" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, July 30, 2011

Re-update PTLP



PROGRAM LATIHAN ASAS KEPOLISAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TENTERA : Program ini merupakan sebahagian daripada susulan kepada dasar utama negara iaitu Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme (GTP) yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib b. Tin Haji Abdul Razak pada April 2009.

Antara objektif utama GTP adalah mengurangkan kadar jenayah dengnan menambahkan kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pelaksanaan Program Latihan Asas Kepolisan untuk pelatih konstabel PDRM dengan menggunakan kemudahan tentera merupakan salah satu langkah ke arah merealisasikan matlamat tersebut. Usaha ini bukan sahaja memperkasakan PDRM dengan sumber tenaga baru bahkan ia diharap dapat menambahkan lagi keberkesanan perkhidmatan pasukan polis ke tahap yang lebih dinamik selaras dengan Konsep 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

No comments: