" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 7, 2013

Honeymoon 5: Langkawi



ehem ... ehem ...
entry yang tertangguh
tersimpan lama sebagai draft.
kesian bff aku Reena Kamarudin. mesti dia tertunggu2 entry langkawi ni
serius reena! kita sebagai warganegara Malaysia, mesti pegi langkawi ni
hewhewhew
boleh masuk dalam list cuti-cuti kite :)

ok, trip ke Langkawi ni plan 2 bulan sebelum
masa February 2-13, Air Asia ada buat promo.
ke Langkawi RM39 sahaja
tapi dah add on macam2, tax, fuel, seats bagai jadi RM2++ untuk 2 orang
tak sampai la RM300
cek balik jadual suami, hanya bulan April dia free shoot.
bulan2 lain tersangat la bizi.
and yeah sekarang dah bulan May, ujung bulan ni dah start shoot wedding.
kebetulan pulak April tu my birthday.
so trip 2 in 1
Honeymoon & Birthday present :)
tq husband!

kami gerak ke LCCT jam 7.30 pagi
tumpang kereta husband's bff wife
since dia kerja cyberjaya, so kami naik teksi dari Cyber ke LCCT
alkisah nya kami dah beli tiket bas KL Sentral - LCCT pegi balik
tapi pagi tu sebijik teksi pun xde.
dari pukul 6 pagi - 7.30 pagi
kitorang dah gelabah abis sebab flight pukul 10 pagi uolls.
nasib ada kawan tumpang kan.
itu pun dari Cyber teksi cas RM55
OMG!!! terpaksa la jugak kan amik
sobs sobs

alhamdulillaj 9.15 sampai LCCT, pukul 10 naik flight
tapi 10.30 baru terbang flight nya
dalam 11.30 gitu baru sampai Langkawi Airport
masuk je airport, ada je orang menunggu.
tanya nak kereta sewa ke tak
setelah deal, dpaat la sebijik kereta Wira auto, RM120 untuk 3 hari 2 malam
nak check in bilik, awal lagi.
maka nya pusing2 dulu area Chenang & makan tengah hari
pukul 1 gitu check in bilik, chalet penuh
yang ada hanya hotel, harga RM140
dah siap check in, hujan pun lebat
menyebabkan kami berdua tertidur.
malam sebelum bertolak tu husband tak tido. dia semangat berjaga sebab nak tunggu teksi pukul 6 pagi
malang nya tiada teksi & dalam flight pun dia tidur
nngantok trok kot
ahahahahaha gigih sangat laki aku!

ini masa dah petang
dah bangun dari tidur, jalan2 cari makan

ini la hotel kami. Delta Motel ni hujung sekali pantai Chenang, bersebelahan dengan Underwater World.
betol2 dekat dengan Langkawi Permata Kedah
So, hotel ni sangat best dia punye view
semasa menunggu sunset di Pantai Chenang, Langkawi

Subhanallah
Pantai Chenang, Langkawi

Malam nya pulak, kami lepak2 kat Pantai Chenang je.
makan2 pun di situ
actually banyak kedai makan di sini
then shopping tshirt untuk diri sendiri & adik

Langkawi's shisha
lepak sampai 11 malam
tengah malam lapar, perut tak sedap.
nasib ada McD di Langkawi
so tapau la bubur
maka nya ada la memori makan bubur di tepi pantai sambil ditemani ombak menderu
wahhh gitoooooo

dah siap makan, husband nak shoot bintang
so teman la dia
kami ber-pesta la sangatttt kat tepi pantai tu
pesta makan twisties & ayaq mineral ja 
LOL


yea... kenangan bermain2 air di tepian pantai waktu tengah malam bersama suami berduaan adalah SANGATTTTTT BEST!!!
walaupun laki aku tak romentik tapi aktiviti gitu dah buat dia romentik mabeles abis
huhuhuhuhuhuhu

dah siap shoot, dalam 2 pagi gitu baru tidur

esok nya, selepas sarapan kami ke Island Hopping
RM25 seorang
alhamdulillah, dapat jugak island hopping
memang ini la tujuan utama ke Langkawi
tahun 2010 dah ke Langkawi tapi tak sempat island hopping sebab datang atas urusan kerja
hanya dapat shopping je waktu tu

Lokasi pertama Island hopping ialah Tasik Dayang Bunting


orang kata kalau perempuan mandi kat sini, boleh mengandung.
dan saya tidak punya keinginan langsung untuk mandi :P
kami naik solar paddle boat je
RM30, 30 minit kalau tak silap
pakcik bot tu, bagi kami masa sejam untuk lepak sini




lepas tu, pegi ke tempat melihat helang
tak tau nama tempat tu apa
tapi serius memang banyak helang situ
helang tu plak macam tau2 jek pukul berapa orang nak datang tengok dia
laju jek dia datang

oh, xde gambar kat sini
tapi boleh tengok Keek, search je PuanRai ok!

seterusnya ke Pulau Beras Basah
kat sini pun sejam jugak, so boleh mandi manda sepuas nya



island hopping ni lebih kurang 3 jam la
dalam 12.30 ke 1 gitu, kitorang dah ada kat Pantai Chenang
makan tengah hari hanya di hotel
balik je dari island hopping kaki ku sakit sangat
sampai nak jalan pun terdengkot-dengkot
macam OKU
last nya buat appoinment dengan foot reflexology jam 3 petang
urut kaki selama sejam sebab pukul 4 nak pi cable car plak

jyeah! best!!!
dan nak tahu tak anda semuaaaaaaaaaaa
sampai je cable car, cable car tutup ok
sebab under maintainance
oh mannnn!!!! frust ok!!!
sebab ni jugak tujuan utama datang langkawi selain island hopping
sobs sobs ...

disebabkan tak dapat naik cable car, kitorang tukar plan buat aktiviti pantai
mandi laut & parasailing
akan tetapi tetibe hujan turun
apa pun tak boleh
huhhuhuhuhu

oh ya, untuk hari kedua ni kami tukar bilik
amik chalet je, RM80 satu malam
kitorang check in balik dr island hopping

so malam tu kami keluar awal, untuk makan malam.
masa ni hujan.
makan di Wonderland Seafood, kat Pekan Kuah
hampir 30 min jugak la perjalanan nya dari Pantai Chenang
boleh lapar balik kalau makan sikit LOL

Siakap Stim Garlic Lime
ohsem & sedap makanan di sini
 dah siap makan, kitorang pusing2 Kuah, nasib Haji Ismail Group belum tutup
sempat la shopping coklat sepeket dua
huhuhuhuhu
lepas tu singgah di Dataran Lang sebab nak check in Instaplace LOL
ari masih hujan
so marilah pulang
malam tu kami tido awal kot
tibe2 rasa letih + kaki lenguh + frust cable car tutup

esok nya, lepas sarapan jalan2 jek tepi pantai sementara tunggu nak check out

lokasi seterusnya Galeria Perdana
tempat galeri Tun Mahathir
banyak koleksi & cenderahati Tun di sana
Fees: RM5
ambil masa hampir sejam jugak dari airport nak ke Galeria Perdana ni
kami gerak pukul 11 dari Pantai Chenang
pusing2 kat Galeria tu makan masa sejam jugak
so dah abis 2 jam kami terus gerak ke airport
alhamdulillah sampai di area airport pukul 2 gitu
terus cari kedai makan, untuk makan tegah hari
makan di warung kat area roundabout tu jek
sedap!!! masakan kampung!

ini sebahagian dari Galeria Perdana
nak tegok yang lain, kena tengok kat Keek.
search PuanRai yea :)
flight kami pukul 3.30 petang.
sampai LCCT pukul 4.30 petang
terus naik bas ke KL Sentral sebab dah beli tiket pegi balik
sampai je di KL Sentral, cari teksi.
kena cas RM40 ke Ampang.
oh man!!! sangat la mahal
then, bgtau husband
tak yah membazir. kena naik tren jek
so dari KL Sentral naik ERL ke Bandar Tasik Selatan
dari BTS plak naik LRT Star hingga ke Ampang
OMG!!! sangat la ramai orang.
pack macam ikan sardin sebab petang kan
orang balik keje
huhuhuhuhu
sampai LRT Ampang pukul 7 malam
dan menunggu teksi selama 10 min & 15-20 minit jugak untuk samoai rumah
waktu puncak tu pukul 7, jalan sangat jem

alhamdulillah, pukul 7.30 malam sampai rumah
Langkawi - Ampang makan masa 4 jam je kalau naik flight
huhuhuhuhu
naise

ok, tu jek cite langkawi
and the next honeymoon is ................................
rahsia :)




2 comments:

Reena Kamarudin said...

Best best best sangat!!!! Nak piiiii!!!!

Cik Rai @SeriGala said...

Jom piiiiii