" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. " (Surah Ar-Rum : 21)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, June 2, 2011

HUT TUDM ke 53


BUTTERWORTH 1 Jun — Mulai tahun depan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memiliki helikopter, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara baru bagi memantapkan peranannya sebagai peneraju unggul menangkis sebarang ancaman luar terhadap negara.

Panglima Tentera Udara (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, TUDM juga akan menggunakan perkhidmatan helikopter EC 725 mulai 2013 bagi meningkatkan keupayaan tugas-tugas mencari dan menyelamat.

Seterusnya, mulai tahun 2012 hingga 2014, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara merupakan aset baru akan diperoleh bagi meningkatkan lagi keupayaan pesawat canggih TUDM dalam operasi pertahanan dan pertempuran di udara.

Perolehan pesawat pengangkut Airbus A400M pula dijadual diterima mulai 2015, kata Rodzali dalam ucapannya sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-53 di Pangkalan Udara TUDM Butterworth di sini hari ini.



Memandangkan perolehan aset- aset baru adalah bercirikan teknologi digital dan terkini, beliau berkata setiap warga TUDM hendaklah bersedia meningkatkan kualiti pengetahuan dan kemahiran ke tahap tinggi supaya aset-aset baru dapat dikendali dan disenggara dengan sempurna tanpa pergantungan kepada pihak luar.

Bagi menghadapi cabaran keselamatan dan pertahanan negara, beliau berkata TUDM akan sentiasa peka dengan isu-isu keselamatan di peringkat serantau seperti permasalahan tuntutan bertindih sempadan.

"Isu lain yang perlu diambil kira adalah persaingan kuasa ekonomi di Laut China Selatan, aktiviti pencerobohan kawasan maritim dan ruang angkasa," katanya.

Sambutan hari ulang tahun TUDM kali ini bertema 'The People: Engaging The Talent' yang berlandaskan visi strategik TUDM 'Air Force Next Generation'.

"Tema ini diketengahkan selaras dengan usaha TUDM menarik minat para belia menyertai TUDM bagi mencapai matlamat TUDM membentuk warga pasukan masa depan yang berwibawa dan berkualiti," kata Rodzali.


1Malaysia subur dalam TUDM


TUDM menyambut ulang tahunnya yang ke-53 hari ini

SEBUT sahaja tentera pasti ramai menyangka pasukan beruniform itu dipelopori oleh orang Melayu. Namun sebenarnya ramai kaum lain yang turut berkhidmat dengan pasukan tersebut termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) danMejar John Sham, 39, merupakan salah seorang daripadanya.

Beliau yang sudah 18 tahun bersama dengan TUDM dan kini berkhidmat sebagai jurulatih juruterbang pejuang di Pangkalan TUDM Kuantan berkata, dalam pasukan itu setiap anggota amat menghormati agama serta kaum lain.

Katanya, sejak memasuki TUDM beliau sudah diajar untuk mengambil tahu aktiviti-aktiviti keagamaan anggota pasukan tersebut.

"Contohnya jika saya ingin membuat penerbangan latihan kepada pelajar, saya mesti pastikan masa penerbangan itu tidak kena pada waktu sembahyang mereka," katanya ketika ditemuiUtusan Malaysia di Kuantan baru-baru ini.

Tambahnya, TUDM juga amat prihatin terhadap pegangan agamanya kerana dia akan dikecualikan latihan pada hari Ahad kerana sebagai penganut Kristian, beliau akan ke gereja pada hari tersebut.

Malah, katanya, setelah sekian lama menjadi jurulatih di TUDM, beliau berpuas hati kerana berjaya menghasilkan lapan juruterbang pesawat pejuang pelbagai kaum.




No comments: