" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, July 6, 2011

Program RADA

Program Rakan Antidadah (RADA)

Keanggotaan Sukarela oleh Warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas

Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing.


Objektif Program Rakan Antidadah (RADA)

Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya

Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri

Meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran belia tentang penyalahgunaan dadah

Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah

Menggembleng seluruh tenaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi

Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong menolong

Bantu membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah

Memperkembangkan aktiviti anti dadah dalam kalangan belia

Menggerakkan belia bagi memastikan setiap keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah

No comments: