" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan: Resepi Ayam Kashmir

ehem ... ehem ...

entry ber-resepi 
*wahhh gitooooo*

resepi 1 Ramadhan ialah Ayam Kashmir
dapat resepi ni dari rancangan Resepi Ramadhan kat TV1 petang sebelum berbuka
tak salin resepi pun tapi ingat-ingat gituuuu jek sebab senang sangat kot
*hahahahaha berlagak*
dalam rancangan tu chef masak Daging Kambing Kashmir
tapi kat umah ni ada ayam jek, so jadi la Ayam Kashmir

Bahan-bahan nya ialah:
Penumis (tiada dalam gambar)
*beli yg peket tu je, RM1*
bawang merah
bawang putih
halia
daun kari
tomato
lobak merah
daun saderi
daun ketumbar
rempah kari daging/ayam
cili pes (tumbuk cili merah)
jintan manis (ditumbuk)
jintan putih (ditumbuk)
sos tomato
sos cili
air asam jawa
daun pudina
susu cair
kicap manis
gula & garam secukup rasa


Cara-cara masakan:
panas kan minyak
masuk kan penumis, bawang merah, bawang putih, halia & daun kari

masukkan tomato, lobak merah, daun saderi, daun ketumbar


masuk kan cili pes, jintan manis, jintan putih

kemudian masuk kan ayam


masuk kan rempah kari
*tak perlu bancuh dengan air*


masuk kan air asam jawa
kemudian sos cili & sos tomato


agak-agak ayam sudah hampir masak, masuk kan susu cair, daun pudina & kicap manis
kemudian gula & garam secukup rasa
*bulan puasa tak boleh rasa, so hentam saja lah*
tabur jek hahahahaha


dan hasil nya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
secukup rasa!
pedas, masam, manis semua ada ...


cuba lah!!!








1 comment:

faizal mohd said...

wah! boleh try masuk masterchef ni. hehe. :)