" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 23, 2011

DSA 2012


ehem ... ehem ...
DSA datang lagi ...
uolls tahu x DSA ni hape?
DSA means Defence Services Asia ...
it is Exhibition & Conference
atau bahasa melayu nye ...
Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia
untuk tahun 2012, ianya berlangsung pada 16-19 April 2012
di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur ...

secara jujurnya, cik rai x pernah menghadiri pameran ni ...
tapi cik rai sentiasa mengikuti perkembangan DSA setiap tahun ...

so, untuk detail uolls bleh klik link lat bawah ni ...


jum kita baca petikan berita dari utusan pasal DSA 2012 ni ..
*
*
*
*
*
*

KUALA LUMPUR 22 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadikan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 sebagai platform meningkatkan kemampuan perangnya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya bercadang meningkatkan keupayaan kuasa tembak, mobiliti serta sistem komunikasi Tentera Darat sempena DSA 2012, tetapi enggan menjelaskan apa perolehan baru yang bakal dibuat.

"Perancangan ini memang telah digariskan untuk perolehan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Kita memang bercadang meningkatkan kuasa tembak, mobiliti dan sistem komunikasi," katanya selepas majlis pelancaran DSA 2012 di sini hari ini.

Ditanya sama ada perolehan baru itu termasuk sistem meriam bergerak (SPH), Zulkifeli berkata, beliau tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini, tetapi mengakui sistem persenjataan tersebut tersenarai dalam perolehan untuk meningkatkan kuasa tembak Tentera Darat.

"Sistem SPH memang termasuk dalam perancangan kita untuk meningkatkan kuasa tembak, tapi tentang perolehan buat masa ini saya tidak boleh sahkan," katanya.

Sistem SPH buatan Korea Selatan yang dikenali sebagai K9-Thunder dikatakan antara persenjataan baru yang bakal dibeli memandangkan meriam tersebut telah lama disenarai pendek oleh ATM bagi menyokong unit kereta kebal PT-91M.

Meriam SPH direka khusus untuk menyerang kedudukan musuh yang berada dalam lingkungan jarak melebihi 40 kilometer dengan kadar kepantasan tembakan mencecah antara enam hingga lapan pusingan seminit.


No comments: