang dah bulan May, ujung bulan ni dah start shoot wedding.
kebetulan pulak April tu my birthday.
so trip 2 in 1
Honeymoon & Birthday present :)
tq husband!

kami gerak ke LCCT jam 7.30 pagi
tumpang kereta husband's bff wife
since dia kerja cyberjaya, so kami naik teksi dari Cyber ke LCCT
alkisah nya kami dah beli tiket bas KL Sentral - LCCT pegi balik
tapi pagi tu sebijik teksi pun xde.
dari pukul 6 pagi - 7.30 pagi
kitorang dah gelabah abis sebab flight pukul 10 pagi uolls.
nasib ada kawan tumpang kan.
itu pun dari Cyber teksi cas RM55
OMG!!! terpaksa la jugak kan amik
sobs sobs

alhamdulillaj 9.15 sampai LCCT, pukul 10 naik flight
tapi 10.30 baru terbang flight nya
dalam 11.30 gitu baru sampai Langkawi Airport
masuk je airport, ada je orang menunggu.
tanya nak kereta sewa ke tak
setelah deal, dpaat la sebijik kereta Wira auto, RM120 untuk 3 hari 2 malam
nak check in bilik, awal lagi.
maka nya pusing2 dulu area Chenang & makan tengah hari
pukul 1 gitu check in bilik, chalet penuh
yang ada hanya hotel, harga RM140
dah siap check in, hujan pun lebat
menyebabkan kami berdua tertidur.
malam sebelum bertolak tu husband tak tido. dia semangat berjaga sebab nak tunggu teksi pukul 6 pagi
malang nya tiada teksi & dalam flight pun dia tidur
nngantok trok kot
ahahahahaha gigih sangat laki aku!

ini masa dah petang
dah bangun dari tidur, jalan2 cari makan

ini la hotel kami. Delta Motel ni hujung sekali pantai Chenang, bersebelahan dengan Underwater World.
betol2 dekat dengan Langkawi Permata Kedah
So, hotel ni sangat best dia punye view
semasa menunggu sunset di Pantai Chenang, Langkawi

Subhanallah
Pantai Chenang, Langkawi

Malam nya pulak, kami lepak2 kat Pantai Chenang je.
makan2 pun di situ
actually banyak kedai makan di sini
then shopping tshirt untuk diri sendiri & adik

Langkawi's shisha
lepak sampai 11 malam
tengah malam lapar, perut tak sedap.
nasib ada McD di Langkawi
so tapau la bubur
maka nya ada la memori makan bubur di tepi pantai sambil ditemani ombak menderu
wahhh gitoooooo

dah siap makan, husband nak shoot bintang
so teman la dia
kami ber-pesta la sangatttt kat tepi pantai tu
pesta makan twisties & ayaq mineral ja 
LOL


yea... kenangan bermain2 air di tepian pantai waktu tengah malam bersama suami berduaan adalah SANGATTTTTT BEST!!!
walaupun laki aku tak romentik tapi aktiviti gitu dah buat dia romentik mabeles abis
huhuhuhuhuhuhu

dah siap shoot, dalam 2 pagi gitu baru tidur

esok nya, selepas sarapan kami ke Island Hopping
RM25 seorang
alhamdulillah, dapat jugak island hopping
memang ini la tujuan utama ke Langkawi
tahun 2010 dah ke Langkawi tapi tak sempat island hopping sebab datang atas urusan kerja
hanya dapat shopping je waktu tu

Lokasi pertama Island hopping ialah Tasik Dayang Bunting


orang kata kalau perempuan mandi kat sini, boleh mengandung.
dan saya tidak punya keinginan langsung untuk mandi :P
kami naik solar paddle boat je
RM30, 30 minit kalau tak silap
pakcik bot tu, bagi kami masa sejam untuk lepak sini




lepas tu, pegi ke tempat melihat helang
tak tau nama tempat tu apa
tapi serius memang banyak helang situ
helang tu plak macam tau2 jek pukul berapa orang nak datang tengok dia
laju jek dia datang

oh, xde gambar kat sini
tapi boleh tengok Keek, search je PuanRai ok!

seterusnya ke Pulau Beras Basah
kat sini pun sejam jugak, so boleh mandi manda sepuas nya



island hopping ni lebih kurang 3 jam la
dalam 12.30 ke 1 gitu, kitorang dah ada kat Pantai Chenang
makan tengah hari hanya di hotel
balik je dari island hopping kaki ku sakit sangat
sampai nak jalan pun terdengkot-dengkot
macam OKU
last nya buat appoinment dengan foot reflexology jam 3 petang
urut kaki selama sejam sebab pukul 4 nak pi cable car plak

jyeah! best!!!
dan nak tahu tak anda semuaaaaaaaaaaa
sampai je cable car, cable car tutup ok
sebab under maintainance
oh mannnn!!!! frust ok!!!
sebab ni jugak tujuan utama datang langkawi selain island hopping
sobs sobs ...

disebabkan tak dapat naik cable car, kitorang tukar plan buat aktiviti pantai
mandi laut & parasailing
akan tetapi tetibe hujan turun
apa pun tak boleh
huhhuhuhuhu

oh ya, untuk hari kedua ni kami tukar bilik
amik chalet je, RM80 satu malam
kitorang check in balik dr island hopping

so malam tu kami keluar awal, untuk makan malam.
masa ni hujan.
makan di Wonderland Seafood, kat Pekan Kuah
hampir 30 min jugak la perjalanan nya dari Pantai Chenang
boleh lapar balik kalau makan sikit LOL

Siakap Stim Garlic Lime
ohsem & sedap makanan di sini
 dah siap makan, kitorang pusing2 Kuah, nasib Haji Ismail Group belum tutup
sempat la shopping coklat sepeket dua
huhuhuhuhu
lepas tu singgah di Dataran Lang sebab nak check in Instaplace LOL
ari masih hujan
so marilah pulang
malam tu kami tido awal kot
tibe2 rasa letih + kaki lenguh + frust cable car tutup

esok nya, lepas sarapan jalan2 jek tepi pantai sementara tunggu nak check out

lokasi seterusnya Galeria Perdana
tempat galeri Tun Mahathir
banyak koleksi & cenderahati Tun di sana
Fees: RM5
ambil masa hampir sejam jugak dari airport nak ke Galeria Perdana ni
kami gerak pukul 11 dari Pantai Chenang
pusing2 kat Galeria tu makan masa sejam jugak
so dah abis 2 jam kami terus gerak ke airport
alhamdulillah sampai di area airport pukul 2 gitu
terus cari kedai makan, untuk makan tegah hari
makan di warung kat area roundabout tu jek
sedap!!! masakan kampung!

ini sebahagian dari Galeria Perdana
nak tegok yang lain, kena tengok kat Keek.
search PuanRai yea :)
flight kami pukul 3.30 petang.
sampai LCCT pukul 4.30 petang
terus naik bas ke KL Sentral sebab dah beli tiket pegi balik
sampai je di KL Sentral, cari teksi.
kena cas RM40 ke Ampang.
oh man!!! sangat la mahal
then, bgtau husband
tak yah membazir. kena naik tren jek
so dari KL Sentral naik ERL ke Bandar Tasik Selatan
dari BTS plak naik LRT Star hingga ke Ampang
OMG!!! sangat la ramai orang.
pack macam ikan sardin sebab petang kan
orang balik keje
huhuhuhuhu
sampai LRT Ampang pukul 7 malam
dan menunggu teksi selama 10 min & 15-20 minit jugak untuk samoai rumah
waktu puncak tu pukul 7, jalan sangat jem

alhamdulillah, pukul 7.30 malam sampai rumah
Langkawi - Ampang makan masa 4 jam je kalau naik flight
huhuhuhuhu
naise

ok, tu jek cite langkawi
and the next honeymoon is ................................
rahsia :)