" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, April 21, 2011

ATM: Jangan timbulkan fitnah

KUALA LUMPUR 20 April - Para pegawai dan anggota tentera diberi amaran keras supaya tidak menimbulkan fitnah sehingga melanggar undang-undang negara kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap kerjaya masing-masing.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepatutnya berperanan menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

Sebagai contoh katanya, perbuatan pegawai risik tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin yang menyebarkan fitnah mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan seorang wanita Mongolia beberapa tahun lalu tidak dapat diterima sama sekali.

"Fitnah yang disebarkan Kolonel Azmi sehingga menyebabkan (penulis blog) Raja Petra Kamaruddin membuat Akuan Bersumpah memberi implikasi besar ke atas perundangan negara.

"Beliau (Azmi) kini digantung tugas sejak Jumaat lalu dan sudah tentu perbuatan itu perlu dibayar dengan harga yang amat besar," katanya


No comments: