" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, April 23, 2014

Setiu - Penang & my early 29th celebration

ehem ... ehem ...
kali ni nak sambung cerita travel 
sebelum ni Trip ke Sandakan
ni entry trip 4 negeri dalam 1 hari
wahhhh gitewwww (dalam Malaysia je punnnn hihihi)

pada awal April yang lalu, berkesempatan (tetibe skema) ikut suami outstation
kali ni job wedding di Setiu, Terengganu.
ini kali pertama kami ke Terengganu bersama
masa kekecik, masa bujang pernah la pegi terengganu
tahun lepas dah sampai Besut tapi trip tu suami tak ikut
trip Besut pun belum update lagi. pppfffttttttt
tapi sejak suami isteri ni, ini adalah first time travel kami ke pantai timur.

hari Jummat, kami gerak dari Kota Kemuning jam 5 pagi & sampai ke Setiu jam 1 ptg
8 jam perjalanan. peerrgghhhhh
untuk ke Setiu, kami melalui jalan bukit besi. kawasan hutan & felda
kalau ikut jalan pantai, lagi jauh kata nya

Pantai Rhu Sepuloh, Setiu
kami menginap di Pandan Laut Beach Resort. (klik link utk details resort)
amik standard room sahaja. beli kat agoda RM70 semalaman
kebetulan pula, wedding client memang kat resort ni.
so wedding by the beach la. so niceeeee

credit pic to Detik Indah Photography
kami stay di Setiu, 3 hari 2 malam
apa yg menarik nya di Setiu ni pantai nya yg bersih. laut yang membiru
agak teruja masa first sampai sini sebab terasa seperti di pulau
difahamkan pantai di sini dilarang mandi kerana laut dalam
memang yea. kalau jalan-jalan tepi pantai, sekali ombak datang, memang tenggelam kaki ke dalam pasir
sepanjang 3 hari di sini memang tak nampak orang mandi manda
ramai yang lepak2 je
di Pantai Penarik pulak ada pelbagai gerai seafood celup tepung
2 malam duk setiu, makan seafood jeeeeeeee
sotong & ikan celup tepung marbelesssss
petang-petang layan sambil layan angin pantai, view laut memang ohsemmm
sampai kan boleh berangan
"kan best kalau ada rumah kat sini"
"eh, kan best kalau ada tanah kat sini. pastu kite buat resort, kan?"
hahahahahahaha
berangan tu perluuuuuu

hari Sabtu petang, selesai kerja sempat juga pusing2 sekitar Pantai Penarik.
tempat yang dituju ialah Terrapuri.
ianya terletak di hujung jalan pantai
boleh search www.terrapuri.com untuk details
kalau tengok kat website memang chantek sangat tempat ni.
private resort keunikan rumah klasik terengganu.
insyaAllah next time boleh datang stay sini.
kami hanya dapat tengok dari luar sahaja & sekitar pantai nya


pantai hadapan Terrapuri

esok nya ahad. selepas sarapan kami gerak ke Penang
so dari Setiu, kami melalui Kelantan & Gerik Perak.

keadaan jalan raya Jeli - Gerik

Pulau Banding, Gerik, Perak
 ini kali pertama sampai di Pulau Banding
berbeza dengan suami, masa dia kekecik dulu selalu singgah sini kalau nk ke Terengganu
kira nya tempat ni menggamit kenangan kekecik beliau hehehehhe
dapat tengok Belum Rainforest pun jadi laaaaaa
next time datang lagi. dari Penang tak jauh dah
kalau dari Pahang, jauh nyeeeeeee la haiiiiii
boleh search Belum Rainforest Resort untuk details
untuk makluman, resort ni terletak di tepi jalan sahaja
so takde masalah untuk singgah tengok hehehehehhe

dah melepasi Gerik, kami ke Pengkalan Hulu & Baling, Kedah
dalam sejam lebih gitu baru la sampai ke Kepala Batas.
masa yang di ambil dari Setiu ke Kepala Batas ialah 6 jam perjalanan
kami gerak dari Setiu jam 9 pagi & sampai jam 3 petang.

esok nya, Isnin. suami bawak jalan-jalan ke Penang plak
trip Penang kali ni berbeza sket
sempena meraikan hari jadi ku yg ke 29 kata nya
nak raikan actual day tak sempat sebab dah kena balik KL
so, kite celebrate awal
hehehheehe
mula perjalanan dari rumah mertua di Kepala Batas ke Pulau Pinang melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang



kami terus ke Georgetown
macam biasa. cari top 10 cafe in penang
dah jemu ke China House, kami decide nak ke Kaffa Espresso Bar

Salted caramel machiatto
nyummeehhh


dah siap makan, on the way nak ke tempat parking tetiba nampak satu tempat nama Time Tunnel
mula-mula ushar dari luar. tanya kaunter. dorg terangkan time tunnel tentang Penang 400 tahun yang lalu hingga la Penang sekarang. lukisan 3D pun ada kat sini
so ini muzium ke dua yang kami pergi di Penang selain Muzium Perang
boleh klik Pinaon Time Tunnel untuk details
fee entrance RM14 seorang. tiada cas untuk camera
ada pelbagai barangan antik yang terdiri dari kaum & bangsa melayu, cina, india, baba & nyonya
kalau nak tau, kena la datang sendiri yea hehehehehehe

lepas time tunnel, kami ke The Camera Museum, Penang
entrance fee RM20. tapi area ground floor FOC.
boleh tengok2 & posing kat situ
nahhhh belanja 1 gambar
hehehehe
dah habis pusing muzium, kami ke Padang Kota.
macam biasaaaaaaaaa
sunset is a must
kalau boleh tetiap hari nak tengok sunset berdua

sunset Padang Kota
hurmmm ada garisan merah
i loikeeeee
Subhanallah, chantek sangattttt
sebelah malam nya plak suami belanja tengok wayang cerita Captain America
kali ni dia belanja Beanie cinema
peerrggghhhh makan popcorn sambil baring kottttt
cenggineehhhhh haaaaaaa
heeeeeeeee masheh suami
selesa sangat dengan beanieplex ni
tak semua TGV Cinemas ada beanie
kalau nak tau, gugel la yea. kat website tgv ada

dan pada hari jadi ku, 9 April, bangun tido je, keluar bilik terus di sapa oleh mak mertua ku
"happy birthday"
hehehe masheh mummy

my 29th birthday
homemade cake by my sister in law



ok, sekian entry kali ni
moga rajin hupdate untuk entry akan datang





No comments: