" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, August 19, 2011

PDRM perbaiki persepsi masyarakat

KUALA LUMPUR 18 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu terus meningkatkan pencapaian pasukan itu walaupun kadar indeks jenayah dan jenayah jalanan di dalam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mencatatkan penurunan pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap pasukan PDRM sebagai faktor utama yang perlu ditangani dengan efektif bagi mengelakkan kesan negatif.

ini kerana pasukan PDRM seperti pasukan keselamatan di negara lain turut terdedah dengan risiko persepsi sama ada ia memberi kesan positif mahupun sebaliknya.

“Tidak dinafikan antara cabaran utama PDRM masa kini adalah mengenai persepsi ramai berhubung rasuah dan kekerasan ke atas orang kena tahan.

“Justeru, PDRM perlu perbaiki persepsi masyarakat terhadap pasukan itu walaupun penurunan berlaku di dalam pencapaian NKRA mengurangkan jenayah,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama warga PDRM di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan yakin PDRM mampu menangani isu-isu persepsi yang dibangkitkan melalui usaha pasukan itu mengukuhkan budaya integriti dan urus tadbir yang lebih tinggi di samping aktif berkomunikasi secara kreatif dengan rakyat mengenai pencapaian PDRM secara berterusan dan konsisten.

“Ini berdasarkan penilaian secara berkala yang dilakukan melalui soal selidik iaitu ‘Meningkatkan Kepuasan Rakyat Terhadap Prestasi PDRM’ pada Mei 2011 menunjukkan sebanyak 55 peratus rakyat berpuas hati terhadap prestasi PDRM.

“Persepsi pencapaian PDRM itu mengalami peningkatan berbanding pada 2009 yang mencatatkan hanya 35 peratus,” ujarnya lagi.


~ chaiyokkk PDRM!!!



sumber: utusan online

No comments: