ehem ... ehem ...
ape kesah nye ni? ha? ha? ha????
hurm... tentera plak kena fitnah .. btol ke x ni?
if btol, PAT tlg la siasat ...
berani kerana benar ...
jangan takut ...
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan maklumat yang disampaikan Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin kepada pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin adalah palsu.
Maklumat tersebut yang mendakwa kononnya Perdana Menteri dan isteri mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, Azmi yang merupakan bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas Tentera Darat membuat kenyataan palsu tersebut atas kepentingan peribadinya sendiri.
"Apa yang diceritakan Azmi tiada sebarang kaitan dengan ATM, malah maklumat yang disampaikan kepada Raja Petra itu sebenarnya tidak pernah wujud dalam simpanan kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin, Raja Petra mendedahkan Azmi bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya dalam satu komplot bagi memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan Altantuya.
Ekoran pendedahan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azmi bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika siasatan mendapati dia bersalah menyalurkan maklumat palsu.
Mengulas lanjut, Azizan memberitahu, siasatan terhadap pegawai tentera itu akan dikendalikan Lembaga Siasatan ATM dan sebarang tindakan yang bakal diambil adalah berasaskan siasatan lembaga tersebut.
"Azmi sebenarnya bukan lagi Timbalan Ketua Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008 apabila dia bertukar ke Markas Tentera Darat dan pada masa ini, pegawai kanan berkenaan dikecualikan daripada sebarang tugas rasmi," jelasnya.
No comments:
Post a Comment