" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Monday, August 15, 2011

Malcoy 7 mulakan tugas penuh cabaran di Lebanon


AHMAD Hasbullah Mohd. Nawawi (tengah) yang meninjau tugasan pasukan Malcoy 7 sambil beramah-mesra dengan penduduk tempatan di Lebanon, baru-baru ini. - Gambar ihsan ATM.


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pasukan Malaysian Company 7 (Malcoy 7) yang kini berada di Lebanon, memulakan tugas mencabar di negara berkenaan yang sentiasa terdedah kepada pergolakan.

Antara peranan Malcoy 7 yang diletakkan di Kem Kaoukaba, Sektor Timur ialah memastikan keamanan terus wujud dan menghindarkan sebarang perbalahan pihak-pihak yang bertelingkah.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan (Oplat), Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki memberitahu, kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak tujuh tahun lalu di negara berkenaan menunjukkan rakyat negara itu menerima baik kehadiran tentera Malaysia.

Beliau berkata, ini kerana ATM tidak memihak kepada mana-mana pihak yang bertelingkah dalam menjalankan tugas keamanan.

Menurutnya, Malcoy 7 turut menjalankan rondaan 24 jam yang memberi keyakinan kepada penduduk tempatan bahawa wujud keamanan.

Jelasnya, semasa rondaan tentera Malaysia akan melawat sekolah-sekolah untuk bertemu murid-murid dan guru-guru bagi menunjukkan kehadiran pasukan pengaman.

Katanya, langkah itu dapat merapatkan hubungan selain menyampaikan sumbangan seperti beg sekolah, alat tulis dan sebagainya.

''Jika pasukan pertama tentera Malaysia tujuh tahun lalu menjalankan program Jiwa Murni, Malcoy 7 turut berbuat demikian.

''Program berterusan ini bukan sahaja membantu penduduk tempatan, malah kita dapat mengenali mereka selain mengetahui masalah dihadapi dan cuba menyelesaikannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Suhaimi berada di Lebanon baru-baru ini bagi meninjau tugasan Malcoy 7.

Lawatan itu diketuai Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi yang kini telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Menjawab pertanyaan, Suhaimi berkata, kawasan penugasan Malcoy 7 dianggap penting kerana ia bersempadankan Syria dan Israel.

''Untuk itu, tentera kita sentiasa berhati-hati dan kita juga bekerjasama dengan penduduk tempatan serta pihak berkuasa negara berkenaan,'' katanya.

Kumpulan Malcoy 7 yang menggantikan tugasan Malaysian Contingent East (ME 6), terdiri daripada 360 anggota dan diketuai Leftenan Kolonel Hashim Mat selaku komander.



sumber: utusan online

No comments: