" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, June 17, 2011

Perbarisan Penghargaan Mantan PTD

sumber: www.army.mod.gov

SUNGAI BESI 14 Jun: Tentera Darat telah mengadakan satu perbarisan penghargaan untuk Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin mantan Panglima Tentera Darat.

Perbarisan ini diadakan untuk menghargai sumbangan khidmat sepanjang tempoh beliau menerajui tampuk pemerintahan Tentera Darat. Terdahulu Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin telah menyerahkan tugas beliau kepada penyandang baru iaitu Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin yang berlangsung di Auditorium KEMENTAH. Perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Memerintah 5 RAMD, Lt Kol Saiful Bahari Zainol yang melibatkan seramai 19 pegawai dan 520 anggota. Perbarisan ini melibatkan semua ketumbukan formasi TD yang terdiri daripada kontijen Mk Medan, Mk Latihan TD, Mk Logistik TD, 10 Bgd Para dan 21 GGK. Di majlis ini juga turut berlangsung upacara penyerahan Tongkat Kuasa yang dibawa menerusi keadah Fast Roping dari 21 GGK dengan menggunakan pesawat Agusta PUTD.

Perbarisan ini turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat yang baru Jen Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin, Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Dato' Seri Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan panglima-panglima formasi Div yang diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Sungai Besi.


No comments: