" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, July 31, 2012

Genap Setahun Ketentuan Allah SWT

ehem ... ehem ...

31 Julai ...
genap setahun ketentuan Allah swt
syukur Ya Allah
Takdir Mu telah mempertemukan kami

tempat pertama kami bertemu :)



Cinta Pandang Pertama???

hehehehehehehehehehehehe





p/s: Ya Allah, permudahkan lah urusan perkahwinan kami .. 


Ramadhan 11: Resepi ayam masak merah sunquick

ehem ... ehem ...

apakah? first & last entry resepi ramadhan masa 1 ramadhan kot
kenapa?
*mak jemah tanya*
9 ramadhan sebelum ni kau tak masak ke cik rai?

amboiiiiiiii mak jemah!
laserrrrrr nya kauuuuu
kasi laser mulut tu baru tau! LOL

ok berbalik pada resepi kita hari ini
*sambil menggayakan tangan*

Bahan-bahan nya ialah


bawang merah
bawang putih
halia
cili kering (rebus dgn air panas yea mak jemah)

*semua bahan ini ditumbuk*
nak kisar pun boleh tapi sebab ni 1-2 org je makan, so tumbuk saje laaaaaaaaa
buat apa nak bazir letrik?
menumbuk boleh eksesais sket hahahahahahhaha


mula-mula WAJIB goreng ayam

dah siap goreng, tumis semua bahan yang di tumbuk
pastu masuk kan sos
1 sudu kecik oren sunquick
garam & gula secukup rasa


SIAP!!!!!!!


buka puasa kang boleh makan






p/s: syok la blogging .. guna henpon jek ... snap gambo terus upload & BlogIt
*jakun*


Friday, July 27, 2012

Apabila Tiga Minggu Tidak Bertemu

ehem ... ehem ...

tetiba lama plak tak hupdate
konon nak hupdate at least 1 entry 1 hari
tapi bila malas, apa pun tak boleh LOL

hari ni,
*eh silap 25hb patut nya*
dah dapat tshirt free Bride & Groom
alaaaaa, yang join contest hari tu [Klik SINI]

TERIMA KASIH


hari ini jugak rasa best sebab dapat jumpa setelah 3 minggu tidak bertemu
ku merindui mu 
*chewaaahhh*

oh Ramadhan 1433H ini genap setahun usia perkenalan kita
hari ini hari pertama kita berbuka puasa bersama
lokasi buka puasa : Caffeiness, Kg Pandan

hari ini dapat tengok cerita Batman: The Dark Knight Rises
oh maannn! kenapa best sangat cerita ni?
rasa nak tengok lagi 143 kali
memang tak puas kalau tengok sekali jek

kalau ada yang belum tengok, pegi la tengok cepattttttt


dan lagi, pada hari ini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*surprise*


Terima Kasih sayang!!!




p/s: Lumia tidak ... Note pun tidak ... sekali Experia kau! hahahahaha kau ada?
simpan kotak elok-elok ... nanti boleh buat hantaran hihihihi
setel dah 1 dulang ... 6 more dulangs yea Diwant hahahahaha



Tuesday, July 24, 2012

Sami Yusuf - You Came To Me (Feat. Dato' Siti Nurhaliza)

ehem ... ehem ...

ce korang dengar lagu ni
*
*
*
*
oh! sejak bilakah Sami Yusuf duet dengan Dato' Siti ni?
You came to me - Sami Yusuf ni memang salah satu fevret song cik rai


You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you


VERSE 2 – Siti Nurhaliza

Di kau hadir, Kala ku sedih
Sendirian dan hilang
Di kau hadr, kala aku
mendambakan petunjuk jalan

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

Telah kau datang
teranglah alam
daku perlukanmu
ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you


tetiba rasa macam cun plak spek siti tuh
tetibe rasa macam nak macam tu jugak
*banyak la punya rasa*
hahahahhahahahahaha


kan???
cun kan spek dia?
jenama apa lah tu yeak?




Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan: Resepi Ayam Kashmir

ehem ... ehem ...

entry ber-resepi 
*wahhh gitooooo*

resepi 1 Ramadhan ialah Ayam Kashmir
dapat resepi ni dari rancangan Resepi Ramadhan kat TV1 petang sebelum berbuka
tak salin resepi pun tapi ingat-ingat gituuuu jek sebab senang sangat kot
*hahahahaha berlagak*
dalam rancangan tu chef masak Daging Kambing Kashmir
tapi kat umah ni ada ayam jek, so jadi la Ayam Kashmir

Bahan-bahan nya ialah:
Penumis (tiada dalam gambar)
*beli yg peket tu je, RM1*
bawang merah
bawang putih
halia
daun kari
tomato
lobak merah
daun saderi
daun ketumbar
rempah kari daging/ayam
cili pes (tumbuk cili merah)
jintan manis (ditumbuk)
jintan putih (ditumbuk)
sos tomato
sos cili
air asam jawa
daun pudina
susu cair
kicap manis
gula & garam secukup rasa


Cara-cara masakan:
panas kan minyak
masuk kan penumis, bawang merah, bawang putih, halia & daun kari

masukkan tomato, lobak merah, daun saderi, daun ketumbar


masuk kan cili pes, jintan manis, jintan putih

kemudian masuk kan ayam


masuk kan rempah kari
*tak perlu bancuh dengan air*


masuk kan air asam jawa
kemudian sos cili & sos tomato


agak-agak ayam sudah hampir masak, masuk kan susu cair, daun pudina & kicap manis
kemudian gula & garam secukup rasa
*bulan puasa tak boleh rasa, so hentam saja lah*
tabur jek hahahahaha


dan hasil nya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
secukup rasa!
pedas, masam, manis semua ada ...


cuba lah!!!








Friday, July 20, 2012

Kerana 3333 itu, haaaa?? apa diaaaaa???

ehem ... ehem ...

hari ni genap usia blog ni 
TIGA tahun TIGA bulan
duk hitung hari pun 
TIGA bulan TIGA minggu
*apaaaaa??? 3 bulan?*
omaigod!!!


ok, itu saje :p
3333

Mata Panda - Kau ada???

ehem ... ehem ...

selalu sangat kan dengar ayat-ayat macam ni ..
"tak boleh tidor .. jadi panda la gaya nya"
"omaigod! tak tidor lagi @_@" 
*buat mata panda*
"haduyai, dah banyak hari tak tidor lena"
@_@
selalunya ni la simbol mata panda
akibat tak tidur malam
atau lambat tidur
atau suka berjaga malam 
*sama je la maksud tak tidur malam*

nak tengok the real mata panda?
cam ni ha ....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jelas kelihatan kan?
kalau pakai spek, xde plak nampak gini ..
oh, ini memanh natural ..
tak pakai mekap pun ...
pakai compact powder PIXY jek

kena buat eye treatment nampak gaya nya ni ...
ok, nak cari timun ... nak cari timun ...
pastu nak blend timun ...
rendam kapas dalam jus timun tu
pastu lekap kat mata selama 20 minit ...

kalau nak guna timun slice je pun boleh
eh tapi rasa macam kalau blend jadi jus lagi mujarab
hahahahahahahhahahaha

 yea ke???


30 Syaaban Wa Ahlan Ya Ramadhan

ehem ... ehem ...

hari ini, 30 Syaaban ...
hari terakhir sebelum 1 Ramadhan ...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
selamat berpuasa kawan-kawan!!!
Selamat Ulangtahun yang Pertama :)

"love is ... as deep is the day you first met"




Wednesday, July 18, 2012

WW #5

King of Shisha

Tingkap Pong, Semak Pong, Tab?

ehem ... ehem ...

masih ingat entry di SINI?
konon nak beli handphone ..
tapi tak beli-beli lagi
hahahahahahaha
*eh, tunang tersayang! bukan ke awak pernah kata nak beli kan handphone untuk saya? ke saya salah dengar?*
hahahahahahahahahahaha

tahu kah anda hp cik rai yang ni ha, rosak?

aaaaaa, canne boleh rosak?
sampai sekarang masih dok pikir ...
mengapa kau rosak?
nape ringtone rosak?
tak boleh set ringtone calls
so, org call memang tak bunyi ..
dia berbunyi bila org SMS & set alarm clock saje
oh watt deee????

ok, sejak dari itu nekad nak ganti baru
sebab ..
tunang tersayang pun dah kata

"dah masa nya untuk tukar henpon tu"

oh, ye ke? awak belanja boleh?
hahahahahahaha
memang tak cakap macam tu la kan :p

hajat di hati memang nak pakai Nokia Lumia
windows phone
mula-mula mesti la berkenan pada Lumia 900
akan tetapi harga nya kau ..
nape kau mahal sangat?

Lumia 900
harga RM1800
*agaknya la*

pastu, rasa macam hanya mampu Lumia 610 saje ...
harga pun RM699

Lumia 610
henpon ni gempak gak, camera 5MP
memang mampu milik


akan tetapi bila ushar samsung plak, berkenan plak kat ni ha
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Samsung Galaxy Note
oh man!!! org zaman sekarang pakai android yea farah raihana
baru style
kalah mak jemah ...
dapat tau harga dalam rm1300 gitu
eh, murah nya?
eh, tapi bajet cik rai seribu ke bawah je
mana nak cari lagi 300 tu?
hahahahahahaha

pastu kan, pastu pastu ...
tetibe berkenan plak dengan Samsung Galxy Tab
*aaaarggghhhh, semua kau nak berkenan la farah raihana!!*

 eh, ini nampak lagi best
baru style nak ber-blogging

next, yg latest ...
samsung galaxy tab 7.7

ini lagi cun design dia
naise kan tengok dari belakang?
dah test, member punya memang power
tapi tak mampu la kalau dah harga 2k kan


yang mana satu ni?
windows phone?
smart phone?
atau tablet?

kalau takde salah satu ni canne nak blogging?
guna windows phone, alaaaaaaaaaa kecik nya skrin
guna note, gempak siot
*ni semua gara2 cerita Ghost-korea tu*
kalau guna tablet, lagi la syok nak blogging kan?

kalau tak de sume mende alah ni,
kang dah kawin canne nak review wedding?
kang canne nak log in blog?
kang canne nak search resepi kalau tibe2 tak ingat resepi?
hahahahahahahaha
dah la tak de pc,
tak de laptop
henpon pun tak de ringtone

aaaaaaa, canne? canne?
:p




p/s: harap2 tunang cik rai baca la entry ni :p


My Fevret TV Show : CSI (all three)

ehem ... ehem ...

nak review sket fevret tv show cik rai ..
tiap minggu tak pernah miss
kalau miss pun, tengok ulangan di tengah malam ...
tapi selalu nya miss la kan sebab orang lain dalam umah ni nak tengok lestary la, samarinda la ..
sama time ...
so, terpaksa tengok ulangan tengah malam

1. CSI
season CSI ni dah ada 12 uolls ...
dan yang latest season 12 ni, diorang dah guna iPad nak tunjuk gambar bukti pada suspect
amboi!!! respek uolls
tak payah nak print gambar
transfer je gambar dari memory card ke iPad
maju uolls!!!
hahahaha
CSI : Season 12
boleh tengok kat channel AXN 701 & 721 setiap Selasa


2. CSI : NY
season yang tengah tayang sekarang kat AXN, hari Rabu
episod akhir season 8 ni Mac Taylor kena tembak
omaigod!!!
wajib tengok ok!!!


3. CSI : Miami

paling suka la CSI Miami ni ...
semua nya cantik, hensem & macho belaka
kat AXN sekarang takde tayang CSI Miami 10
hanya ulang tayang season 9
episod akhir season 9 ni Horatio kena tembak, Natalia plak terperangkap dalam kereta & tenggelam dalam laut ..
oh apekah yg terjadi pada mereka?
ASTRO!!! when can i watch CSI Miami 10?
hahahahahaha


Horatio ni tau duk posing gini jek
kalau tak pegang spec itam dia tu, ntah apa la yg dia pegang
pegang jari je kut
hahahahahahahaha

poster CSI Miami 10
Finale

Can't wait!!!!




Nama Profile Baru + Sayang You

ehem ... ehem ...

kalau semalam tukar template
tukar kaler blog
ari ni tukar nama profile
kalau sebelum ni nama Serigala Maroon
tapi kali ni tukar nama
jadi .......

Cik Rai @SeriGala

waaaahhh!!! Serigala memang tak boleh hilang
hihihihi

ini contoh kalau cik rai komen entry kat blog uolls
chantek kan gambar tu?
tunang tersayang yg shoot :p



p/s: Day 1 my lovely fiance kat Bali, rajin jugak dia SMS walaupun kena cas RM1 setiap kali send ..
sayang awak!!!



Tuesday, July 17, 2012

Wajah Baru + Love You

ehem ... ehem ...

blog bertukar wajah ...
nampak tak kaler apa?
omaigod! omaigod!
apa sudah jadi?
ada kaler pink?
sejak bilakah?

actually, ini saje template yg free yg menarik hati ..
yg lelain sume nya feel jiwang
feel aauuwww
feel pink la sangatttt
xde langsung feel mak jemah

kang amik pink bebanyak kang tak de kaitan plak dengan tajuk blog Minda Serigala ni kan?
maka nya, amik template yang ada blue-blue sket
bukan blue lucah yea ...
hahahahahahahahahaha

biru + pink memang kena
tapi sekali pandang macam peach plak
hahahaha
selalu sangat rabun warna kalau bab pastel
cheetttttttt

elemen biru masih banyak di sini ...

ok, itu saja ...

kang jap-jap lagi update plak ..




p/s: my lovely fiance nak pi Bali ari ni ... dia tanya nak pesan apa? then cik rai cakap .....
"saya nak pesan, jaga diri awak baik-baik :) "
take care sayang! have a superb & enjoy shooting!
love u :-*

AWAS!!!!

ehem ... ehem ...

blog sedang re-design ...
harap maklum pada sniper incoming ...

tunggang langgang kejap ...

link pun x betul ...

jap k!!!!

Monday, July 16, 2012

Bulan Ini Dalam Sejarah

ehem ... ehem ...

bulan ini dalam sejarah!!!
eh, hari ini dalam sejarah!!!
tepuk dulu bebanyak kali ...
tepuk!!! tepuk!!! tepuk!!!
(jangan tepuk dahi plak)
hahahahahahahahaha


buat pertama kali nya dalam hidup, berjaya buat kek coklat ...
chef tu kata american choc cake ...
tapi tak tau apa yang america nya ...
ameeeerekaaaaaaaa mu cik rai!
hahahahahahaha


rupa topping dia hodoh sket
sebab cair lagi
baru siap masak ok!
gigih upload terus masuk blog
hahahahahahaha

akan tetapi, disebabkan tidak sabar nak memakan nya punnnnn,
potong saja laaaaa
laparrrrr tahap tak tau nak kata apa dah ni


see? x sabar nak makan ...
topping dia meleleh

ehem ...ehem ...
gigih ikut style chef ..
potong tengah2 kek, letak choc nampak macam berlapis macam secret recepi tuuuuuuuu
hahahhahahahhahahhaha



berjaya ok!!!



Saturday, July 14, 2012

Raikan Detik Indah - Checklist 3-4 Months

Checklist Raikan Detik Indah
*Update 14th  July 2012*


::Legal Stuff::

Ambil Borang Kebenaran Nikah Done
Book jurunikah
Book HIV test
Ujian HIV test
Hantar Borang Kebenaran Nikah


::Invites::

Kad Kahwin
Senarai Jemputan
Pengumpulan Alamat Jemputan secara Online In Progress
Pengedaran Kad Kahwin
Jemputan Secara Online


::Hantaran::
Diwant - Farah
Tray 1 | Sireh Junjung
Tray 2 | Mas Kahwin
Tray 3 | Al-Quran
Tray 4 | Telekung
Tray 5 | 
Tray 6 |
Tray 7 |

Farah - Diwant
Tray 1 | Sireh Junjung 
Tray 2 | Sejadah Done
Tray 3 | Kasut Done
Tray 4 | Set Perfume Done
Tray 5 | Blackberry Done
Tray 6 | Ipad 2 Done
Tray 7 | Halwa Maskat
Tray 8 | Buah-buahan
Tray 9 |


Dekorasi Hantaram
Bunga Crepe Paper In Progress
Hantaran Tray Done
Alas dulang Done

*5 dulang from Qarmasutra Wedding & Event Planner (FOC)*



::Makanan & Cenderahati::
Ijab Qabul
Gotong Royong Done
Cenderahati DIY
Candy Buffet DIY

Sanding
Gotong-Royong Pakatan Done
Bunga Pahar - DIY In progress
Cenderahati VIP - DIY Done
Cenderahati Tetamu - DIY Done
Kek Booked


::Khemah & Logistik::
Khemah Pelamin
Khemah VIP
Khemah Tetamu Booked
Floor Plan layout
Signage
Signage placement
MC script



::Hiburan::
Kompang
Unplugged Booked
PA System
Juru Acara Majlis



::The Look::

Ijab Qabul
Baju Nikah
Tudung
Veil Booked
Kasut
MUA Done
Hand Bouquet DIY - In Progress
Baju Nikah - Diwant

Sanding
Baju Songket Farah-Diwant Booked
Kasut Booked
MUA Done
Hand Bouquet


Tandang
Baju bertandang
Kasut
MUA
Hand Bouquet


::Rakaman Detik Indah::

Photography
Photographer Done

Videography
Ijab Qabul & sanding videographer



::Dekorasi Raikan Detik Indah::
Ijab Qabul
Tirai pelamin DIY - In progress
Bantal Nikah DIY - In Progress
Bantal kecik DIY - In Progress
Bunga Mini Pelamin


Sanding
Pelamin DIY
Meja makan beradab DIY
Bunga Manggar


::Pengapit::

Sanding
Pengapit Perempuan
Pengapit Lelaki

Tandang
Pengapit Perempuan
Pengapit Lelaki



::Bilik Detik Indah::
Set Bilik Tidur Pengantin Done
Cadar Done
Bantal Done
Wardrobe
Karpet
Bunga Hiasan
Wangian
Lampu Tidur
Lain-lain Hiasan
Aircond Done




p/s: ada apa-apa yang tertinggal tak? huhuhu





Saturday, July 7, 2012

4 Julai - Chow Kit

ehem ... ehem ...
banyak hari tak update entry kot ..
ok, hari ni nak update ..

pada 4 Julai 2012 yang lalu, cik rai menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Khidmat (CCSC) AADK Chow Kit, Kuala Lumpur ..
actually, cik rai ni ahli jawatankuasa pemulihan dadah ..
JKPD ni NGO & bergerak secara sukarela di bawah naungan AADK Daerah
tempat ni betul2 depan Plaza GM ...
dan tau je la kan, keadaan chow kit cam ne ..

bergerak ke Kuala Lumpur jam 9 pagi ..
sampai saja di Chow Kit, kami ke Rumah Sinar Salam

*sedikit info mengenai Rumah Sinar Salam*


Rumah Sinar Salam adalah sebuah rumah perlindungan yang memberi fokus kepada wanita berkrisis dan kanak-kanak terbiar. Disini akan diberi program ilmu wahyu dan kehidupan demi jihad untuk pembangunan diri ke arah melahirkan insan kamil, baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Selain itu, ia juga dijadikan tempat rujukan ke jabatan-jabatan yang berkaitan.

Projek Rumah Sinar Salam atau ringkasannya Sinar Salam adalah hasil usaha kerjasama antara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Salam Malaysia (SALAM). Projek ini diwujudkan lanjutan dari penganjuran Program Bil Hal anjuran JAWI pada tahun 2007. Ia mula beroperasi pada 4 Disember 2007.

Pengasasnya adalah Puan Arfidah Ab. Latif, sukarelawan SALAM. Beliau telah aktif melakukan temu seru atau ‘out – reach’ bagi mendekati golongan wanita berkrisis tanpa mengira bangsa dan agama sejak tahun 2001 di sekitar Chow Kit,Kg Periuk,Jalan TAR,Brickfields, Jalan Petaling dan Bukit Bintang.

SALAM berharap, dengan wujudnya Sinar Salam maka hak golongan wanita bermasalah sosial terbela. Dengan itu mereka dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bermaruah. Seterusnya mereka mampu kembali aktif menyumbangkan khidmat bakti demi pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ahli JKPD dengan Staff Rumah Sinar Salam

salah sorang kanak-kanak yang ada di bawah jagaan Rumah Sinar Salam
kanak-kanak ini tidak boleh berjalan, dan berkepala besar akibat sudah 'termakan' dadah sejak dari dalam kandungan ibu nya

bersama salah seorang yang beransur pulih dari dadah

Pintu masuk Rumah Sinar Salam

Owner Rumah Sinar Salam



dengan Ahli JKPD & Staff AADK Bentong


lokasi Rumah Sinar Salam



selepas itu, kami semua ke Pusat Khidmat AADK Chow Kit, yang juga dikenali sebagai Cure & Care Service Centre .. KLIK SINI untuk info lanjut

Cure & Care Service (CCSC), Chow Kit telah mula beroperasi pada 24 Jan 2011. CCSC adalah projek kerjasama antara agensi kerajaan dengan badan bukan kerajaan iaitu Yayasan Salam Malaysia. CCSC adalah projek kerjasama yang pertama antara agensi kerajaan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan memberi kepercayaan kepada NGO (badan bukan kerajaan) untuk melaksanakannya.

Awal penubuhan CCSC diurus oleh 07 (tujuh) orang staf. 05 (lima) orang terdiri daripada bekas pengguna dadah yang telah berjaya dalam rawatan dan pemulihan (kekal bersih). Manakala 02 (dua) orang staf bebas dadah.

CCSC akan bekerjasama dengan NGO lain seperti PENGASIH MALAYSIA, IKHLAS, DIC Pahang, Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian,Badan Bukan Kerajaan, Majlis AIDS Malaysia dan lain-lain dalam mencapai matlamat dan objektifnya.

Secara ringkasnya sehingga kini CCSC telah Berjaya memberi perkhidmatan dan program kepada pengguna dadah yang masih aktif dan juga kepada bekas pengguna dadah

Owner: Raja Azizan

Raja Azizan, Pengerusi JKPD & Pegawai AADK Bentong, Pahang



Kami Prihatin, Kami Sedia Membantu






p/s: dah tau serba sedikit tentang pemulihan dadah ... bukan senang nak pulih sepenuh nya .. kena disiplin kan diri