" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, June 14, 2011

Pekida Vs Farid Kamil + Syamsul Yusof

sumber dari: www.zinartis.com


Ekoran penggunaan beberapa kata kunci atau keyword yang berkaitan serta dianggap sulit dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dalam filem Kongsi arahan Farid Kamil serta filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, pihak Pekida mahu menyaman kedua-dua pengarah tersebut termasuklah pihak penerbit.

DOWNLOAD FILEM KONGSI DAN DOWNLOAD FILEM KL GANGSTER
Poster filem KL Gangster

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

“Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

“Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri,”

DOWNLOAD FILEM KONGSI DAN DOWNLOAD FILEM KL GANGSTER
Salah satu adegan dalam filem KL Gangster

Shikin berkata, pihaknya kecewa dengan penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth kerana tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Menurut Shikin lagi, kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,”

DOWNLOAD FILEM KONGSI DAN DOWNLOAD FILEM KL GANGSTER
Poster filem Kongsi

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

“Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

“Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan,”

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara ini kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

1 comment:

faizal mohd said...

ko xnak apply jadi kak long kawasan bentong ke??hehe :)