" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, February 24, 2012

One Dream Veil Contest

ehem ... ehem ...
maka dengan ini kali ke-tiga nye join contest ...
nak tau contest apa?
ni haaaaaaa

One Dream Veil Contest ...

*precious*



Interested to join? It's so easy and simple:
1. Be my follower on Adria Cottage & ChintaAidaIskandar
2. Post a veil picture with a magic word. (That's mean, 1 picture and 1 word caption. No need an essay)
3. Share with or tag a B2B 2012 and inform her about this
4. Drop a comment below to notify me, so i can visit u back
5. Didn't have blog? No worries, you may email me at fainie_riz@yahoo.com

Competition conditions:
1. Brides and grooms who will get married in this year
2. Participation of the whole Malaysia are welcomed
3. Closing date for entries on 31 March 2012
4. Judgement is based on creativity and uniqueness.
5. All judges decisions are final

Prize:
An exclusive custom made veil as per your request.


maka dengan ini mahu tag bakal pengantin Farah Kamarudin




p/s: gambar hanya google


Monday, February 20, 2012

Detik Indah Cinta Kita (^_^)

Inilah aku apa ada nya
yang ingin membuatmu bahagia
maafkan bila ku tak sempurna
sesempurna cintaku padamu

ini juga ku apa ada nya
yang ingin selalu di sampingmu
ku tahu semua tiada yang sempurna
di bawah kolong langit ini

jalan kita masih panjang
ku ingin kau selalu di sini



biar cinta kita tumbuh harum mewangi
dan dunia menjadi saksinya
untuk apa kita membuang-buang waktu
dengan kata-kata perpisahan

demi cinta kita aku akan menjaga
cinta kita yang telah kita bina
walau hari terus berganti hari lagi
cinta kita abadi selamanya





Cinta Kita by Teuku Wisnu & Shireen Sungkar

Friday, February 10, 2012

Thursday, February 9, 2012

Review: Zaifie Zainal Creation

ehem ... ehem ...

entry kali ini nak review pasal appoinment dengan Kak Zaifie ...

setelah berjaya mendapatkan contact number di |Facebook| Zaifie Zainal Creation, maka segera la SMS, tanya butik kat mana ...
then, mereka reply .. nak datang butik, by appoinment only ...
ada 2 tarikh mereka kasi ...
maka nya cik rai memilih 6 Feb, 3pm ...
dah confirm apoinment, baru la mereka kasi address ...
rupa-rupanya butik mereka di rumah ...
(terpegun sekejap tengok rumah Kak Zaifie :D )
chantekkk umah akak :)

jum kita tengok service apa yg mereka provide

THINGS THAT WE DO

• Wedding Planner
• Wedding Designer
• Exclusive Wedding Package
• Wedding Decoration
• Make-up Artist
• Bridal Make-up
• Engagement Package
• Dais/ Pelamin
• Bridal Room Deco
• Wedding Dress
• Bridal Shoes
• Accessories
• Hantaran Deco
• Bridal Bouquet
• Walk The Aisle & Arch
• Photog & Vidoe
• Professional Event
• Live Entertainment
• PA System
• Hantaran Deco Course
• Make-up Course
• Tailoring & Beading
• Baby Shower/ Cukur Jambul
• Door Gift & Such
• Lorry For Rent

(lengkap uolls ... sume ada)

WEDDING PACKAGES at Zaifie Zainal Creation

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
1. Pakej Pertunangan/ Pernikahan: Karmalisa & Karmalisa Eksklusif
2. Pakej Persandingan (Rumah): Nurkarma
3. Pakej Persandingan (Dewan):Nurzahraa
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Pakej Pertunangan/ Pernikahan Zaifie Zainal Creation 2012

>KarmaLisa
•pelamin mini (tilam, rumah, design sedia ada) |RM1000|
•persalinan tunang/ nikah P + aksesori, kasut, veil/tudung, bunga tangan artificial (sedia ada) |RM850|
•x1 make-up tunang/ nikah |RM500|

~Harga biasa RM2350
~HARGA PAKEJ RM2000
~kos pengangkutan luar kawasan RM150-RM350++
~rujuk bawah untuk sebarang penambahan atau penukaran item di dalam pakej.

*************************************

>KarmaLisa Eksklusif
•pelamin mini eksklusif (kerusi, rumah, design sedia ada) |RM1500|
•persalinan tunang/ nikah P + aksesori, kasut, veil/tudung (sedia ada) |RM1000|
•x1 make-up tunang/ nikah |RM500|
•x7 gubahan hantaran exclusive fresh flower |RM1100|
•x1 hand bouquet fresh flower |RM150|

~Harga biasa RM4250
~HARGA PAKEJ RM3500
~kos pengangkutan luar kawasan RM150- RM350++
~rujuk bawah untuk sebarang penambahan atau penukaran item di dalam pakej.

******************************************

Pakej Persandingan (Rumah)Zaifie Zainal Creation 2012

>Nurkarma
•pelamin bersanding (rumah, design sedia ada) |RM2500|
•persalinan sanding L/P sepasang, kasut P, aksesori, veil/selendang, samping, tanjak, bengkong, keris, rantai, & brooch |RM1500|
•x1 make-up sanding |RM500|
•x7 gubahan hantaran exclusive fresh flower |RM1100|
•x1 fresh flower hand bouquet |RM150|
FOC
•alatan merenjis
•kipas & bantal tangan

~Harga biasa RM5750
~HARGA PAKEJ RM4800
~kos pengangkutan luar kawasan RM150-RM350++
~rujuk bawah untuk sebarang penambahan atau penukaran item di dalam pakej.

****************************************

Pakej Persandingan (Dewan)Zaifie Zainal Creation 2012

>Nurzahraa
•pelamin Bersanding (design sedia ada) |RM5000
•x1 pergola arch |RM450|
•x10 flower stand |RM1000|
•wedding dress P, veil/ tudung, aksesori, kasut + sepasang Baju Silang L, samping, tanjak, bengkong, keris, rantai, brooch (sedia ada) |RM1500|
•x1 make-up sanding |RM500|
•standard meja makan beradab deco |RM500|
•x1 fresh flower hand bouquet |RM150|
•x7 gubahan hantaran exclusive fresh flower |RM1100|
FOC
•x2 bantal nikah bulat
•alatan merenjis
•kipas & bantal tangan

~Harga biasa RM10200
~HARGA PAKEJ RM9000
~kos pengangkutan luar kawasan RM150-RM350++
~rujuk bawah untuk sebarang penambahan atau penukaran item di dalam pakej.

******************************************
Add-on/ exchange:

*pelamin bawah khemah/ outdoor RM1500++ (RM500 safety deposit-refundable)

*standard arch RM200
*pergola arch RM450*cinderella arch RM450
*sitting arch RM350

*standard design flower stand x10 RM550
*standard meja makan beradab deco RM500++
*standard bridal room deco RM500++
*standard stair deco RM250++

*make up per session RM500

*x2 bantal nikah bulat RM250
*x2 bantal nikah empat segi RM100

*photo booth RM1500++

*sepasang baju melayu dan samping RM150
*tempahan baju sanding sepasang LP baru (sewa) RM2500++
*white wedding dress & tux RM800*songket (berinai) LP RM1000
*kostume (bollywood/ korea/ kimono/ jawa/ puteri zapin etc) RM200

*hand bouquet artificial RM25
*gubahan hantaran fresh flower per dulang RM150++


Menarik kan uolls??? :D
(kopipes je dari Facebook)


Perkara pertama yang cik rai tanya pada Kak Zaifie ialah pasal baju ni
*
*
*
*
*
*
*
uolls sume dah tau kan tema kaler wedding cik rai kaler apa?
hihihihi

*Baju ni tengah promotion*

RM550.00 sewa
sepasang LP• Sepasang baju P•
Veil & tudung• Aksesori• Hand bouquet• Kasut P •
Sepasang Baju Silang L • Samping, tanjak, bengkong• Keris, rantai, brooch
Offer start now until 15 MAC 2012!

tapiiiiiiiiiii, bukan kaler Navy Blue ...
ia nya seakan-akan kaler Royal Blue ...

dan memang betol sewa hanya RM550 ...
murah wehhh, sape tak nak, memang rugiiiiii ..
tapi cik rai x sewa yang ni .. huhu


Jom tengok baju-baju pengantin yg gojes milik Kak Zaifie

*kalau nikah pakai gini, havoc tak? *
hahaha


*suoer gojes uolls dress ni kalau tengok depan biji mata*
rasa macam nak pakai je ...
nak bergaya, hahaha ...
oh, tapi ini bukan lah tema kaler wedding kitorang :(


*satu lagi baju yg beliau berkenan*
Biru + Hitam
berat uolls baju ni ...
memang berbaloi dengan harga nya :D

*Terbaikkkk*


Contoh Gubahan & Pelamin by Zaifie Zainal Creation






nak tengok gambar lebih banyak lagi?

Contact Info:

Direct all ur inquiry about Zaifie Zainal Creation
email | zaifiecreation@yahoo.com
whatsapp & sms | +60 19 293 9023 | +60 16 263 0158
bbm | 23492763
viber | +60 19 293 9023

boutique is open by appointment only.
3 easy way to make an appointment :
bbm | whatsapp | sms |
whatsapp & sms | +60 16 263 0158
bbm | 23492763



Kami berempat sangat la berpuas hati dengan layanan Kak Zaifie & sangat teruja dengan baju-baju rekaan beliau ...

(oh yea, cik rai pegi butik ni dengan tunang cik rai, dan Tqah & pasangan nya)
InsyaAllah, kami datang lagi yea kak :D




Sunday, February 5, 2012

Bilik Pengantin ke ni?

ehem ... ehem ...
hari ni tibe-tibe cari ilham untuk hias bilik ...
mula-mula sekali fikir pasal cat ...
dah jatuh hati dengan kaler ni sejak melihatnya kali pertama ...
start dari kaler baju, kaler tema untuk wedding, sampai la ke dalam bilik nak kaler navy blue .. boleh? :D


*fevret*
paling suka ni ...
seswai utk bilik kat rumah FFIL

*gabungan kaler biru*

*yg ni rasa biasa je*

*suka kaler dinding tuuuu*

*chantekkk*
biru + sinaran mentari



xtau la bilik pengantin jadi cam ne ...
bilik xde tingkap ... sobs, sobs ...
tapi suka bilik beliau kat umah FFIL ..
nanti nak suruh beliau beli set bilik tidur kaler putih la :D





Ahlan wasahlan 12 Rabi'ul Awal 1433 Hijrah

assalamualaikum semua ...

Ahlan wasahlan 12 Rabi'ul Awal 1433 Hijrah ..

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad..





Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela




(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hukum Menyambut Maulid by Ustaz Azhar Idrus ( Original ).

ANTARA PENDAPAT ULAMA MENGENAI MAULID

Imam Jalaluddin Al-Sayuti (Lihat kitab: Husnul Maqsad Fi Amal Maulid).

Beliau ditanya tentang hukum perayaan Maulid pada bulan Rabiulawal: Apakah orang yang merayakannya mendapat pahala? Beliau menjawab: Perayaan Maulid pada hakikatnya ialah mengumpulkan kebanyakkan orang untuk membaca beberapa ayat al-Quran. Kemudian menjelaskan jalan-jalan dakwah sejak mula diutuskannya Rasulullah. Acara itu diisi dengan menghidangkan makanan sebelum para hadirin kembali ke tempat masing-masing. Dengan tidak berlebihan saya katakan bahawa perayaan semacam itu tergolong dalam bidaah hasanah yang bila dilakukan akan mendapat pahala. Mereka telah mengagungkan kedudukan Nabi S.A.W. dan menyatakan kesyukuran mereka di atas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. sebagai penghulu umat.


Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Lihat kitab: Iqtidha as-Shirath al-Mustaqin).

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.

Terdapat ramai lagi ulama yang turut membolehkan sambutan Maulidur Rasul ini antaranya seperti: Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Al-Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad al-Khazraji, al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki, Syeikh Atiyah Saqar, Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi, Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah dan lain-lain lagi.


PERINGATAN PENTING

Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:

Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).

Maksud kaedah ini (di atas) secara lebih jelas ialah kita tidak boleh menafikan, membantah, atau menuduh bidaah lagi sesat dan sebagainya kepada orang lain yang memilih salah satu pendapat dalam perkara agama yang berlaku perselisihan pendapat ulama padanya. Malangnya jika dilihat fenomena hari terdapat segelintir golongan yang menceburi lapangan dakwah Islamiah menyanggah kaedah ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang kesat kepada orang yang berpegang dengan perkara khilafiyyah yang tidak sealiran dengan mereka dengan mengkafirkan, memfasiqkan dan membidaahkan golongan tersebut. Malah mereka hanya menyeru orang lain supaya memahami dan menerima pendapat mereka sahaja sedangkan mereka tidak melihat terlebih dahulu keadaan tempat dan suasana pada ketika itu. Inilah antara masalah terbesar yang menimbulkan banyak kesan negatif kepada umat Islam semenjak sekian lama.


PENUTUP

Suka saya mengambil kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:

Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.

Di sini saya ingin menyeru kepada semua umat Islam agar sentiasa mengingati serta mendalami sirah baginda S.A.W. dan mengambil pengajaran daripadanya. Sayangilah dan hormatilah baginda S.A.W.






Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika
Sholawatullah alaika

Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau pelita yang gelap jiwa
Engkau kekasih yang di damba setiap wajah
Engkau Muhammad Ya Rasullallah

Allahumma Shalli alla Muhammad
Ya Rabbi Shalli alaihi wassalim
Ya Nabi Allah pelita hatiku
Penerang jiwa cahaya mataku

Ya Nabi salam alika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alika
Sholawatullah alaika...2x

Engkau cahaya menerangi kelam dunia
Engkau Muhammad Ya Rasullallah

Ya Nabi salam alaika Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika Sholawatullah alaika... 4x

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Marilah para sahabat, kita bermuahasabah. Pengorbanan yang dibuat oleh baginda saw terlalu besar. Sehingga, tidak mungkin bagi kita membalasnya. Namun, sekurang-kurangnya, berjanjilah kepada diri sendiri, kembalilah kepada amalan sunnah. Buat segala suruhan Allah dan tinggal segala larangan-Nya. Mudah disebut, namun susah dibuat. Tapi, usahalah sekadar kemampuan dalam keterbatasan kita sebagai makhluk. Allah'alam.
(dipetik dari wall FB Sham Kamikaze)


Saturday, February 4, 2012

Tempat MaduBulan & Honeymoon pilihan

ehem ... ehem ...
tajuk entry pilihan kali ini ialah MaduBulan - Honeymoon
tempat-tempat menarik yg menjadi impian weolls ...
wah impian laa sangatttt :D


Lokasi Satu:

*boleh agak tak uolls?*

Bora Bora Island ...
marbeles x hengat punye tempat ni ...
nak tau kat mana?
kat Laut Pasifik uolls ...
Ya Allah, jauh nya dr Malaysia terchenta ni :)

haaa, tengok uolls ...
chantek bukan???
keindahan alam ciptaan Allah swt

*Bora Bora Pearl*
chantek sesangat ni ...
beliau nak sangat pegi sini :p



Lokasi Dua:

*nampak tak uolls?*
Maldives Islands ..
kat Lautan Hindi ..

kat Maldives ni ada banyak pulau ...
nak tengok pulau-pulau yg chantek x hengat punye (ala-ala Bora Bora) boleh la klik link bawah ni haaaaaaaa
*
*
*
*
*


video ini dirakam dengan menggunakan Camera DSLR Canon 5D Mark II
camera fevret beliau ...
camera ni la beliau mencari rezeki :)


agak-agak filem 3 idiots ni shooting kat Maldives kot?


filem Kaho Na Pyar Hai ni shooting kat pulau mana plak?

Islam ialah agama rasmi di Maldives

Beliau kata "tak dapat pi Bora Bora pun xpa la, janji dapat pi sini"

haaa??? apa??? janji dapat pi sini? wahhh, ada peluang men-jejak-kan kaki ke sini agak nya :p



Lokasi 3:


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.


Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa sangat kecewa di atas keputusan tersebut.


Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.





ehem ... ehem ... kelas detik indah MaduBulan beliau ni ...
agak-agak mana satu yang akan weolls pergi?

hwaiting :D




Friday, February 3, 2012

Review: Penang Trip CNY 2012

ehem ... ehem ...
lama gila x hupdate Minda Serigala ...
rasa macam ada mende nak tulis tapi rasa macam malas nak taip.
maka nya, tak hupdate la haha ..
punye la pemalas ...

okeh, ni nak review Penang Trip Chinese New Year 2012 ...

mendapat la uolls tengok gambar banyak ni ...
sume gambar ni hak milik tunang cik rai .. cik rai xde camera .. apetah lagi henfon ber-kamera T_T

bergerak ke Penang dari Tg Malim pukul 7 pagi ...
nak tau canne trafik? cam ni haaaaa

Highway PLUS - Slim River - 7.20 pg ..
xtahan dgn jem sebab sume kereta berhenti terus, exit ke bidor, ikut jalan lama sampai ke Changkat Jering ...
oh, btw, beliau suka ikut jalan lama ...
sebab ... jalan lengang, bnyk selekoh, x mengantuk bila drive ..
kalo kat highway ngantok gila drive .. beliau kata laaaa

sampai Penang pukul 1 petang (lebih kurang la)
Jambatan Pulau Pinang x jem .. cuma jem kat Tol Juru je ..

smpai tgh hari kan, mesti la lapar nak lunch ...
cam bese la, menu fevret beliau ...
Nasi Kandaq ..
Resoran pilihan kali ini: Nasi Kandaq Deen

*ini pinggan beliau*
sama je cuma cik rai lauk sotong

siap pekena nasi kandaq, pekena kopi plak kat Papa Rich e-Gate
*sorry, xde gambar*

sebelah malam nye pulak, ada Futsal Gathering beliau bersama rakan2 sekolah dulu ...
Penang Free School 99
start pukul 8 malam ...
area: Gelugor

*1st time tengok beliau bermain bola*
arrgghhh, nak sign beckham!!! :p

geng2 wanita, para isteri ada 2 org, so bertiga la masuk cik rai ...
mereka berdua sibuk melayan anak, cik rai tengok game je laaaa :)
main futsal sejam je, then melepak di kedai berhampiran .. warmn down laaaa kan
pukul 11 malam, baru balik rumah ...
oh, FMIL sedang tunggu di rumah waktu ini ... huhu
dan malam itu jugak 1st time tido dengan mommy! heheh

esok nya, 22 jan, bangun awal pagi ... pukul 9.30 dh kua umah
sebab ... ikut beliau shoot wedding di Sg. Tiram, Bayan Lepas kalau x silap

*ini la pengantin nya*
photo by: Detik Indah Photography

seharian shoot sana, shoot sini, abis majlis pukul 4.30 ptg ...
rasa lapar ... singgah makan kat Kapitan Queensbay ..
Menu fevret ... sila tengok gambar

*Cheese Nan + Milani*
1st time makan ni masa datang Penang September Trip 2011 ..
sedap ohhhh
cik rai makan sorang je ni .. ada plak nescafe tarik, memang mabeles!!

siap je makan, jenjalan ke town ...
pegi town ikut Balik Pulau, tawaf Penang ...
sempat jugak singgah sini .. (sila tgok gambar)

Anjung Indah
*ops, guna gambar reena & tqah*
ini July 2011 Penang Trip .. masa ni belum kenal lagi beliau :p
opkos la masa singgah ni ada gambar berdua, tapiiiii uolls xleh tengok hahahaha
dasar kedekut :p

sampai saje di town, jalan lengang ...
wahhh? macam x caya jek ...
bergerak ke Batu Feringgi ... laju gila beliau drive sbb kereta x banyak ...
oOo memang gini eh Penang kalau time raya cina ...
lengang weh ...

destinasi berikutnya: Night Market
*ni la night market*
ops, gambar tqah tuuuu
yeah! gambar tqah lagiiii :p
lengang yg amat .. kedai pun x banyak yg bukak ..
kalau bukak pun, bangla yg jaga

dah puas jenjalan kat night market (x beli pape pun, hahaha)
pergi makan kat hillside ..
beliau sorang je makan .. cik rai kenyang lagi pekena cheese nan tadi :p
*lamb chop hillside*
oh yea, masa ni kami tak berdua ... ada 4 orang kawan beliau bersama isteri masing2 & anak masing2 :)

dah siap makan, lepak Restoran Makbool .. tengok bola Arsenal vs MU (kalau xsilap la) huhu
pd malam tu MU menang 2-1
tengok sedap2 tgok bola tetibe hujan .. masa tu game x abis lagi ...
berpindah plak ke restoran lain ..
ape ntah nama kedai tu .. rasa nya kedai tu pernah kuar dlm cite anak mami ..
oh, lupa ingatan!!!

balik pukul berapa? opkoz la pukul 3.30 pagi huhu ...

keesokan hari nya, 23 jan ... bangun pagi xde la awal sangat .. pukul 10 kut
siap2 sarapan, duk sorang2 kat ruang tamu, ber-fesbok guna ipad mommy, rasa nak tertido balik .. rasa nya terlelap kut kat sofa ... hahaha

dalam pukul 3 ptg gitu, kua la jenjalan ...
destinasi nak ke Muzium Perang ...

masuk pulau naik feri ...
sila lihat laut yg tenang itewww ...
*rindu nya laut*

*keadaan dalam feri*

ada kisah nya naik feri ni ...
jalan jem ok! sejam kut berbaris nak beli tiket ..
oh, itu tunggu beli tiket, nak berbaris tunggu feri plak pastu ...
perut plak mintak di-isi ... lapar ok sbb makan sarapan awal :(
last2 cancel pegi Muzium Perang sebab dah petang sangat ...

so, destinasi berikut nya: jalan-jalan cari makan ...
Padang Kota Lama
*Hameed Pata Mee Sotong*
rasa dia manis, lambat sikit la tekak ni nak telan ..
tp beliau selamba je makan laju ...
sebab beliau dh biasa makan

nasib ada cocnut shake ...
so makan mee berselang seli dgn air ..
baru tekak laju nak telan ...

nak tau kat mana lokasi mee sotong ni? (sila tengok gambar berikutnya)

haaaa, nampak?
satu-satu nya padang yg ada kat padang kota ..
betul2 sebelah padang ni ..
view baik punye ... berangin jek

dah siap makan mee, cancel ke muzium perang, pekena kopi la macam biasa ..
kami berdua xbleh tinggal kopi ...
destinasi: Kopitan ...
pekena Tiramisu Ice Blended & White Coffee

sorry, xde gambar

sedang beramas mesra di Kopitan, beliau kata "pas ni lepak Hard Rock nak?"
wahhh!!! sape la yg xnak kan?
dengan pantas nya cik rai meng-angguk tanda setuju ...

and yeah! kalau semalam jalan nak ke Batu Feringgi lengang, tapi tidak pada hari ini .. jalan agak sesak, smpai la ke Hard Rock Hotel ..
oh, cina sudah kembali berniaga ... cuti 1 hari jek???

sampai saje di Hard Rock Hotel, terus ke Restoran Pizzaria (btol ke eja)
pekena pizza ... layan romantika la plak kat sini ..
x ramai orang ...
mat salleh je ada ...
angin plak sepoi2 je sebab tepi pantai kan ..
tapi x sempat jenjalan tepi pantai sebab lepas makan tu hujan plak
sedeyyy :(

*jenuh nak perabih*

*nice shot*
salad tu sangat sedappp

lepas makan, lepak kejap kat area live band hotel ...
layan kejap, pastu blah ...
next time tunggu dah sah suami isteri baru la bleh check in sini plak hahaha :p

destinasi berikutnya: x terus balik rumah ... masih awal, baru pukul 10 malam ...
so, lepak lagi ...
pukul 2 pg baru balik ...

esok nya, 24 jan ... x kemana ... duk rumah je ... bangun awal, kul 8.30 pagi sebab memang dah niat nak tolong FMIL .. tolong FMIL kemas2 rumah .. rumah baru renovate, so banyak nk kena kemas ... sian mommy sorang2 buat keje, nasib ada cik rai yang ringan tulang membantu .. ahaks
petang nya sempat la pegi ziarah atok beliau kat kampung ... dekat je dgn umah FFIL .. 1st time jumpa atok & makcik2 beliau :)

esok nya lagi, 25 jan, bergerak pulang ke KL pukul 3.30 petang ...
sampai Bentong pukul 10.30 malam ...
dan beliau selamat sampai ke rumah pukul 12.15 tgh malam ...
straight from Penang - Tg Malim - Batang Kali - Genting - Bentong - KL

perjalanan yg jauh ...
alhamdulillah selamat sampai ...

okeh, itu saje review kali ni ...

oanjang jugak entry ni rasa nya hahahaha

SEKIAN ...


Wednesday, February 1, 2012

1.2.12

ehem ... ehem ...

1st entry in February ...
hari ni 1.2.12
makna nya ...
sudah 31 hari berlalu as tunangan orang ...
wahhh gitooooo ...

jum review balik 1.1.12
2 keping gambar jek ni ...


ada 3 barang yg sama ...
5 barang yg sama ...
konon nya 3 berbalas 5 laaaa ...
tapi yg 3 tu bukan dari pihak lelaki ...
pihak lelaki bg 5 barang ..

sebenarnya ini bukan hantaran bertunang ...
ini sebagai hadiah sebab datang merisik, meminang & bertunang terus ...
bak kata FMIL, x sedap plak datang meminang tangan kosong je ...
maka nya, ada la ..

Sirih Junjung
buah-buahan (FMIL sponsor)
kek (1st SIL sponsor)
coklat (2nd SIL sponsor)
sepasang baju kurung pahang (FMIL sponsor)

dan semua hantaran ni digubah oleh adik beliau, my 3rd SIL ...
see, cik rai ada 3 org ipar ...
2 kakak, 1 adik :)
semuanya perempuan :p

cik rai hanya balas dengan
buah-buahan tempatan (bakul tu FMIL guna letak buah jugak)
puding (FMIL nk pulang pinggan, tp cik rai kata x payah, amik je)
kuih akok (bakul tu FMIL simpan jugak .. siap berplastik lg)


nak tengok gambar kami semua?
ni ada kat bawah ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
alhamdulillah ...
semua nya sangat ramah ...
so bila dah ramah ni, xde la segan silu nak bersembang ke hape ..

mak cik rai ada jugak tanya ..
"canne duk umah bakal mertua?"

"OK" cik rai jawab ...

ko memang laaa ... pandai layan orang tua ..

hoyeah! dats the way i am ...
and that's the spirit ...


~~~~~~sekian~~~~~~