" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Sunday, July 10, 2011

pepatah arab ...


pepatah/peribahasa ARAB

MENGINGATI pepatah atau peribahasa Arab dapat membantu penguasaan kita dalam Bahasa Arab.Kata-kata atau tulisan tanpa dalil akan terasa tiada serinya,jadi perencahnya adalah seperti pepatah Arab selain Alquran,Hadis dan Syair.Antaranya:



إِنَّ العِلْمَ عَزِيزٌ، إِذَا أَعْطَيْتَهُ كُلَّكَ أَعْطَاكَ بَعْضَهُ وَ إِذَا أَعْطَيْتَهُ بَعْضَكَ
لَمْ يَعْطِيكَ شَيْئاً


Sesungguhnya ilmu itu mulia. Jika kamu menyerahkan seluruh usahamu kepadanya, ia akan menyerahkan sebahagian dirinya kepadamu. Dan jika kamu hanya menyerahkan sedikit sahaja usahamu kepadanya, ia tidak akan menyerahkan dirinya langsung kepadamu

عَلَى قَدَّ لحافكَ مَدَّ رَجُلَيْكَ

Lunjurkanlah kakimu setakat yang mampu ditutupi selimutmu (yakni belanja sekadar keperluan)

القَرْدُ فِي عَيْنِ أُمِّهِ غَزَالٌ

Seekor monyet adalah seekor gazel (sejenis rusa kecil) di mata ibunya
p.s.
Gazel adalah haiwan yang cantik pada pandangan orang Arab

النَّاسُ عَلَى دِينِ مُلُوكِهِمْ

Agama raja itulah agama rakyat

سَيِّدُ القَوْمِ خَادِمُهُمْ

Ketua sesuatu kaum adalah orang suruhan mereka

إِذَا كَانَ صَاحِبُكَ عَسْلاً لاَ تَلْحِسْهُ كُلَّهُ

Jika temanmu adalah madu, jangan jilat dia sama sekali

الشَّكَوَى سِلاَحُ الضُّعَفَاءِ

Aduan adalah senjata orang lemah


مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Sesiapa yang berusaha, dia yang mendapat hasilnya

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ
Sesiapa yang menanam, dia yang menuai hasilnya

الوَقْتُ كَالسَّيْفِ
Masa itu bagaikan pedang

الجَارُ قَبْلَ الدَّارِ
Pilihlah jiran dahulu sebelum kediaman

العَقْلُ السَّلِيمُ فِي الجِسْمِ السَّلِيمِ
Minda yang sihat berada pada badan yang sihat

هِمَّةُ الرِّجَالِ تَهْدِمُ الجِبَالِ
Kemahuan lelaki dapat meruntuhkan gunung


No comments: