" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, August 19, 2011

ATM nafi manipulasi undi pos

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyangkal dakwaan bekas empat anggotanya bahawa mereka telah dimanipulasi ketika melaksanakan undi pos sepanjang tempoh berkhidmat dengan pasukan itu.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ia tidak benar.




Zulkifeli Mohd. Zain (tengah) bersama panglima-panglima cabang ATM, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin (PTD) (dua dari kiri), Jenaral Tan Sri Rodzali Daud (TUDM) (kiri), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (TLDM) dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) pada sidang akhbar mengenai prosedur dan proses pembuangan undi pos tentera di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama


Namun katanya, beliau tidak akan menyalahkan empat bekas anggota itu sebaliknya bimbang mereka dijadikan ‘alat’ oleh Pemuda Pas yang mahu mengambil kesempatan supaya mereka menentang bekas organisasi yang pernah diwakili sebelum ini.

‘‘Inilah salah satu perbuatan yang boleh saya ibaratkan sebagai tindakan pengkhianatan oleh pihak tertentu dan pada masa sama untuk menjejaskan moral warga ATM.

‘‘Dakwaan itu umpama kes Mismah Naim yang mereka dakwa diberikan MyKad dalam tempoh empat jam namun apabila disiasat, ia tidak benar. Justeru kita minta mereka mengemukakan bukti bagi mengukuhkan dakwaan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, empat bekas anggota ATM tampil dengan mendedahkan bahawa mereka telah dimanipulasi untuk melaksanakan sistem undi pos ketika mereka berkhidmat sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Zulkifeli dalam pada itu berkata, sistem undi pos diperlukan ATM atas faktor tugas dan tanggungjawab yang tidak dapat dielakkan dan pihaknya akan terus berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem undi pos.

Katanya, ATM sentiasa menghormati kebebasan warganya untuk mengundi sesiapa yang mereka rasakan layak dan institusi itu sentiasa telus dengan memastikan proses perjalanan undi dilaksanakan dengan sempurna.

‘‘Justeru, timbul tanda tanya kepada kami, adakah dakwaan itu merupakan usaha untuk mencemar imej dan memecahkan kami? Saya ingin menegaskan ATM adalah profesional dan tidak berpolitik,” katanya.



sumber: utusan online

No comments: