" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Wednesday, June 8, 2011

Program Transformasi Kerajaan (GTP) - ATM tidak goyang kaki

Tanggapan negatif sesetengah masyarakat negara ini yang sering dimomokkan oleh pihak tertentu bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya 'goyang kaki' ketika negara berada di dalam keadaan aman adalah salah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan strategi laut biru berlandaskan konsep inovasi yang diamalkan ketika ini memastikan ATM boleh berkhidmat dalam sebarang bentuk keadaan sama ada perang mahupun aman.



Beliau berkata, dalam tempoh kurang enam bulan, Kementerian telah berjaya menembusi kejumudan dan tanggapan orang ramai mengenai pretasi dan kemampuan ATM untuk berkhidmat dengan lebih baik sehingga mampu memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010.

"Oleh itu, pencapaian ini bukan sesuatu kebanggaan sebaliknya ia merupakan suatu kesyukuran bagi kita untuk menjadikannya suatu tapak untuk bergerak ke langkah-langkah yang seterusnya.


selain itu, Kementerian Pertahanan bercadang untuk bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melaksanakan program pemulihan penagih dadah di negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya telah ditawarkan sebuah lokasi bagi melaksanakan program itu namun hanya akan mendedahkannya kemudian.

cik rai harap semua warga Kementerian Pertahanan supaya menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai panduan bagi mereka melunaskan tanggungjawab kepada negara.

No comments: