ehem ... ehem ...
wah, tajuk! awal gila update untuk xtvt minggu depan.
semangat ok! semangat! heheh
bermula 16 April hingga 15 Jun 2012, Pameran Raja Kita sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang julung kalinya akan diadakan di Istana Negara lama.
buat pengetahuan semua, cik rai pernah jejak kaki di perkarangan istana negara sahaja ... x pernah masuk dalam pun ... itu pun sebab berpeluang join Hi-Tea sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin ..
maka nya masa tu berpeluang la merafak sembah dengan Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Tuanku Nur Zahirah.
lama uolls nak tunggu salam, beratur panjang ...
makanan super sedap! super banyak!
so, minggu depan plaan nak pergi pameran ni ...
jum uolls!
Dijangkakan seramai 200,000 pengunjung termasuk pelancong asing akan mengunjungi pameran, yang diadakan setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong, sepanjang dua bulan ia diadakan, katanya.
"Ini satu kelainan kalau lima tahun yang lalu kita buat di Muzium Negara, kali ini keputusan jemaah menteri supaya kita buat di Istana Negara lama, antara lain untuk bawa balik nostalgia kerana Tuanku Abdul Halim sendiri pernah bersemayam di sini.
"Kita berharap dengan tempoh yang lama (pameran selama dua bulan) dan pameran yang kita adakan adalah satu pameran yang sangat-sangat menarik di mana antara segmennya termasuk dari sejarah Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke pemerintahan Agong ke-14 sekarang, jadi kita berharap rakyat akan datang beramai-ramai apabila ianya dibuka," katanya. - BERNAMA
" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)
No comments:
Post a Comment