" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, September 24, 2011

PDRM akan mantapkan program pengajian dengan UKM

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan kajian bagi memantapkan lagi program pengajian kepolisan yang ditawarkan menerusi kolaborasi bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihaknya mengharapkan melalui usaha itu dapat mengenal pasti kursus yang sesuai dan relevan pada masa kini.

“Mereka perlu memikirkan, melihat serta membuat kajian dalaman di samping berinteraksi dengan pihak lain khususnya UKM dalam usaha untuk mengenal pasti kursus yang sesuai dalam konteks masa kini.

“Kursus terutamanya dalam bidang baru seperti sains forensik, perakaunan forensik, hak intelektual, jenayah komputer dan sebagainya perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Program Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2010/2011 di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 52 graduan mengikuti pengajian Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan menamatkan pengajian mereka.

Tambahnya, berdasarkan peningkatan dari segi Purata Gred Kumulatif yang dicatatkan pada tahun ini, beliau yakin pegawai yang mengikuti program pengajian itu mampu menjadi pemangkin kepada anggota lain.

Sementara itu, menurut wakil Naib Canselor UKM, Prof. Abdul Rahim Md. Nor berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan kualiti program pengajian yang ditawarkan bagi memastikan ia relevan dengan peredaran zaman.

“Pihak universiti turut mengkaji dan melihat semula kursus yang ditawarkan setiap dua tahun bagi memenuhi keperluan PDRM,” katanya.

No comments: