" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 21, 2012

Kain pasang untuk mak-mak sedara

ehem ... ehem ...

alhamdulillah, kain pasang untuk mak-mak sedara dah beli ...
11 pasang semua nya ...
untuk adik beradik mak & abah ...
perempuan sahaja ...
so, mak-mak sedara je yang sedondon nanti ...

pencarian kain pasang warna kuning sangat la susah ...
melain kan chiffon & satin je yg banyak ...
tapi tak mau kain kosong ...

pencarian di Kamdar Mid-valley sangat menghampakan ...
tiada langsung kuning yang menarik hati ...
tu la, siapa suruh pi Kamdar Mid?
Jawapan: tunang saya tak mau pi Jalan Tar .. jalan jem dia kata

Kamdar Mid tak sebesar Kamdar Jalan Tar & Kamdar Kuantan
so pilihan yang sangat menarik hati tu takde ...

maka nya, terjah jugak Nagoya Carrefour Wangsa Maju ...
selalu datang sini beli kain-kain pasang untuk kenduri sepupu dulu ...
dalam hati dah cakap:

"aiii, aku duk cari kain utk kawin org senang je dapat .. ni kawin sendiri x jumpa plak"

abis je cakap ni dalam hati, terus terjumpa kain warna kuning kau!
hahahahahahahahaha
nak kena mengeluh baru nak ada? *tak baik cam tu*

memula ni konon nya 1st choice la ..
nak cari yg lain kot-kot ada ..
tapi xdak plak ...
maka nya, setia dengan ni je la yg dok berkenan ..
check2 kain, tengok ada 2 gulung kain yg sama ...
1 gulung banyak, 1 gulung lagi dah tinggal sikit ..
alamak??? cukup ke nak 44 meter ni?
last-last panggil akak tu, mintak dia ukur ...

selepas ukur, dia kata, "cukup dik"
pastu tanya lagi, ni kaler apa kak?
kaler kuning + turquoise
hahahahaha
selamat ada based kuning di situ ...
sebab sekali tengok macam oren pun ada ..
macam gold pun ada ...

ok, cakap je la ni kuning :p



kuning kan?
huhuhuhu






No comments: