" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Sunday, August 7, 2011

Abdul Rahim Panglima 4 Divisyen

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd. Yusuff hari ini dilantik menjadi Panglima 4 Divisyen menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Zulkiple Kassim yang dinaikkan pangkat Panglima Medan Tentera Darat.

Majlis penyerahan tugas kepada Panglima 4 Divisyen yang baru itu dilaksanakan sendiri oleh Zulkiple di Markas 4 Divisyen, Kem Wardieburn di sini, hari ini.

Abdul Rahim sebelum ini merupakan Panglima Latihan Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan akan memulakan tugasnya sebagai Panglima 4 Divisyen yang ke-17, bermula hari ini.

Zulkiple ketika menyampaikan ucapan pada majlis penyerahan tugas itu mengingatkan setiap anggota 4 Divisyen tentang peranan serta tugas mereka menjaga kawasan seperti yang telah diamanahkan.

Beliau juga menekankan kepentingan setiap anggota menghindari perbuatan yang bercanggah dengan norma-norma profesion ketenteraan demi menjaga nama baik organisasi serta tidak terpengaruh dengan ancaman daripada pihak tidak bertanggungjawab.


**Pemerintahan Medan Tentera Darat**


"Musuh-musuh negara kini muncul dalam pelbagai bentuk seperti golongan pelampau, perompak, blogger serta kelompok pejuang kebebasan. Jadi, kita perlu sentiasa peka, bersedia dan mengambil langkah mempertingkatkan tahap keselamatan organisasi serta negara.

"Sikap alpa, cuai dan tidak ambil kisah adalah faktor yang menjurus kepada berlakunya kejadian yang tidak diingini," katanya.

Markas 4 Divisyen berperanan menjaga keselamatan serta mempertahankan wilayah-wilayah tengah negara iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam pada itu, Zulkiple berharap kesinambungan segala komitmen yang dicurahkan kepadanya selama ini diteruskan terhadap panglima baru tanpa rasa prejudis serta dilaksanakan dengan ikhlas.

Beliau juga yakin, sokongan, kerjasama serta komitmen yang diberikan oleh setiap anggota akan menjadikan divisyen tersebut 'Disegani Kawan dan Digeruni Lawan'.

No comments: