" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, December 20, 2011

Percaya pada Al-Quran & Hadis (Syahirul.com)

assalamualaikum ..
alhamdulillah .. email cik rai kepada saudara syahirul mendapat feedback deri beliau .. semua kenal kan siapa syahirul? seorang blogger yang terkenal dengan kisah-kisah Islam ...

jadi mari kita lihat apa yg cik rai tanya & apa yang beliau jawab








maka nya terjawab lah persoalan di mana :

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. (H.R. Muslim, Abu Daud)

selain itu sahabat baik cik rai yang merupakan bekas pelajar Syariah Law Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga memberi ulasan yang sama .. cik rai paling respect sahabat yang sorang ni sebab apa-apa permasalahan, cik rai memang aju kan pada beliau .. jika beliau tidak tahu, beliau akan mencari kaji & bertanya pada yg lebih mengetahui .. alhamdulillah, ada sahabat sebegini hingga sekarang ..

antara nya :
Dalam quran suruh percaya hadith. then kalau beriman dengan quran, kena percaya hadith jugak la ...

selain itu, beliau juga ada memberi dalil ..

"qulinkuntum tuhibbunallah fattabiuni yuhbibkumullah"

‎terjemahan: "Katakan lah ya Muhammad, kalau kamu sayang kan Allah, maka ikut lah aku, pasti kamu akan disayangi Allah"


cik rai baru email kat Dr. Maza .. tunggu dia reply plan nt, cik rai share kan pada semua =)