Wednesday, June 29, 2011
Henpon ... pon
Peristiwa Israk & Mikraj
Selepas pembedahan selesai, maka Baginda di Israk oleh Malaikat Jibrail dan juga ditemani oleh Malaikat Israfil dengan menaiki Buraq. Berbagai tempat dikunjungi oleh Baginda ketika Israk . Setiap kali berhenti Malaikat Jibrail mengarahkan Baginda melaksanakan solat Sunnat 2 rakaat. Tempat-tempat yang dikunjungi ialah :
- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Baginda akan melakukan hijrah.
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa as menerima wahyu daripada Allah.
- Baitul-Laham (tempat Nabi Isa as dilahirkan).
Baginda juga dapat melihat berbagai peristiwa yang menarik, seperti :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Baginda diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad kejalan Allah (Fisabilillah) yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
- Tempat yang berbau wangi. Baginda diberitahu oleh Jibrail :“Itulah bau kubur Masyitah iaitu tukang sisir rambut anak Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang telah direbus oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah dan ia tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan.”
- Sekumpulan orang yang sedang menghantukkan kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, kepala mereka disembuhkan kembali, lalu dihantukkan semula sehingga pecah pula. Demikian perbuatan ini diulang berkali-kali. Jibrail memberitahu Baginda: “Itulah orang-orang yang berat kepala untuk sujud (sembahyang) kepada Allah.”
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka juga dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail : “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.”
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba.”
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:“Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:"Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : "Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah iaitu mencela dan menghinakan orang.”
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail : “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Baginda tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : “Itulah dunia.” Jika Baginda memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat."
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Baginda berhenti. Baginda tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
- Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
- Langit Pertama: Baginda dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam as Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
- Langit Kedua: Baginda dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa as dan Nabi Yahya as.
- Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
- Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.
- Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
- Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa as. Baginda mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
- Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Baginda, Nabi Ibrahim as bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitulah La Haula Wala Quwwata Illa Billah". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim as bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Wal-Hamdulillah, Wa Lah Ilaha Illallah Allahu Akbar Dan Wa Lah Haula Wa Lah Quwwata Illa Billahil- 'Aliyyil-'Azhim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Baginda dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
- Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Baginda menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
- Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Baginda masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
- Tangga Kesepuluh: Baginda sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Baginda. Allah swt : “Ya Muhammad.”Baginda : “Labbaika.” Allah swt : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.” Baginda : “Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.” Allah swt : “aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang”
- Selesai munajat, Baginda di bawa menemui Nabi Ibrahim as kemudian Nabi Musa as yang kemudiannya menyuruh Baginda merayu kepada Allah swt agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Peristiwa Israk dan mikraj merupakan bukti kekuasaan allah kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Peristiwa ini juga sebagai ujian kepada umat Islam, kerana mengikut logik akal peristiwa ini tidak benar dan tidak boleh sepantas 1 malam berlaku. Tetapi iman seseorang itu akan membenarkan peristiwa ini adalah benar dan merupakan peristiwa yang bersejarah kepada umat Islam.
Tuesday, June 28, 2011
Al-Fatihah - I/SP NUR AIN KAMIS
Monday, June 27, 2011
The Sniper, 2009
Sunday, June 26, 2011
terjebak suda ...
Saturday, June 25, 2011
Gambar yg dimuat naik boleh di zoom! TERUJA ^_^
Statistic Minda Serigala: Teruja kejap
Elak rahsia pertahanan bocor
sumber : utusan malaysia
KUALA LUMPUR - Pengamal media di negara ini disaran supaya peka berhubung jenis maklumat yang akan mereka sampaikan kepada orang ramai bagi mengelakkan rahsia pertahanan negara bocor ke tangan musuh.
Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, penyiaran gambar-gambar sensitif berkaitan ATM misalnya boleh mendedahkan aset pertahanan negara kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Dalam memastikan keselamatan maklumat strategik daripada jatuh ke tangan musuh, pihak media diharap dapat memberikan perhatian yang serius berhubung gambar-gambar di kawasan sensitif dan aset strategik negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Sebagai contoh, katanya, rakaman pesawat Sukoi milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) dari jauh sememangnya mempunyai nilai kewartawanan kepada golongan tersebut, namun rakaman dari dekat sehingga memperlihatkan jenis teknologi yang digunakan pesawat itu akan memberi maklumat kepada musuh tentang kemampuan pesawat berkenaan.
"Pengamal media turut disaran untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan ATM dalam merealisasikan perkongsian maklumat seperti memberikan input berguna bagi tugas risikan terhadap ancaman dalam bentuk tradisional mahupun bukan tradisional," ujarnya.
Salam Rindu
Terangi malamku teringat padamu
Dan kukirimkan salam tentang rasa rinduku
Bersama angin malam, kusetia menunggu
Mimpikan .. mimpikan aku, oh sayangku
Peluk erat hati ini dan jagalah selalu
Dan kan kudendangkan lagu ini untukmu
Dengarlah ...
Dengarlah ... sayang
Ingatlah saat kita bersama
Kau pegang tanganku, kutatap matamu
Semua terasa indah tak seorangpun mengganggu
Bersedih dan tertawa, kita tetap bersatu
Bintang benderang secerah hatiku
Yang selalu terbayang kekasihku sayang
Di setiap mimpimu ku kan selalu berdendang
Dengarlah ...
Dengarlah ... sayang
Kuatkanlah dinding hati
Janji kita tak akan pernah terbagi
Biar malam terus berganti
Yakinlah kau tetap bungaku
Genggam erat hatiku ini
Kan kuciptakan damai untukmu
Biar bulan terus berlalu
Yakinlah kau tetap bungaku
Yakinlah kau tetap milikku
Yakinlah kau tetap bungaku
Sayangku ...
Friday, June 24, 2011
Dunia yg Kecik
Harimau Malaya Mengaum di Bumi Sendiri
Thursday, June 23, 2011
DSA 2012
KUALA LUMPUR 22 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjadikan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 sebagai platform meningkatkan kemampuan perangnya.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya bercadang meningkatkan keupayaan kuasa tembak, mobiliti serta sistem komunikasi Tentera Darat sempena DSA 2012, tetapi enggan menjelaskan apa perolehan baru yang bakal dibuat.
"Perancangan ini memang telah digariskan untuk perolehan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Kita memang bercadang meningkatkan kuasa tembak, mobiliti dan sistem komunikasi," katanya selepas majlis pelancaran DSA 2012 di sini hari ini.
Ditanya sama ada perolehan baru itu termasuk sistem meriam bergerak (SPH), Zulkifeli berkata, beliau tidak boleh mengesahkan perkara itu buat masa ini, tetapi mengakui sistem persenjataan tersebut tersenarai dalam perolehan untuk meningkatkan kuasa tembak Tentera Darat.
"Sistem SPH memang termasuk dalam perancangan kita untuk meningkatkan kuasa tembak, tapi tentang perolehan buat masa ini saya tidak boleh sahkan," katanya.
Sistem SPH buatan Korea Selatan yang dikenali sebagai K9-Thunder dikatakan antara persenjataan baru yang bakal dibeli memandangkan meriam tersebut telah lama disenarai pendek oleh ATM bagi menyokong unit kereta kebal PT-91M.
Meriam SPH direka khusus untuk menyerang kedudukan musuh yang berada dalam lingkungan jarak melebihi 40 kilometer dengan kadar kepantasan tembakan mencecah antara enam hingga lapan pusingan seminit.
MAS & Airbus A380
Measurement | A380-800 | A380-800F |
---|---|---|
Cockpit crew | Two | |
Seating capacity | 525 (3-class)
644 (2-class) 853 (1-class) | 12 couriers |
Length overall | 72.73 m (238.6 ft) | |
Wingspan | 79.75 m (261.6 ft) | |
Height | 24.45 m (80.2 ft) | |
Wheelbase | 33.58 m (110.2 ft) wing landing gear
36.85 m (120.9 ft) body landing gear | |
Wheel track | 12.46 m (40.9 ft) | |
Outside fuselage width | 7.14 m (23.4 ft) | |
Outside fuselage height | 8.41 m (27.6 ft) | |
Maximum cabin width | 6.58 m (21.6 ft) Main deck
5.92 m (19.4 ft) Upper deck (floor level) | |
Cabin length | 49.9 m (164 ft) Main deck
44.93 m (147.4 ft) Upper deck | |
Wing area | 845 m2 (9,100 sq ft) | |
Aspect ratio | 7.5 | |
Wing sweep | 33.5° | |
Maximum taxi/ramp weight | 571,000 kg (1,260,000 lb) | 592,000 kg (1,310,000 lb) |
Maximum take-off weight | 569,000 kg (1,250,000 lb) | 590,000 kg (1,300,000 lb) |
Maximum landing weight | 391,000 kg (860,000 lb) | 427,000 kg (940,000 lb) |
Maximum zero fuel weight | 366,000 kg (810,000 lb) | 402,000 kg (890,000 lb) |
Typical Operating empty weight | 276,800 kg (610,000 lb) | 252,200 kg (556,000 lb) |
Maximum structural payload | 89,200 kg (197,000 lb) | 149,800 kg (330,000 lb) |
Maximum cargo volume | 176 m3 (6,200 cu ft) | 1,134 m3 (40,000 cu ft) |
Maximum operating speed
at cruise altitude | Mach 0.89 (945 km/h, 587 mph, 510 knots) | |
Maximum design speed
in dive at cruise altitude | Mach 0.96
(at cruise altitude: 1020 km/h, 634 mph, 551 knots) | |
Take off run at MTOW/SL ISA | 2,750 m (9,020 ft) | 2,900 m (9,500 ft) |
Range at design load | 15,400 km (8,300 nmi, 9,500 mi) | 10,400 km (5,600 nmi, 6,400 mi) |
Service ceiling | 13,115 m (43,028 ft) | |
Maximum fuel capacity | 323,546 L
(85,472 US gal) | 310,000 L
(81,893 US gal), 323,546 L (85,472 US gal) option |
Engines (4 x) | GP7270 (A380-861)
Trent 970/B (A380-841) Trent 972/B (A380-842) | GP7277 (A380-863F)
Trent 977/B (A380-843F) |
Thrust (4 x) | 311 kN (70,000 lbf) – 355 kN (80,000 lbf)
|
Airline | First commercial flight |
---|---|
Air France | 20 November 2009[215] |
Emirates | 1 August 2008[77] |
Korean Air | 17 June 2011[216] |
Lufthansa | 6 June 2010[217] |
Qantas | 20 October 2008[78] |
Singapore Airlines | 25 October 2007[73]
|