" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, November 30, 2011

WW - 1





^_^

3 gojes Wedding Event

ehem ... ehem ...
entry kali ni update 3 event sekali ..
sume ni gambar2 wedding kawan-kawan ...


26.11.11 - Shikin ...
kawan sejak kecik .. masa kecik dulu, sama-sama duk kuarters bomba, sama-sama pegi sekolah jalan kaki .. sama-sama bermain bila waktu petang .. skrg ni plak umah pun x jauh, 1 taman jugak, depan umah je ...

tapi kan, terlupa pulak nak amik gamba sikin .. leka sangat duk sembang dengan pakcik-pakcik & makcik-makcik bomba (lama x jumpa la kan) sampai terlupa nak masuk umah, jumpa pengantin ... kesimpulan nya, xde la gambar kenangan bersama pengantin ..



** ni la Sikin**
siti! aku curik gambo ko dgn sikin kat FB :)



dah siap makan kat kenduri sikin, bergerak pulak ke Karak dalam kul 1 gituuuu ...

26.11.11 - Hawa
Hawa ni kawan 1 sekolah menengah .. masa sekolah dulu xde la rapat sesangat dengan hawa ni sebab dia bukan geng kitorang ... tp sejak ada FB ni, baru la kitorang rapat .. masa tu masing2 dah sambung belajar ..

ok, jum tengok gambar hawa kahwin ..


**paling suka gambar ni**




**ok, peluk-peluk .. nak balik dah**



**Selamat Pengantin Baru Hawa & Anuar**



**cuba tengok Atiqah Liyana**


lepas berpanas-panas di kenduri hawa, kami semua ke Bentong ..
memula pegi cari baju untuk reena .. ok, dah dapat baju, lepak old town plak.



**espresi wajah di old town**


**dua-dua ni nama Farah**
kalau reena panggil Farah, mesti aku sekali nak toleh ... damn!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

27.11.11 - Rozidah (Uteh aka buteh)
okeh, hari ni bestfren cik rai plak kawin ..
kawan 1 sekolah, 1 geng ..
kitorang sampai je, pengantin tengah berarak ..
baru 5-6 langkah gitu, tetiba azan zohor berkumandang ..
alahai, dah tau dah nak masuk waktu zohor, kenapa x tunggu zohor dulu?
x pasal-pasal pengantin kena berdiri di tengah jalan ..
dah abes azan, baru berarak semula ...


**ok, ada zura di situ**
lama gila x jumpa dia ...
lagi sekali sila tengok Atiqah Liyana



**cuba tengok Atiqah Liyana**


**apa yang kelakar nya AzReena???**



**Pelamin Impian Uteh**


**Meja Makan Beradab Uteh**


**ni je la 1 gambar dengan Uteh nye punnnn**


selepas berpanas-panas di kenduri uteh, maka lepak di Secret Resepi la plak ...


**geng laki-laki**



yeahhh!!!

Saturday, November 26, 2011

Melawan kanser payu dara

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payu dara. Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu. Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Kehilangannya akibat barah tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita.

Justeru, MBF Cards (M) Sdn Bhd dengan Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur (PPPKL) telah mengadakan ceramah kanser payu dara dan rahim Julai lalu. Dalam pada itu, meneruskan Kempen Kesihatan Merah Jambu, kedua-duanya menawarkan pakej kesihatan termasuk vaksin HPV, pemeriksaan payu dara dan pap smear bernilai RM 580 di PPPKL.

"Tidak dinafikan menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah. Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan perlukan pengetahuan dan mengambil tindakan segera, berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini," jelas Pakar Pembedahan Kanser Payu Dara PPPKL, Dr Azlina Firzah Abdul Aziz.

Dr. Azlina menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedah kepada masyarakat pada peringkat usia remaja.

Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 ke atas.

"Pada tahun 2003 hingga 2005, sebanyak 11952 kes kanser payu dara telah dilaporkan. Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang masih muda," tambahnya.

Buat wanita di luar sana, nasihat Azlina,

"Amalkan pemakanan yang seimbang dan pakai pakaian dalam seperti coli yang sesuai. Itu saja. Tidak kiralah ketika hamil, datang bulan dan sebagainya. Sama saja nasihatnya.

"Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling.

"Saya kenal orang yang sudah kehilangan payu dara dan trauma yang terpaksa dilalui amat perit. Kos rawatan untuk kemoterapinya juga sangat tinggi," ujarnya


**************************************

alhamdulillah ... emak cik rai berada dalam keadaan sihat walafiat setelah menjalani pembedahan kanser payudara pada tahun 2009 ..
nak masuk 2 tahun dah ...

tidak dinafikan, kos perubatan seperti kemoterapi & radioterapi sangat tinggi ..
tapi, kami bersyukur sangat sebab ...

1. kami sekeluarga langsung tidak mengeluarkan sebarang kos rawatan kerana emak menjalani rawatan di Hospital Kerajaan, Hospital Kuala Lumpur ..

2. bersyukur juga sebab abah masih dalam perkhidmatan kerajaan ...
so, just guna Guaranty Letter (GL) saja ...

3. kami dapat 1 pasukan doktor pakar yang sangat berkaliber dalam pembedahan & rawatan pesakit kanser ..
Terima kasih doktor sekalian .. terutamanya Dr. Ellyza (owner Klinik Ellyza) & adik beliau, Dr. Azian (Dr. Pakar Bedah HKL)

4. semangat emak & kami sekeluarga sangat kuat ...

5. in term of perbelanjaan, kami hanya menggunakan duit untuk kos pergi balik Bentong-HKL (minyak kereta + tol) setiap hari & perbelanjaan makan & minum ..

6. cik rai tak pernah kesal sebab x bekerja, tapi bersyukur sangat sebab dapat jaga emak di rumah sepanjang rawatan kemoterapi pada tahun 2009 (setahun buat rawatan ni) .. selepas pembedahan, jaga emak di HKL selama 1 bulan 7 hari ...

Masuk ward - 1 Disember 2009
Operation - 4 Disember 2009
Discharge - 7 Januari 2010


7. syukur & terima kasih pada saudara mara & kawan-kawan yang tak henti bertanyakan khabar cik rai & emak semasa di HKL ...

terima kasih pada yang datang melawat ..



**4th December 2009**


Nasihat cik rai, jika ada saudara mara atau sahabat kalian dijangkiti kanser payu dara, jangan sisihkan mereka sebalik nya pujuk mereka supaya buat rawatan susulan ... sentiasa berjumpa pakar ..


Hadith Qudsi: "Berilah berita gembira, sungguh Allah bersabda: "Sakit merupakan api-api Ku yang Aku kuasakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar daripada api itu menjadi penghalang di akhirat kelak." (HR Ibn Majah)




Friday, November 25, 2011

Jeng, jeng, jeng ...

ehem ... ehem ...

uolls nampak tak apa yg cik rai nampak??
something new kat Minda Serigala ni ..
ce teka .. ce teka ...
kalau dah nampak, bgtau cik rai ..
kalau x nampak lagi, jum layan cerita ni dulu ...

okeh, malam ni td cik rai ber-dinner di KFC ..
bukan Khairul Fahmi CheMat yea ... (goalkeeper Malaysia yg hot tu)
bukan, bukan, bukan ...

KFC - Kentucky Fried Chicken :D

sebab musabab makan KFC malam ni:
(bak kata bakal suami: canne selera kfc lak mlm ni?)

pertama: mak cik rai teringin benor makan ni ha ..
*
*
*
*

**cheesy wedges**

ehem, ehem, fevret cik rai & bakal suami jugak ni ...


then, mak teringin benor nak makan ni ha ..
*
*
*
*


**coleslaw KFC**

cik rai order yg besor td .. x abis makan bleh bawak balik :D


sebab kedua ialah: nak belanja abah cik rai makan sebab beliau telah bertungkus lumus memotong rumput di halaman Homestay Seri Raihana :)

ni la upah dia ... senang kan bg upah gini ...
*
*
*
*


**dinner plate**


setiap set kat KFC sekarang ni suma nya dah naik harga ..
yela, harga ayam kan dah naik melambung ..
kalau dulu, bawak seploh henget (RM10) pegi KFC, kompem dpt makan set dinner plate ni..
tapi sekarang, x cukup dowh ...
harga dinner plate ni RM12.90 ...
kalau x silap sen nye la ...
yg pastinya 12 henget :(


ahha, cik rai plak makan mende alah ni ha ...
*
*
*
*

**gile besar kau**
kenyang x hengat punyer ..


Introducing the new Double Zinger Burger.
“It’s not just Big. It’s EPIC.”
Towering with cheese, two chunky Zinger fillets, pineapple, fresh lettuce, mayo and tangy salsa sauce all stacked between toasted kaiser bun.

Combo: RM 11.90
A la Carte: RM 8.50
**For a limited time only**

bagi yg belum merasa & menikmati burger ni, baik pegi cuba ..
kalau tengok je xtau rasa apa kan ..
hahaha ..




eh, korang dah dapat teka ke?
apa yg something new tu???

ala, tak dapat ke?
















ni ha laaaaa ..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

**nampak x kat atas tu ...
kat bawah caption blog ...
11 bulan, 2 minggu & 1 hari je lagiiiiiiii untuk majlis perkahwinan
\O/ \O/ \O/

Thursday, November 24, 2011

ailebiu - Part 4

ehem ... ehem ...

korang pernah rasa disayangi, saling menyayangi & sangat2 sayang la dalam erti kata lain ... pernah? pernah? mesti la pernah kan ... terutamanya sayang pada keluarga ... siapa lagi yg nak sayang kalau bukan keluarga kita sendiri...

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
korang pernah disayangi oleh lelaki yg akan menjadi suami korang x lama lagi?
pernah tak? pernah tak? pernah tak?
hebat oh perasaan tu ...
ini bukan kisah sayang boipren ... tp ini kisah sayang menyayangi bakal suami ...
hebat perasaan yg Allah bagi ni, syukran Ya Allah :)

sebab entry ni ada sayang-sayang gitooooo ialah, ada sesuatu untuk tatapan uolls nanti ...
kalau nak tau, sila tunggu okeh!
insyaAllah akan di-publishkan on January 2012 ...

Wednesday, November 23, 2011

Lagu Semangat Harimau Malaya - Selamanya

ehem .. ehem ..

minggu ni Malaysia agak popular ... semuanya gara-gara bola sepak ...
terbaru, Malaysia juara bola sepak utk SEA GAMES di Indonesia ...
sana sini situ bercerita pasal harimau baham garuda ...
alhamdulillah Malaysia menang kan ... menang penalti plak tuuuu ...
(org lain dah lama update malaysia menang kat blog, tp cik rai baru nak hupdate, haha)

rasa best jugak la tengok bola malam tu, sebab bakal suami ada sekali ... tengok sesama uolls ... ni second time la tengok bola sesama kat rumah ... first ari tu tgok game MU (Manchester United) duk lawan apa ntah ... lupa ...

tgok game MU sesama kat mamak pun pernah .. masa kat Penang ari tu.. tp utk separuh masa pertama la ... separuh masa kedua kitorang sambung tgok kat umah kakak beliau ... yeahh, kali ni tgok dengan kakak & abang ipar beliau :D

then, malam ni td Malaysia kalah plak dengan Syria .. kalah 0-2 ... tinggi btui org2 syria ni ... lari pun laju jek memasing ...

okeh, jum layan lagu Harimau Malaya ...





Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah

Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat
Pernah kah ada harimau yang jinak
Jawapan nya tidak semestinya lincah
Penyokong di stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia kami ceria

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang




Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya


Lagu Selamanya by Ultras Malaya Feat Altimet, Joe Flizzow dan Carleed Khaza

Sunday, November 20, 2011

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines

wallawey ... suara ini budak!!

enjoy the song! yeah!!!!






You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living behind

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Saturday, November 19, 2011

Marathon Movie: Van Damme

ehem ... ehem ...

akibat xbleh tido, maka terjadi la marathon movie ...

malam ni td layan movie dari Jean-Claude Van Damme (panjang sungguh nama)

mula-mula tengok cerita ni ...
*
*
*
*
*
*
*

**Until Death**

cerita ni tahun 2007 ...

oh, untuk makluman cerita ni action/thriller ...

seorang detektif narkotik tp penagih dadah jenis heroin. setelah ditembak dalam 1 gunfight, dia koma .. beberapa bulan kemudian, dia sembuh & tekad untuk perbaiki hidup ...
nak tau cerita selanjutnya, uolls tengok la sendiri ..
hahaha ... gelak kejam


dah abis cite tu, tengok cite ni plak ...
*
*
*
*
*
*
*

**Double Team**
1997

Van Damme sebagai counter-terrorist, Jack Quinn ...

dalam cite ni suka part canne dia kuat semangat untuk pulih dr kecederaan .. dia punya training gempak x hengat uolls ..

nah, tengok ni ...
*
*
*
*
*


gempak kan?
dia guna dinding & palang atas tu je untuk pulihkan kaki dia.
pastu bleh plak angkat bath tab menggunakan bahu ... hahaha
pastu menyelam dalam air, dari nyalaan sebatang rokok hingga lah rokok itu bertukar menjadi puntung rokok ...

wahhh, gitoooooo



nak tau lebih lanjut, baik uolls tengok sendiri ...
mmg cun ah cite ni ...


yeahhh, mari kita mengenali Van Damme dgn lebih detail



tua dah kau ... umur dia 51 .. sebaya dgn abah cik rai

Location : Brussels, Belgium

Birthday : 18 October 1960
About FB : ► Now playing: - • Assassination Games ► Coming soon: - • Dragon Eyes • Universal Soldier IV • The Butcher • The Expendables 2

Awards ★ Nominated: -
* [1992] MTV Movie Award - Most Desirable Male for Double Impact.
* [1993] MTV Movie Award - Most Desirable Male for Nowhere to Run.
* [1994] MTV Movie Award - Most Desirable Male for Hard Target.
* [2001] Video Premiere Award - Best Actor for Replicant.
* [2009] Chlotrudis Award - Best Actor for JCVD.

Birth Name : Jean-Claude Camille François van Varenberg

Nickname : The Muscles from Brussels

Birth Place : Berchem-Sainte-Agathe, Brussels, Belgium

Profession:
Actor / Fight Choreographer / Writer / Editor / Producer / Director

Height/Weight:
5' 9" (1.75 m) / 176 lbs (80 kg)

Spouse:
Gladys Portugues

Children:
Kristopher, Bianca & Nicholas

Parents/Sibling:
Eliana & Eugène van Varenberg, (parents) / Véronique, (sister)

Fight Career:
Former European Professional Karate/Kickboxing Association Middleweight Champion [1977 - 1981]

Martial Arts:
Shotokan Karate - Kickboxing (Muay Thai) - Kung Fu - Tae Kwon Do - Full Contact

Quote:
"I am the Fred Astaire of karate."

Personal interests
Filmmaking - Martial Arts - Bodybuilding - Fine Arts - Pets


okeh, comin soon dia The Butcher (Six Bullets)


Friday, November 18, 2011

ailebiu - Part 3

ehem ... ehem ...

cuba uolls teka gambar kat bawah ni menunjukkan apa?






**cepat teka**

ailebiu - Part 2

ehem ... ehem ...

tepat jam 2239 hrs td, tetiba ada la sms terjah masuk kan ...
ingat kan bakal suami ...
tapi 22628 ...
ala, maxis ni ... suka nau anta mesej ...

tp bila baca mesej tu, terkejut cik rai kau!!!

RM0.00: Successful reload to 0177***77* . Amount RM30

(no tepon banyak no 7, hihi)

ini apa punya stail topup ni? nak kata org salah masuk kan topup, x jugak.
sebab kalau pegi kedai hp, masuk topup guna hp, mesti dia mesej successfully topup with RM?? .. tp ni siap ada RM0.00 ... pastu mesej dia pendek gitu jek ...

masa dapat mesej ni, cik rai tengah sembang dengan ibu, sambil siap-siap kan bekas hantaran (opss, hantaran kau .. hihi)
cik rai pun bgtau la ibu ...

"bu, along dapat free topup bu ... maxis bagi"
"ha, untung la ... " ... ibu cakap

sesambil sembang & teman ibu tu, cik rai ber-YM dengan bakal suami ... then, bgtau la beliau dapat topup free .. pastu dia bleh cakap
(eh, bukan cakap, taip kat ym)

"haha, sy yg reload :p"

eleh, ye la tu .. cik rai x caya kau .. haha

"lah, x caya?" si bakal suami kata

pastu tetibe masuk lg 1 mesej ... dari bakal suami la kan .. bukti dia yg reload ...
wah, terbukti terus kau ...




**hp buruk je kau**



then, cik rai tanya lagi, "nape tetibe reload utk sy?"

"saja nak blanja" si bakal suami cakap

wah, sengal kan pegi tanya nape tetibe reload ... hahaha




p/s: rugi topup 5 henget td ... x pasal2 kredit ada 35 henget huhu

Doaku Untukmu Sayang

kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan aku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu sayang

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada ilahi
tuk satukan kami disurga nanti







taukah kamu apa yang ku pinta
disetip doa sepanjang hariku
tuhan tolong aku tolong jaga dia
tuhan aku sayang dia

(tuhan tolong aku juga jaga dia, tuhan akupun sayang dia)








Thursday, November 17, 2011

Kawan nak kawin, tapiiiiiiiiiii

ehem ... ehem ...
ari ni nak share sikit rasa yg terbuku dalam hati ni ...

uolls nak tau x .. cik rai dikejutkan (wahh, kejut la sangatttt) oleh 1 sms ... dr kawan baik cik rai ..

"aku sebenarnya x sangka .. tp x nak wat cam mana .. janji ko dengan aku dr bulan 6 tuk jadi pengapit.. tp org lain yg jemput ko, dah dekat yg ko terima .. actually sedih .. tp anyway thanx inform .. mungkin sebab aku x taja apa-apa kan .. ok la bye .. "


mak aiii ... terkejut cik rai uolls ... 2-3 ari sebelum ni cik rai msg, bgtau x dapat datang ... jauh kau .. kat melaka nun ... sebab2 x dapat datang ialah kawan cik rai masa kecik pun kawin pada hari yg sama .. itu x kisah la nak kawin sama tarikh ke x kan .. tp yg cik rai kisah nya, rumah dia betul2 depan rumah cik rai .. x elok la x pegi kan ... yg jauh kau pegi, yg dekat kau x dapat pegi .. setahu cik rai, kita mesti utama kan majlis yg dekat dahulu ...

ok, itu 1 hal ... hal lain plak, pasal yg taja-taja tu ... watthe cakap cenggitu? cik rai balas sms kawan cik rai tu ... cik rai cakap

"la, x baik ko cakap cam tu .. aku mintak maaf sangat2 .. ko pun tau apa kekurangan aku kan"

hal dia kat sini, cik rai memang x mampu nak pegi rumah dia .. paham2 je la .. cik rai ni x bekerja .. tahun depan turn cik rai plak kawin ... x keje pun kena kumpul duit jugak kau!!! so, bila dah x mampu nak pegi, kita bgtau awal la ... kebetulan ada alasan yg kukuh ... so?

x sangka plak bleh dapat SMS cam tu .. siap cakap, "ok la bye" ... wahh, nampak sangat kau macam dah xnak kawan dengan aku ..

cik rai bgtau la bakal suami .. dia kata cik rai x bersalah sebab dah inform awal sebelum majlis dia .. at least dia sempat lg cari pengganti .. so, si bakal suami suruh cik rai lupakan saja, jangan amik hati ... kalau dia masih nak berkawan, nanti pandai la dia cari semula .. huhu ..

sedih uolls .. ingat ke dia sms pujuk ke, merayu ke suruh datang ... ini bleh cakap ok la bye .. nampak sangat dia touching & sentap ... kalau kau dekat, aku gigih jugak pegi, tp jauh kau ... kat Melaka sana ... T_T sabauu je laaaaaaaaaaaa

Cara Mendoakan Pasangan Pengantin

Anjuran Supaya Mendoakan Pasangan Pengantin

Di antara keindahan di dalam Sunnah adalah mendoakan kebaikan, keberkahan, dan memohonkan keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang mengundang ke majlis makan (walimah). Di antara doa-doa yang disunnahkan kepada kita untuk berdoa dengannya adalah sebagaimana berikut:

Doa untuk pasangan pengantin:

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadith ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz)


Rasulullah s.a.w berkata kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf:

بَارَكَ اللهُ لَكَ

“Semoga Allah memberkahimu…” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5169)


Doa ketika Rasulullah menikahkan ‘Ali dengan Fatimah:

اَلَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارَكَ لَهُمَا فِيْهِمَا فِيْ بِنَائِهِمَا

“Ya Allah, berkahilah mereka berdua dan berkahilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 160, Media Hidayah)


Doa untuk orang yang mengundang makan:

Rasulullah s.a.w mendoakan untuk Abdullah bin Busr r.a dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:

اَلَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِر لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ

“Ya Allah, berkahilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Hadith Riwayat Muslim, no. 1615)

Dan dianjurkan bagi mereka yang diundang untuk mengucapkan terima kasih di atas undangan yang diberikan. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4811)


Mengucapkan Ucapan Yang Tidak Disyari’atkan

Adalah tidak dibenarkan meninggalkan ucapan-ucapan (doa) yang telah sedia dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w seperti yang disebutkan di atas, lalu diganti dengan ucapan-ucapan yang tidak sewajarnya. Sebagai contoh, pada masa ini begitu ramai yang mempopularkan bentuk-bentuk ucapan seperti:

“Selamat pengantin baru.”

“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”

Ada pun sebenarnya, ucapan-ucapan seperti ini telah pun disentuh oleh para ulama sejak awal lagi. Di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menjelaskan: “Perkataan ini biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah sehingga ucapan ini dilarang.” (Fathul Bari, jil. 9, m/s. 222. Rujuk: Abu Hafsh Usamah, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 232, Pustaka Ibnu Katsir)

Ini adalah kerana, Rasulullah s.a.w sendiri telah melarang perbuatan seperti itu sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Uqail bin Abu Thalib. Ini berlaku di ketika ‘Uqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan: “Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”

‘Uqail pun berkata, “Janganlah kamu mengucapkan seperti itu (kerana Rasulullah telah melarangnya).” Mereka pun bertanya, “Jadi, apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?” ‘Uqail berkata, “Ucapkanlah: Semoga Allah memberkahimu di dalam kesenangan atau pun kesusahan”. Begitulah kita diperintahkan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, ‘Abdurrazzaq, Ahmad. Rujuk: al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 162, Media Hidayah)

Wednesday, November 16, 2011

tema kahwin

ehem ... ehem ...

entry x menahan sikit kali ni ...
ye la ... beberapa bulan je lagi kan ..
nervous x hengat punye uolls .. huhu

inilah yang dikatakan penantian satu debaran ..
ececeh ...


nak tanya sikit, apa tema perkahwinan impian uolls?
tema ni contoh nya uolls suka yg macam garden wedding, vintage wedding, autumn wedding dan yg sewaktu dengannya ...

pada cik rai, xde nya nak bertema-tema bagai ni ...
tp teringin nak deco sendiri ... hihihi
si bakal suami pun ada cakap, kalau pelamin buat sendiri cool kan?
yeahh, its cool babe!
ari tu pegi nilai pun dah pening2 nak pilih .. hahaha



lagi satu ...
warna tema perkahwinan
contoh nya uolls nak kaler apa sebangai tema ...
merah? ungu? kuning? hijau? kelabu? coklat?

cik rai masih tercari-cari apakah warna tema perkahwinan nanti
sebab bagi cik rai yang penting pilih baju dahulu ..
nak yg design canne, kaler apa yg seswai dgn design tersebut ..
bila dh dapat baju, baru pikir warna tema .. huhu
selalu nya warna tema ni org pilih untuk pelamin sume tu la ..
dan pendapat cik rai ni disokong oleh salah seorang kenalan, owner butik pengantin ..
dia sendiri cakap pilih baju dulu, pastu baru pilih tema :D



minat dengan bunga tangan dia ...
bunga ros biru ...



okeh, ni nak share link sikit ..
bg yang pening2 & masih tercari2 warna tema ...
jum klik ni ...

bleh la tengok-tengok ...
kut ada yg berkenan ..
bleh buat rujuakn ..

All About Us

Take my hand, I'll teach you to dance
I spin you around won't let you fall down
Would you let me lead? You can step on my feet
Give it a try, it'll be alright

The room's hush hush and now's our moment.
Take it in, feel it all and hold it
Eyes on you, eyes on me.
We're doing this right.






'Cause lovers dance when they're feeling in love
Spotlight's shining it's all about us it's all about us
And every heart in the room will melt
This is a feeling I've never felt
But it's all about us

Suddenly I'm feeling brave
I don't know what's got into me
Or why I feel this way
Can we dance real slow?
Can I hold you real close?

The room's hush hush and now's our moment
Take it in, feel it all and hold it
Eyes on you, eyes on me we're doing this right

Do you hear that love? they're playing our song
Do you think we're ready? Oh I'm really feeling it
Do you hear that love? Do you hear that love?



p/s: cik rai peminat setia Owl City ... hihihi

Tuesday, November 15, 2011

Statistic Terkini Minda Serigala

ehem ... ehem ...

statistik terkini Minda Serigala ...






ada jugak yg nak baca blog yg mengarut ni ..

tq gyus! happy reading! hihihi

Ilmu benteng penyelamat diri

Kisah Abu Yazid Al-Bustami

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan

Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat. Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"

Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

"bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH." Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."

Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.

"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu."

"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.

"Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi.

"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu.

"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Kandungan dialog ketua paderi dengan Abu Yazid Al-Bustami

Pertanyaan Ketua Paderi & Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya

Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya

Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya

Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4. Yang empat tiada limanya

Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya

Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya

Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya

Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh

Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna

Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas

Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12. Yang dua belas

Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas

Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.

Jumlahnya tiga belas.


14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga

Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka

Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata

Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia

Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa

Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra

Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra

Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra

Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas

Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya

Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh.

Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi.

Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan.

Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk.

Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi.

Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat.

Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh.

Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30. Wanita yang paling utama.

Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khadijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama

Gunung Tursina

32. Binatang yang paling utama.

Kuda.

33. Bulan yang paling utama.

Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama.

Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta’mah

Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan.

Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji.

Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu.

Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir.

Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad

Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram.

Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42. Maksud keldai Makwak.

Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak.

Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda.

Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta.

Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul.

Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak.

Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus.

Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat.

Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih...

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.

Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.





sumber: www.al-azim.com


Monday, November 14, 2011

Friend Request + Gambar

ehem ... ehem ...
selamat hari isnin semua ...

okeh, entry kali ni nak meng-gedix sikit ... sikit je, x banyak .. hihihi

semalam ada la kawan si bakal suami ni buat friend request ...
tapi disebabkan cik rai belum bertemu lagi dengan mereka, so rasa macam ..
nak confirm ke xnak? nak confirm ke xnak?

then, bgtau la si bakal suami ni ... yg kawan dia request friend dengan cik rai ...

nak tau si bakal suami cakap apa???


yeah, smlm lps shoot sy lepak ngn dia, pastu bini dia nmpk wallpaper hp saya ada gmbr awk huhu...

pastu cik rai rasa macam, yeke? hihihi ... then, trus confirm friend ...
bakal suami kata, kawan dia tu antara yg confirm nak datang bentong nt .. alamakkk, ramai nya nak datang ... segannn huhu
yeahhh, ramai dah kawan2 dia add FB cik rai ... masheh! :D


ok, sekian ...

p/s: itu je gambar berdua yg ada dlm hp si bakal suami tuuu ... nama je photographer kan, tp gambar berdua ada la sekeping dua gitu ... kat dslr dia pun bleh kira gambar cik rai ada berapa :( dia xtau yg cik rai ni kuat bergambar ... hahaha, tunggu la nanti :D

gambar kahwin 11.11.11

jum tengok gambar ...




gojes la dress ko dik ...
jelezzz :p


yeahhh ... macam kembar plak dengan dik mira ni


mas kahwin ... RM1111.11


sign surat nikoh weiii ...


pelamin mereka ...
merah + putih ...


upload lagi ... hihihi

Sunday, November 13, 2011

Benar Mencintai ...

Jika benar kau mencintaiku
Jangan selalu kau paksa diriku
Untuk mencari pengantimu
Yang telah engkau pilih
Dalam dakapan cinta yang tulus


Andai benar aku di hatimu
Jangan biar kenangan lenyap dari ingatanku
Yang tercipta dari sanubari
Dalam belaian kasih yang suci

Tak mungkin ku mencari cinta yang tak pernah
Merasakan kasih dan getaran di jiwa
Kerna ku tak sanggup
Ku tak sanggup kehilangan dirimu

Tak mungkinku merasakan getaran cinta
Takkan pernah terbahagi untuk dirinya
Kerna sakit ku rasa
Mencintai dia yang tak pernah ku cinta

Tak sanggup ku merasakan getaran cinta
Takkan bisa ku lakukan untuk dirimu
Kerna risau yang ku rasa
Memiilikimu yang tak dapat ku cinta

Tak mungkin ku mencari cinta yang tak pernah
Merasakan kasih dan getaran di jiwa
Kerna ku tak sanggup ( kau tak sanggup )
Ku tak sanggup kehilangan dirimu ( kehilangan diri ku )

Tak mungkinku merasakan getaran cinta
Takkan pernah terbahagi untuk dirinya
Kerna sakit ku rasa
Mencintai dia yang tak pernah ku cinta



kahwin 11.11.11

ehem ... ehem ...

wiken yg agak busy ... sebuk dengan kerja kawin ...
wahhh, gitooo ..

okeh, xnak cite panjang ...

Selamat Pengantin Baru buat adik tersayang ...
Nurul Safina & Insp. Wan Shahidan ..
moga bahagia milik kalian selama nya ...


Solemnization - 11.11.11




Reception - 12.11.11



*Insp. Shahidan & Safina*


oppsss ... cik rai tidak berbaju kurung ...
sebab nya masa ni dah nak balik KL ...

selamat tinggal Batu Pahat ...
tahun depan geng Batu Pahat kena datang Bentong plak ...

hutang darah dibayar darah tau! ahahah

Wednesday, November 9, 2011

ailebiu

ailebiu ... ailebiu ... ailebiu

wahhh, amende tu??? hihihi


sebenar nya kan ...
rasa bertuah sangattt sejak akhir-akhir ni ...
rasa bersyukur sangattt ... dapat menikmati nikmat yg tuhan bagi dalam hidup ni ...
rasa gembira sangattt ... sebab dikelilingi orang2 yg tersayang terutamanya keluarga ...
rasa bahagia sangattt ... sebab ada yg menyayangi & disayangi .. ada yg menyintai & dicintai ...
rasa bertuah sangattt ... sebab dapat menikmati segala dalam waktu yg tidak dirancang ...

great, greater & greatest moment ... sume nya berlaku sekelip mata ...
dalam bulan2 yg mulia plak tuuu ... Ramadhan, Syawal & Zulhijjah 1432
wahhh gitooooo ...
alhamdulillah ...

setelah segalanya berlaku secara tidak dirancang, kini dah boleh start merancang ... moga Allah permudahkan segalanya ...

ailebiu sayang (^^)v

Friday, November 4, 2011

still keep in touch, tapi tak touching ...

ehem ... ehem ...

entry kali ini ter-hupdate akibat drpd gejala x bleh tidor malam. macam serigala. keluar memburu di waktu malam. siang ia tidor ...
tp cik rai ni xde la keluar memburu .. kang buat nya terserempak dengan orang minyak, canne? takottt ohh ...

okeh, berbalik pada entry ...

ari ni nak share gambar ...
yg relate dengan tajuk entry kali ni ..

"still keep in touch, tapi tak touching"
(pelik jek bunyik)

secara terus terang nya, nak share la sahabat2 yang still keep in touch atau dalam erti kata lain x pernah lost kontek ...
ni la dia ...
*
*
*
*
*
*

*atas - dari kiri: pali, farah (cik rai), epui*
*bawah - dari kiri: tqah, madir, reena*

okeh, mari mengetahui canne cik rai mengenali mereka ...

Kapten Pali: mula berkawan sejak darjah 6 (sekolah lain, tp tempat tuisyen sama) .. sama sekolah menengah .. abis sekolah dia masuk KTD (Kolej Tentera Darat) .. hentak2 kaki nak jadi askar ..

Incik Epui: sama-sama sekolah rendah .. tp x cam dia kelas mana .. yg pastinya sekolah menengah memang sama sejak form 1 sampai form 5 .. 1 kelas plak tuuuu..

Puan Majistret Tqah: yg ni lagi hebat .. sama-sama tadika (taski ABIM), sama sekolah rendah, sama sekolah menengah (sama kelas), sama Universiti (tp course lain2)

Incik Madir: sama sekolah menengah .. sejak habis sekolah, setiap kali raya mesti datang beraya kat umah .. tp sekelas dgn madir ni form 1 sampai form 3 jek .. pastu dia pindah MRSM (budak pandai matematik)

Datin Seri Reena: sama sekolah menengah (sama kelas) .. 1 geng jugak .. sama la macam tqah tu .. dan sama universiti jugak ..



mari kita lihat gambar masa kitorang sekolah dulu ...


**form 2**
2RK1


**form 3**
3RK1



**jamuan kelas masa form 3**



**form 4**
4 Pengajian Islam

masa form 4 terpisah dgn pali .. dia kelas Sains Tulen ..
tp masih lg kekal sahabat ...
sebab kelas PI & ST selalu bergabung utk subjek teras ..



**form 5**
5 Pengajian Islam



**under uniform based, best man tu maksud nya PENGAPIT**
yg hebat nya, kitorang pernah bergaduh masa sekolah, pastu baik ..
ada banyak konflik antara kami bertiga ni ..
yg pastinya cik rai selalu kena buli ..
lagi2 dengan epui ..
pastu pali ada la backing sikit2 ..





dan, akhir nya ...
*
*
*
*
*



ni la kitorang yg sekarang ..
tp ni gambar tahun lepas ...
Datin Seri Reena xde plak kat sini ...

oh, lupa ... antara kitirang ber-enam ni,
madir dah kahwin ...
epui dah bertunang ... nak kawin bln 12 ni

so .. pali, farah, tqah & reena masih single :D




sekiannnn ... nak cuba pegi tidor jap ...

ari ni nak dating .. peace yawww

Malcon Isaf bukan sekadar pasukan perubatan

RISIKO keselamatan termasuk serang hendap pemberontak sama ada menggunakan bom buatan sendiri (IED), pengebom berani mati atau periuk api sentiasa menjadi cabaran bagi Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Ke Afghanistan (Malcon Isaf) di Bamiyan, Afghanistan.



Meskipun lokasi penugasan mereka diisytihar wilayah selamat berbanding Kabul dan Kandahar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan setiap pegawai dan anggotanya dilindungi.

Ia termasuk melengkapkan pasukan tersebut dengan senjata jenis Raifal M4 Carbine 5.56mm dan MGR Minimi 5.56mm, memakai topi dan jaket kalis peluru selain menggunakan kenderaan khas dilengkapi teknologi keselamatan serta sistem komunikasi terkini.

Walaupun bumi Bamiyan menjadi tarikan pelancong kerana pemandangan alam di kawasan lembah subur yang meliputi Danau Band-i-Amir di barat wilayah tersebut, ia pernah bermandi darah sebelum ini dengan beberapa kejadian serangan terhadap anggota pengaman Amerika Syarikat (AS) yang diserang menggunakan IED tidak jauh dari pangkalan mereka.

Namun, cabaran sebenar menanti pegawai dan anggota Malcon Isaf ialah faktor cuaca, termasuk musim sejuk ekstrem sepanjang Oktober hingga Februari, dengan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius di bawah paras beku pada waktu puncak.

Apabila tiba musim salji, pasukan tersebut turut terdedah dengan ancaman salji runtuh kerana kebanyakan operasinya bertumpu di lokasi berisiko iaitu perkampungan di kawasan bukit dan pergunungan.





okeh, ini best fren cik rai ...

Kapten Fadzly ...
kawan sejak darjah 6 sampai la sekarang ..
umur pun masing2 dah 26 tahun ...
tahun ni dia ke Afghanistan, untuk Misi ISAF ni la ..
dia berlepas 27 October 2011 yg lalu ...


ini la satu2 nya kawan lelaki yg agak rapat, nak share masalah, nak mencarut, nak maki hamun suma boleh la dengan dia ...
x makan hati punye ...
walaupun dia pernah cakap dengan cik rai,
"pergi mampos la"

ok, mula2 terasa, tp lama2 pikir, ayat tu bukan untuk cik rai pun ...
dah memang perangai dia gitu ..
panas baran ... memang xbleh kontrol ...
hahaha ...

oh, btw dia bukan pasukan perubatan (jgn keliru dgn tajuk)

kelebihan dia ialah paratrooper ...
(ala yg terjun2 payung tuuuuu)
askar perang baikkk punyerrr :D

okeh, selamat berjuang! selamat kembali ke tanah air dengan selamat nya ...

aku doakan yg terbaik untuk kau pok!!!

**sorry curik gambar kat FB**