" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, June 8, 2011

Dengkur, adakah merbahaya?

ok, kali ni cik rai nak share artikel sikit ...

bukan ape, tibe2 teringat kat NAZ yg kuat berdengkur .. ahahah

so, baca lah ...

Orang awam mendefinisikan berdengkur sebagai bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Dengkur sebenarnya terjadi akibat halangan salur udara yang menghasilkan getaran udara yang cuba menembusi halangan pada salur pernafasan ketika menarik nafas. Berdengkur bukanlah tanda seseorang itu tidur nyenyak. Bunyi yang dihasilkan semasa dengkuran hanya menunjukkan terdapat penyumbatan separa di dalam salur pernafasan, iaitu di kawasan hidung dan belakang tekak.

Bentuk dan Peringkat Dengkur

1. Dengkur tabiat atau dengkur lembut dengan bunyi perlahan seperti bunyi dekus kucing, tiada halangan laluan udara. Dengkur tabiat tanpa apnea (tiada nafas atau nafas terhenti) tidur, lazimnya berpunca daripada rasa penat. Ia merupakan dengkur biasa dan biasanya tidak berbahaya dan tidak menghadapi banyak masalah selain bunyi dan keselesaan tidur (penghidap dan ahli keluarga).

Berdengkur bentuk ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama merupakan berdengkur yang ringan dengan empat atau lima kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi. Peringkat kedua merupakan berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.

2. Dengkur kuat adalah dengkur halangan saluran udara iaitu dengkur kuat akibat laluan udara tersekat yang menyukarkan udara masuk ke paru-paru dan sangat berbahaya. Ia merupakan dengkur peringkat ketiga. Ia juga dikenali sebagai dengkur dengan masalah apnea tidur (Obstructive Sleep Apnea). Perkataan apnea bermaksud ‘tiada nafas’ atau nafas terhenti. Apnea tidur pula dikategorikan kepada ringan, sederhana dan teruk. Individu yang berdengkur dengan kuat dan mengalami OSA yang teruk mungkin terjejas kesihatannya dalam jangka panjang.

Tahap teruknya apnea ditentukan melalui kiraan setiap jam, ringan (10 apnea sejam), sederhana (20 hingga 30) atau teruk (lebih 40 apnea sejam).


Sebab-sebab dan Faktor Risiko

1. Berat badan berlebihan menyebabkan tisu di sekitar tekak dipenuhi tisu lemak yang akan menyebabkan salur udara mengecil.

2. Faktor genetik - diwarisi daripada ibu bapa masalah struktur salur pernafasan.

3. Pengambilan ubat penenang, pelali atau ubat tidur yang menyebabkan tisu tertentu mengendur dan menghalang laluan udara.

4. Saluran pernafasan melalui hidung yang tersekat disebabkan alahan (allergic), demam selesema, resdung, tulang bengkok (deviated nasal septum), resdung (sinusitis), kanser hidung dan tekak serta masalah tulang muka kecil dan sebagainya juga boleh menyebabkan berlakunya getaran dengkur.

5. Tabiat tidur secara terlentang juga mungkin memburukkan lagi halangan saluran udara menyebabkan bunyi dengkur lebih kuat.

6. Pengambilan alkohol juga mendorong tisu-tisu di sekitar tekak mengendur ke dalam sementara tabiat merokok pula menyebabkan kerosakan tisu sehingga menjadi kendur dan menghalang laluan udara.

7. Peningkatan usia terutamanya usia yang melebihi 45 tahun yang menyebabkan otot-otot tekak semakin lemah, mengendur ke dalam dan membentuk halangan pada salur pernafasan.

8. Ukur lilit leher lebih daripada normal memainkan peranan daripada indeks jisim badan di dalam terbentuknya halangan salur pernafasan, dengkur dan OSA. Ukur lilit leher yang melebihi 17 inci dikaitkan dengan peningkatan risiko halangan salur udara kerana longgokan lemak di leher mungkin menekan saluran pernafasan.

9. Struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil (micrognathia) atau mempunyai lidah yang besar (macroglossia) sehingga menyempitkan saluran pernafasan.

10. Masalah tonsil, masalah adenoid yang biasanya berlaku pada kanak-kanak yang menyempitkan saluran pernafasan.

11. Leher yang panjang iaitu 43 cm untuk lelaki dan 41 cm untuk wanita.

12. Lelangit yang terlalu lembut merupakan punca masalah dengkur yang kebanyakan berlaku di kalangan rang dewasa. 90 peratus masyarakat Malaysia yang berdengkur di sebabkan faktor ini.

13. Anak tekak di lelangit lebih panjang daripada biasa sehingga mencecah lidah. Masalah ini boleh dikesan ketika mereka yang menjalani pemeriksaan fizikal.

14. Mereka yang mempunyai sindrom kraniofasial juga berisiko untuk mendapat masalah ini.


berikut adalah Gejala-gejala dengkur ...

Gejala-gejala bagi dengkur tabiat atau dengkur lembut/Dengkur tabiat tanpa apnea tidur

Berdengkur bentuk ini biasanya berlaku sekali sekala dan bukannya setiap malam disebabkan terlalu letih di siang hari yang berlaku apabila otot-otot di bahagian leher kepala dan mulut mengalami kerehatan yang berlebihan.

Gejala-gejala dengkur kuat/Dengkur dengan masalah apnea tidur (Obstructive Sleep Apnea).

Penghidap OSA akan mengalami nafas terhenti antara 10 hingga 60 saat setiap kali, sehingga 400 kali setiap malam. Pesakit sebenarnya tidak dapat tidur dengan nyenyak. Tidur menjadi terganggu sepanjang malam kerana paras oksigen yang tidak cukup untuk sampai ke otak. Ini menyebabkan otak merangsang pesakit supaya bangun dengan segera bagi mengelakkan berlakunya kematian. Pesakit akan terus berjaga-jaga untuk mengambil nafas dan ini mengganggu tidur yang lena.

Penghidap OSA juga mungkin akan beberapa kali terjaga secara tidak sedar setiap malam akibat tidak dapat bernafas. Mereka juga selalunya berada dalam keadaan separa sedar dan biasanya tidak mengingati peristiwa tersebut walaupun tidurnya terganggu berulang kali sepanjang malam.

Bunyi dengkur ini akan menjadi lebih kuat dan tiba-tiba akan terhenti untuk seketika akibat pernafasan telah terhenti berikutan saluran pernafasan dihalang (tertutup). Halangan pada bekalan udara ke paru-paru ini akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam darah dan otak yang dikhuatiri akan membawa kepada banyak masalah kesihatan lain. Kekurangan oksigen, terutamanya ke otak bukan sahaja boleh membawa kepada masalah kesihatan malahan boleh membawa maut jika dibiarkan berterusan.

Penghidap OSA juga akan berasa letih selepas bangun tidur, berasa sangat mengantuk serta kelihatan seperti mengalami masalah kemurungan.

Rasa mengantuk yang amat sangat ketika memandu pula menjadi satu kebiasaan akibat tidur yang terganggu, sehinggakan pernah tertidur untuk beberapa saat di dalam kereta dan boleh menyebabkan kemalangan.

Merasa seperti terapung selepas terjaga dari tidur. Merasa tekanan pada bebola mata dan amat letih selepas bangun tidur.


untuk maklumat lebih lanjut lagi, korang sume bleh klik SINI yea ...