" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 7, 2011

~ Sambungan ... Dating ...

ok, post ni sambungan dr post yg sebelum ni ... so, pejai, sila la baca ... eheheh


TIPS PEMAKAIAN UNTUK LELAKI


Ada beberapa jenis kod pakaian yang paling kerap digunakan, iaitu:

kasual
semi-formal
formal

1-Kasual-
Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.

Pakaian kasual terdiri daripada:
jeans – tidak kira seluar atau skirt
t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
seluar pendek
seluar capri
kasut sukan
selipar
Jenis kain yang sesuai ialah:
denim
kain kapas
khaki

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.



2-Semi-formal
telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat.Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.


Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.


Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.


Pakaian semi-formal terdiri daripada:

A. Wanita
seluar panjang
skirt
baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
blaus
blazer/jaket
gaun kasual


B. Lelaki
seluar panjang
kemeja lengan panjang
t-shirt berkolar
kemeja lengan pendek
jaket/blazer
tali leher
Jenis kain yang sesuai ialah:
khaki
rayon
polyester
batik


3-Formal
Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.


Pakaian formal terdiri daripada:

A. Wanita
jaket dengan skirt atau seluar
seluar panjang dengan blaus yang sesuai
kurung atau kebaya
kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)
Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit.Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik.

B. Lelaki
baju sut/blazer yang sesuai
kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher
vest
tali pinggang atau suspender
stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
kemeja batik/baju melayu dan samping
kasut kulit

Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.


Perkara yang perlu dilaku atau dielakkan semasa berpakaian adalah:
>> Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.
>> Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.
>> Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.
>> Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.

>> Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.

No comments: