" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, August 13, 2010

~ My Passion: Part 2 ~ [Hutang Darah Dibayar Darah]



Platun Harimau: Dalam Misi Hutang Darah Dibayar Darah

Penulis: Mohd Radzi Abd Hamid
Penerbit: DBP


~ novel perang ni aku beli 4/12/2009.. gigih aku membelinya...10x baca pun x jemu... heheh.. so, aku ceritakan serba sedikit sinopsis novel ni..mmg terbaek la...


Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan antara pasukan Tentera Darat tertua yang telah terlibat dalam banyak operasi dan amat digeruni pengganas komunis. Namun, sekitar tahun 1980-an, pasukan ini menerima tentangan hebat pengganas komunis. Dalam dua operasi yang dijalankan, 16 orang anggota terbunuh ketika bertempur dengan pasukan khas komunis, Black Jacket. Bagi pasukan Tentera Darat, hanya platun Harimau yang layak menentang Black Jacket demi membela kematian 16 orang perajurit. Laftenan Fauzi dan Platun Harimau mula memburu Black Jacket yang diketuai Chong Woo. Ibarat buku bertemu dengan ruas, hanya pengalaman, kepakaran, kebijaksanaan, kreativiti dan nasib yang menentukan dendam siapa yang berbalas...

No comments: