" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, July 7, 2012

4 Julai - Chow Kit

ehem ... ehem ...
banyak hari tak update entry kot ..
ok, hari ni nak update ..

pada 4 Julai 2012 yang lalu, cik rai menyertai lawatan sambil belajar ke Pusat Khidmat (CCSC) AADK Chow Kit, Kuala Lumpur ..
actually, cik rai ni ahli jawatankuasa pemulihan dadah ..
JKPD ni NGO & bergerak secara sukarela di bawah naungan AADK Daerah
tempat ni betul2 depan Plaza GM ...
dan tau je la kan, keadaan chow kit cam ne ..

bergerak ke Kuala Lumpur jam 9 pagi ..
sampai saja di Chow Kit, kami ke Rumah Sinar Salam

*sedikit info mengenai Rumah Sinar Salam*


Rumah Sinar Salam adalah sebuah rumah perlindungan yang memberi fokus kepada wanita berkrisis dan kanak-kanak terbiar. Disini akan diberi program ilmu wahyu dan kehidupan demi jihad untuk pembangunan diri ke arah melahirkan insan kamil, baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Selain itu, ia juga dijadikan tempat rujukan ke jabatan-jabatan yang berkaitan.

Projek Rumah Sinar Salam atau ringkasannya Sinar Salam adalah hasil usaha kerjasama antara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Salam Malaysia (SALAM). Projek ini diwujudkan lanjutan dari penganjuran Program Bil Hal anjuran JAWI pada tahun 2007. Ia mula beroperasi pada 4 Disember 2007.

Pengasasnya adalah Puan Arfidah Ab. Latif, sukarelawan SALAM. Beliau telah aktif melakukan temu seru atau ‘out – reach’ bagi mendekati golongan wanita berkrisis tanpa mengira bangsa dan agama sejak tahun 2001 di sekitar Chow Kit,Kg Periuk,Jalan TAR,Brickfields, Jalan Petaling dan Bukit Bintang.

SALAM berharap, dengan wujudnya Sinar Salam maka hak golongan wanita bermasalah sosial terbela. Dengan itu mereka dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bermaruah. Seterusnya mereka mampu kembali aktif menyumbangkan khidmat bakti demi pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Ahli JKPD dengan Staff Rumah Sinar Salam

salah sorang kanak-kanak yang ada di bawah jagaan Rumah Sinar Salam
kanak-kanak ini tidak boleh berjalan, dan berkepala besar akibat sudah 'termakan' dadah sejak dari dalam kandungan ibu nya

bersama salah seorang yang beransur pulih dari dadah

Pintu masuk Rumah Sinar Salam

Owner Rumah Sinar Salam



dengan Ahli JKPD & Staff AADK Bentong


lokasi Rumah Sinar Salam



selepas itu, kami semua ke Pusat Khidmat AADK Chow Kit, yang juga dikenali sebagai Cure & Care Service Centre .. KLIK SINI untuk info lanjut

Cure & Care Service (CCSC), Chow Kit telah mula beroperasi pada 24 Jan 2011. CCSC adalah projek kerjasama antara agensi kerajaan dengan badan bukan kerajaan iaitu Yayasan Salam Malaysia. CCSC adalah projek kerjasama yang pertama antara agensi kerajaan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan memberi kepercayaan kepada NGO (badan bukan kerajaan) untuk melaksanakannya.

Awal penubuhan CCSC diurus oleh 07 (tujuh) orang staf. 05 (lima) orang terdiri daripada bekas pengguna dadah yang telah berjaya dalam rawatan dan pemulihan (kekal bersih). Manakala 02 (dua) orang staf bebas dadah.

CCSC akan bekerjasama dengan NGO lain seperti PENGASIH MALAYSIA, IKHLAS, DIC Pahang, Pusat Rawatan dan Pemulihan Persendirian,Badan Bukan Kerajaan, Majlis AIDS Malaysia dan lain-lain dalam mencapai matlamat dan objektifnya.

Secara ringkasnya sehingga kini CCSC telah Berjaya memberi perkhidmatan dan program kepada pengguna dadah yang masih aktif dan juga kepada bekas pengguna dadah

Owner: Raja Azizan

Raja Azizan, Pengerusi JKPD & Pegawai AADK Bentong, Pahang



Kami Prihatin, Kami Sedia Membantu






p/s: dah tau serba sedikit tentang pemulihan dadah ... bukan senang nak pulih sepenuh nya .. kena disiplin kan diri

1 comment:

Bie said...

kita BIE Daripada B2B Blog : Jalinan Cinta

salam perkenalan. Hope dapat exchange link dan tukar2 cerita juga :))