" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, July 6, 2011

PDRM & ATM Pamer Kekuatan

KUALA LUMPUR 5 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mempamerkan keupayaan masing-masing melalui Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu pertunjukan demonstrasi menangani perhimpunan jalanan di negara ini.

Demonstrasi membabitkan kekuatan seramai 120 anggota FRU dan 120 anggota Batalion 25 RAMD itu adalah hasil kerjasama operasi dan latihan kedua-dua organisasi tersebut yang dirancang sejak dua tahun lalu.




Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rasid, demonstrasi itu tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Ia merupakan strategi 'Lautan Biru' yang dijalankan berterusan menerusi Jawatankuasa Penyelaras Operasi dan Latihan PDRM dan ATM sejak 2008 bagi mempelajari antara satu sama lain dari sudut logistik dan penggunaan tenaga untuk menjaga ketenteraman awam.

"Demonstrasi itu pertama kali dipertontonkan kepada umum dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan perhimpunan haram Bersih.

"Kita buat demonstrasi itu sebab menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang kami terima (PDRM dan ATM)," katanya.

Demonstrasi itu turut mempamerkan pasukan FRU dan Batalion 25 RAMD menangani keadaan huru-hara yang dimulakan 30 perusuh selain lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

No comments: