" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Monday, April 18, 2011

ape dah jadi - Part 2

ATM tiada maklumat dakwaan Kolonel Azmi

Pegawai perisikan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakannya menyalurkan maklumat kepada Raja Petra Kamaruddin seperti didedahkan oleh pengendali laman web antikerajaan itu baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ada kena-mengena dengan penyaluran maklumat yang merupakan komplot bagi memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak tentera tidak ada maklumat sebagai mana disebut oleh Azmi dan apa yang berlaku ialah tanggungjawab beliau yang telah memfitnah pemimpin negara (Najib) dan isterinya, Rosmah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Petra baru-baru ini mendedahkan Azmi bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya dalam satu komplot bagi memfitnah Najib dan Rosmah berhubung pembunuhan Altantuya.

Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan bahawa Azmi telah digantung tugas mulai Jumaat lalu dan siasatan dalaman telah pun dilakukan ke atas pegawai itu bermula pada hari yang sama.


No comments: