" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, June 25, 2011

Elak rahsia pertahanan bocor

sumber : utusan malaysia


KUALA LUMPUR - Pengamal media di negara ini disaran supaya peka berhubung jenis maklumat yang akan mereka sampaikan kepada orang ramai bagi mengelakkan rahsia pertahanan negara bocor ke tangan musuh.

Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Ishak Yeop Hamzah berkata, penyiaran gambar-gambar sensitif berkaitan ATM misalnya boleh mendedahkan aset pertahanan negara kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Dalam memastikan keselamatan maklumat strategik daripada jatuh ke tangan musuh, pihak media diharap dapat memberikan perhatian yang serius berhubung gambar-gambar di kawasan sensitif dan aset strategik negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Sebagai contoh, katanya, rakaman pesawat Sukoi milik Tentera Udara Malaysia (TUDM) dari jauh sememangnya mempunyai nilai kewartawanan kepada golongan tersebut, namun rakaman dari dekat sehingga memperlihatkan jenis teknologi yang digunakan pesawat itu akan memberi maklumat kepada musuh tentang kemampuan pesawat berkenaan.

"Pengamal media turut disaran untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan ATM dalam merealisasikan perkongsian maklumat seperti memberikan input berguna bagi tugas risikan terhadap ancaman dalam bentuk tradisional mahupun bukan tradisional," ujarnya.

No comments: