adawiyah.koh@utusan.com.my
SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit payu dara. Lebih-lebih lagi, hilangnya teman ketawa senda seperti dulu. Wanita pula semakin kurang keyakinan apabila kehilangan perhiasan diri itu. Mungkin itulah aset keindahan wanita. Kehilangannya akibat barah tetap memberikan kesan mendalam kepada wanita.
Justeru, MBF Cards (M) Sdn Bhd dengan Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur (PPPKL) telah mengadakan ceramah kanser payu dara dan rahim Julai lalu. Dalam pada itu, meneruskan Kempen Kesihatan Merah Jambu, kedua-duanya menawarkan pakej kesihatan termasuk vaksin HPV, pemeriksaan payu dara dan pap smear bernilai RM 580 di PPPKL.
"Tidak dinafikan menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah. Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan perlukan pengetahuan dan mengambil tindakan segera, berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini," jelas Pakar Pembedahan Kanser Payu Dara PPPKL, Dr Azlina Firzah Abdul Aziz.
Dr. Azlina menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedah kepada masyarakat pada peringkat usia remaja.
Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 ke atas.
"Pada tahun 2003 hingga 2005, sebanyak 11952 kes kanser payu dara telah dilaporkan. Di Asia seperti Malaysia, statistik mengikut umur amat berbeza dengan negara barat. Di sini, mereka dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an juga berisiko. Kebanyakan kes melibatkan mereka yang masih muda," tambahnya.
Buat wanita di luar sana, nasihat Azlina,
"Amalkan pemakanan yang seimbang dan pakai pakaian dalam seperti coli yang sesuai. Itu saja. Tidak kiralah ketika hamil, datang bulan dan sebagainya. Sama saja nasihatnya.
"Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling.
"Saya kenal orang yang sudah kehilangan payu dara dan trauma yang terpaksa dilalui amat perit. Kos rawatan untuk kemoterapinya juga sangat tinggi," ujarnya
**************************************
alhamdulillah ... emak cik rai berada dalam keadaan sihat walafiat setelah menjalani pembedahan kanser payudara pada tahun 2009 ..
nak masuk 2 tahun dah ...
tidak dinafikan, kos perubatan seperti kemoterapi & radioterapi sangat tinggi ..
tapi, kami bersyukur sangat sebab ...
1. kami sekeluarga langsung tidak mengeluarkan sebarang kos rawatan kerana emak menjalani rawatan di Hospital Kerajaan, Hospital Kuala Lumpur ..
2. bersyukur juga sebab abah masih dalam perkhidmatan kerajaan ...
so, just guna Guaranty Letter (GL) saja ...
3. kami dapat 1 pasukan doktor pakar yang sangat berkaliber dalam pembedahan & rawatan pesakit kanser ..
Terima kasih doktor sekalian .. terutamanya Dr. Ellyza (owner Klinik Ellyza) & adik beliau, Dr. Azian (Dr. Pakar Bedah HKL)
4. semangat emak & kami sekeluarga sangat kuat ...
5. in term of perbelanjaan, kami hanya menggunakan duit untuk kos pergi balik Bentong-HKL (minyak kereta + tol) setiap hari & perbelanjaan makan & minum ..
6. cik rai tak pernah kesal sebab x bekerja, tapi bersyukur sangat sebab dapat jaga emak di rumah sepanjang rawatan kemoterapi pada tahun 2009 (setahun buat rawatan ni) .. selepas pembedahan, jaga emak di HKL selama 1 bulan 7 hari ...
Masuk ward - 1 Disember 2009
Operation - 4 Disember 2009
Discharge - 7 Januari 2010
7. syukur & terima kasih pada saudara mara & kawan-kawan yang tak henti bertanyakan khabar cik rai & emak semasa di HKL ...
terima kasih pada yang datang melawat ..
**4th December 2009**
Nasihat cik rai, jika ada saudara mara atau sahabat kalian dijangkiti kanser payu dara, jangan sisihkan mereka sebalik nya pujuk mereka supaya buat rawatan susulan ... sentiasa berjumpa pakar ..
Hadith Qudsi: "Berilah berita gembira, sungguh Allah bersabda: "Sakit merupakan api-api Ku yang Aku kuasakan kepada hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar daripada api itu menjadi penghalang di akhirat kelak." (HR Ibn Majah)
1 comment:
teringat jaga abg aku lukimia kt HKL masa tahun 2004-2005
Post a Comment