" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, April 19, 2011

Tentera Darat Bertaraf Dunia

ehem ... ehem ...
korang nak tau x???

Pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia pada masa kini telah menunjukkan tahap profesionalisme, keterampilan serta disiplin yang tinggi sehingga layak diiktirafkan bertaraf dunia. [cik rai bangga giler]

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ini kerana pegawai dan anggota Tentera Darat membuktikan bahawa mereka telah lama keluar dari kepompong atau bukan lagi ‘hero’ atau jaguh kampung kerana menawarkan perkhidmatan di peringkat antarabangsa.

“Semua anggota (Tentera Darat) harus berbangga kerana penugasan di bawah panji-panji PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), telah mendapat sanjungan dan pengiktirafan masyarakat dunia hasil daripada komitmen, dedikasi dan tahap profesionalisme yang ditunjukkan sewaktu menjalankan tugas,” titah baginda.

yang terbaru TDM telah melaksanakan 1 tugasan ...

iaitu ...

penugasan global

pegawai dan anggota Tentera Darat kini berpeluang menjelajah dunia, menimba pengalaman dan pengetahuan baru melalui interaksi dengan warga tentera negara lain serta dengan masyarakat setempat.

"Tentera Darat sedar bahawa keamanan dan kemakmuran global merupakan tanggungjawab kolektif di arena antarabangsa dan sangat proaktif serta komited dalam melaksanakan tanggungjawab kolektif ini di seluruh pelosok dunia," titah baginda.

No comments: