" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Anniversary

Saturday, February 4, 2012

Tempat MaduBulan & Honeymoon pilihan

ehem ... ehem ...
tajuk entry pilihan kali ini ialah MaduBulan - Honeymoon
tempat-tempat menarik yg menjadi impian weolls ...
wah impian laa sangatttt :D


Lokasi Satu:

*boleh agak tak uolls?*

Bora Bora Island ...
marbeles x hengat punye tempat ni ...
nak tau kat mana?
kat Laut Pasifik uolls ...
Ya Allah, jauh nya dr Malaysia terchenta ni :)

haaa, tengok uolls ...
chantek bukan???
keindahan alam ciptaan Allah swt

*Bora Bora Pearl*
chantek sesangat ni ...
beliau nak sangat pegi sini :p



Lokasi Dua:

*nampak tak uolls?*
Maldives Islands ..
kat Lautan Hindi ..

kat Maldives ni ada banyak pulau ...
nak tengok pulau-pulau yg chantek x hengat punye (ala-ala Bora Bora) boleh la klik link bawah ni haaaaaaaa
*
*
*
*
*


video ini dirakam dengan menggunakan Camera DSLR Canon 5D Mark II
camera fevret beliau ...
camera ni la beliau mencari rezeki :)


agak-agak filem 3 idiots ni shooting kat Maldives kot?


filem Kaho Na Pyar Hai ni shooting kat pulau mana plak?

Islam ialah agama rasmi di Maldives

Beliau kata "tak dapat pi Bora Bora pun xpa la, janji dapat pi sini"

haaa??? apa??? janji dapat pi sini? wahhh, ada peluang men-jejak-kan kaki ke sini agak nya :p



Lokasi 3:


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.


Pulau ini pernah sama-sama dituntut oleh Malaysia dan Indonesia. Isu tersebut telah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Dengan bukti yang disiapkan Malaysia dan dengan sokongan British, Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia bersama-sama dengan Pulau Ligitan pada 2003. Keputusan ini berdasarkan "penguasaan berkesan" (effective occupation) yang ditunjukkan oleh British (bekas pengkoloni Malaysia sebelum ini), dan ketiadaan tuntutan yang lebih baik. Kerajaan Indonesia mengulas rasa sangat kecewa di atas keputusan tersebut.


Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya. Warna-warna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens Drop Off (terletak berhampiran jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral Gardens.





ehem ... ehem ... kelas detik indah MaduBulan beliau ni ...
agak-agak mana satu yang akan weolls pergi?

hwaiting :D




4 comments:

lenepawida said...

bestnya! one of my destination pun sipadan gak! hehe.

btw kaho naa pyar hai tu kat phuket tak silap :)

-Lene b2b

Serigala Maroon said...

lene! jum honeymoon sesama hihihi

Reena Kamarudin said...

bora-bora tempat kardashians melepak. wah.

Serigala Maroon said...

hoyeah bebeh! =)