" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Sunday, April 24, 2011

Tan Sri dah sihat

Ismail Omar dibenar keluar dari hospital

24/04/2011 2:40pm

KUALA LUMPUR 24 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini dibenarkan keluar dari wad Hospital Pantai Kuala Lumpur selepas dirawat akibat kepenatan sejak Jumaat lepas.

Difahamkan, beliau telah pulang ke kediamannya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada kira-kira 12 tengah hari tadi dan akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali bertugas.

Sementara itu, jurucakap Pusat Media Bukit Aman mengesahkan Ismail sudah sihat dan dibenarkan keluar dari hospital itu.

Ismail, 57, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada Jumaat. - Bernama


kesian Tan Sri KPN kite ...

banyak sgt agak nye jenayah kat malaysia ni ...


No comments: